Bab 40

416 17 4
                                    

Sepuluh tahun. Bukan tempoh yang sekejap. Dan selama itu juga, aku bagi ruang dan peluang untuk Ghee merubah suaminya menjadi suami yang lebih bertanggungjawab. Itu yang Ghee minta dari aku bila aku minta Ghee pertimbangkan perkahwinannya dengan Hafiz sepuluh tahun lalu.

Selama tempoh perkahwinan mereka selama 13 tahun ini, tidak pernah sekalipun aku lihat Hafiz menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya kepada Ghee. Makan, pakai dan tempat tinggal. Semuanya, Ghee yang sediakan. Hafiz tidak pernah bekerja tetap. Paling lama dia boleh bertahan adalah 4 bulan. Selalunya, dia akan bekerja untuk tempoh kurang dari sebulan.

Kata Ghee, Hafiz tak tahan dengan politik tempat kerja. Ketuanya hanya akan bagi kerja pada kroninya saja. Pada aku, semua tempat kerja ada politik. Kalau tak boleh tahan, inilah jadinya. Langsung tak boleh bekerja..

Akhirnya, Ghee yang jadi mangsa. Mujur, sebelum mereka nikah, abah dah bagi duit untuk Ghee bayar duit pendahuluan untuk beli rumah. Jika tidak, pastinya, Ghee akan duduk dirumah mama. Dan makin terbebanlah perasaan mama melihat menantu yang menghisap darah anaknya.

Dan kerana itu, aku dah bincang dengan Ata. Kata sepakat antara Ata dan aku telah tercapai. Kepada mama juga sudah kami khabarkan. Dan mama pun setuju. Cumanya, mama tak tahu keadaan sebenar. Kini, tinggal mahu menyampaikan kepada yang punya diri.

“Aku dah tak boleh nak bayar elaun pengarah pada kau dan mama macam dulu. Sekarang ni, cuma mampu untuk bayar sebulan RM800 saja seorang. Aku nak kumpul duit nak beli lori baru. Aku dah tengok dengan Ata, kitorang dah booking pun. Aku kira-kira, aku kena simpan dalam RM3,000 sebulan. Lagi 4 bulan, cukup RM12,000 untuk duit muka. Lori secondhand je. 8 tan.” Kataku.

“Takkan sebab tu, kau nak potong banyak sangat?” Tanya Ghee.

“Bukan sebab tu je. Kita ada client baru. Benda ni paling crucial. Kita perlukan modal untuk buat kerja dorang. Term dorang, 40 hari. Sebulan dorang bawa masuk 10-15 biji kontena. D.O. nak kena bayar sebiji kontena dah berapa? Kau pun tahu, kan? Itu belum cerita pasal duit haulage. Haulage sekarang ni, nak deposit dulu. Tak ada deposit, dorang tak nak buat kerja. Itu pun, syukur alhamdulillah. Kita dapat rebate 40%. Dapat cover banyak benda. Aku dah buat kira-kira. Paling ‘koman’, sebulan RM20,000 untuk dorang saja. Itu pun, tak termasuk duit haulage yang selebihnya. Sementara nak tunggu dorang bayar, mana nak cekau duit nak bayar elaun kau dan mama sebulan sampai RM5,000. Kau bukan tak tahu keadaan kewangan syarikat macam mana.” Kataku.

“Tapi banyak sangat kau potong. Dari RM3,000 sebulan untuk aku, kau potong sampai tinggal RM800. Nak bayar duit rumah aku pun tak lepas.” Balas Ghee.

“Habis tu, kau ada cadangan lain?” Tanyaku.

Ghee geleng.

“Ataupun, aku lupakanlah hasrat nak beli lori tu. Atau, aku cancel je lah mou dengan client baru tu. Aku pun tak payah nak pening kepala nak fikir mana nak cekau duit. Nak bayar gaji pekerja lagi. Dahlah Ata ambil seorang lagi pekerja baru. Kan? Aku cancel je mou dengan client yang baru tu.” Cadangku memprovoke Ghee.

Ghee diam. Lama dia berfikir.

“Kau pinjam modal dari Sufi.” Cadang Ghee.

“Muka aku ni, dah tebal minta tolong dengan Sufi. Dari sebelum aku nikah dengan dia, sampai sekarang. Asyik minta tolong dia je. Client ni pun, Sufi yang kenalkan. Kita dah buat 3 biji kontena dorang. Alhamdulillah, dorang puas hati. Tu yang dorang buat mou dengan kita. Sign quotation yang kita bagi dekat dorang walaupun aku letak harga tinggi. Ini, kalau aku cancel, malu gila aku nak hadap Sufi. Kalau buat pun, aku kena cut banyak expenses. Bil rumah mama, Ata setuju nak tolong bayar. So, SBV dah tak ada nak tanggung bil rumah mama lagi. Mama pun setuju, SBV tak bayar elaun dia. Tapi aku janji, duit gaji aku dekat SBV, aku bagi mama.” Kataku.

Rumah yang mama duduki ini, dah lama abah beli. Dan sebenarnya, dah lama abah habis bayar. Tapi kerana dia mahu membuka SBV Sdn Bhd, maka, abah mencagarkan rumah mama untuk mendapatkan modal. Kerana itu, segala bil dibayar oleh SBV Sdn Bhd sebagai tanda penghargaan. Dan bayaran bulanannya juga dibayar oleh SBV Sdn Bhd. Alhamdulillah, sudah habis dibayar 3 tahun lepas.

“Kau bagi RM800, aku nak makan apa? Duit rumah lagi. Bil lagi. Hafiz dahlah tak kerja.” Sayu saja suara Ghee.

“Tak apalah Ghee. Demi kau, aku cancel je job dengan client tu. Aku tak boleh tak beli lori baru. Aku dah ada prospect. Dorang dah sign contract dengan kita. Harga dorang cantik. Sekarang ni pun, Ata sub pada orang untuk projek lain.” Kataku.

“Tak boleh juga kau nak tolak client tu. Kalau kau kata kau charge tinggi, dengan 40% rebate, banyak tu net profit dekat situ. Tak. Kau tak boleh tolak client tu.” Kata Ghee. Matanya terarah pada satu tempat. Aku tahu, dia sedang berfikir.

Aku senyum. Aku tahu, Ghee tak akan setuju dengan cadangan aku untuk tolak pelanggan yang masuk ke SBV Sdn Bhd. Aku kenal Ghee begitu.

“Habis tu, kau macam mana? Makan tu, aku tak kisah. Kau pun memang makan dekat rumah mama. Duit rumah dengan bil tu je lah yang aku risau. Tapi, itu je yang mampu aku bagi, Ghee. Nak bagi duit gaji aku pun, kau pun tahulah. Aku ambil gaji berapa je. Memang kena bagi dekat mama semua. Nanti, mama nak makan apa? Nak beli barang dapur, lauk. Ini pun, aku dah bincang dengan Sufi. Minta tolong dia bayar duit kereta aku. Tapi, insya Allah, dividen tahunan, banyaklah aku boleh bagi kalau kita continiously buat job dengan client baru ni. Insya Allah.” Kataku.

Ghee angguk.

“Kau jalankan je SBV macam yang kau dan Ata dah setuju. Pasal aku, pandai-pandailah aku nak survive.” Balas Ghee.

Aku angguk bersama senyuman gembira.

Bukan Nota CintaWhere stories live. Discover now