Inilah jadinya bila serahkan semuanya untuk dilakukan oleh seorang manusia bernama Sufi Asfa. Aku mohon untuk melakukan resipsi kami di hotel. Tak kisah pun kalau sekadar hotel 3 bintang sekalipun. Aku tak kisah asalkan semuanya dilakukan oleh pihak hotel.
Patutlah dia tak bagi aku ikut bila pihak perancang perkahwinan kami hendak melihat tempat. Rupanya dia nak buat di rumah banglo 4 tingkat ini. Rumah banglo keluarga angkatnya. Alasan yang digunakannya, biarlah buat majlis ditempat yang ada keberkatan dan sentiasa disirami dengan kalamullah.
Lagi 2 hari sebelum majlis akad nikah baru dia beritahu aku. Itu pun selepas aku desak untuk melihat persiapan majlis kami. Aku masih okey bila dia nak buat disini tapi yang paling aku tak tahan, siap dibuat seakan pentas untuk majlis akad kami. Walaupun ianya bukanlah pentas, cuma ruang tamu keluarga yang tinggi sedikit dari ruang tamu utama. Diletaknya penghadang berlangsir untuk menghalang dari nampak pintu bilik. Maka kelihatan ianya seperti pentas pelamin kerana dihias dengan indah menggunakan bunga-bungaan dari unsur warna putih dan hijau lembut.
Memang cantik dan kena dengan warna kesukaan aku.
“Kan saya kata saya tak nak bersanding. Awak tak faham ke atau pura-pura tak faham?” Marahku sebaik saja Sufi masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk kami.
Sejak dah jadi isteri ni, kenalah pandai bawa diri. Takkan nak beraku-kau lagi. Dulu selepas tunang, bolehlah kalau marah beraku-kau. Sekarang ni, jangan harap. Dengar dek Mama, mati aku kena cekik. Lagipun, dia dah tahap suami. Aku sendiri rasa macam tak patut. Sendiri boleh fikirkan?
“Kita tak bersanding. Tak ada tepung tawar atau apa pun. Yang ada, potong pulut kuning. Itu saja.” Terang Sufi.
“Tak bersanding apanya? Dengan baju banyak labuci ni. Rimaslah. Tak pakai lagi pun dah rasa rimas. Ini rasanya ketat. Bersanding pakai baju macam ni. Memang jadi tumpuan ramailah. Sudahlah memang pengantin tu menjadi tumpuan. Dengan baju yang ketat ni. Bersanding lagi.” Kataku menunjukkan baju yang tergantung di tingkap bilik yang diserahkan mak andam sebelum dia balik tadi.
“Macam mana pun, kenalah nampak sayang tu pengantin. Takkan pengantin nak pakai baju kurung printed bunga-bunga?” Balas Sufi.
“Itulah awak ni. Saya nak uruskan, awak kata awak nak uruskan. Awak ingat badan saya ni kecik ke? Baju tu muat-muat badan saya saja tu. Ketat.” Rungutku.
“Cuba sayang pakai. Pergilah pakai sekarang.” Arahnya.
“Tak kejadahnya.” Bantahku.
“Pergilah pakai.” Pujuknya.
Aku malas nak layan. Aku bangun dan ambil baju itu. Aku bawa masuk ke bilik air dan menyalinnya didalam. Selesai itu, aku keluar.
“Nampak tak ketatnya dia. Nampak semua bentuk tubuh badan saya ni.” Kataku kepadanya sambil memperagakan dihadapannya.
“Cantik.” Pujinya.
Matanya terus menatap aku. Dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Aku rasa nak saja aku tumbuk dia ni. Biar bengkak bibir tu. Barulah tak boleh senyum. Cungkil biji mata dia yang asyik merenung aku tu. Baru ada akal.
Dia bergerak ke arahku. Cuak pula rasanya.
“Meh sini. Duduk sini.” Arahnya dan menarik aku untuk duduk dikerusi meja solek bilik itu.Aku ikut.
Dia buka ikatan rambutku. Aku pandang saja dia yang sedang menghias rambutku. Digunanya benda-benda alah yang ditinggalkan oleh mak andam tadi. Aku nampak diri aku dan macam puteri tanpa solekan.
“Dah. Pandang sini.”Arahnya dan menarik aku untuk menghadapnya.
Maka dia pun menconteng muka aku menggunakan alatan solek yang ditinggalkan mak andam. Entah macam mana rupa aku tika itu. Aku redha dan pasrah.
Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya dan mengambil gambarku. Dia suruh aku bangun dan sekali lagi gambar aku diambilnya. Dia bergerak ke almari pakaian dan mengambil baju yang sama warna dengan baju yang aku pakai tika ini dan menyalinnya.
“Ata, mai masuk bilik.” Katanya saat dia menelefon seseorang.
Tak lama kemudian, keluarga aku bersama Umi dan Abi masuk ke dalam bilik kami. Dibelakang mereka pula sudah menjengah saudara-mara Sufi yang baru aku kenal semalam. Semua yang perempuan.
“Cantik.” Puji semua yang ada disitu.
Ata dan Umi sudah memulakan sessi mengambil gambar kami berdua. Pelbagai gaya mereka suruh kami buat. Aku jangan tanyalah. Terasa malu sangat bila Sufi disuruh memeluk aku. Sufi pun satu hal. Ikut saja tanpa bantahan.Selepas puas semua ambil gambar kami, mereka keluar. Tinggal aku dan Sufi dalam bilik berdua. Dia pandang aku yang sedang cuba membuka cucuk-cucuk sanggul yang dipasang olehnya pada rambut aku yang disanggulkannya itu.
Alah. Bukan sanggul macam puteri melayu tu. Ini macam sanggul Korean yang bentuk bunga-bunga halus tu. Memang nampak macam puteri moden. Sangat sesuai dipadankan dengan baju yang aku pakai itu.
Aku senyum.‘Pandai suami aku dandan rambut aku. cantik sangat.’ Puji hatiku.
“Anggap tadi tu, umpama malam berinai kita. Baju ni memang saya ambil untuk malam ni. Esok pakai baju lain. Saya tak nak isteri saya jadi tumpuan mata orang lain apatah lagi lelaki lain. Lagipun, saya ni cemburu.” Bisik Sufi ditelinga aku.
Aku senyum.
Gelilah main bisik-bisik ni. Dekat sangat dengan telinga aku. Dan aku malu bila dibisik begitu. Sebelum ni mana ada dia bisik-bisik dengan aku. Kalau lelaki lain tu, lainlah. Dorang tu jenis sosial. Ini Sufi. Lelaki lindungan kaabah gayanya. Bila dia buat macam tu, terasa gelinya.
Bukan geli yang jijik tu tapi geli yang meremang bulu roma tengkuk aku.
Aku terus masuk bilik air untuk salin pakaian. Tak lalu nak menahan rasa geli ni. Geli berbisik-bisik dengan Sufi. Benda tak pernah buat. Nak buat tu, ambil masalah sikit agaknya. Agaknyalah. Itu pun kalau aku izinkan diri aku untuk beri ruang dan peluang untuk dia dan diri aku serasi.Aku tak boleh lupa peristiwa aku nampak mereka berdua. Belum kahwin sudah curang. Aku suruh fikir baik-baik tak nak. Aku bagi macam-macam alasan pun dia tak nak terima. Aku nak cerita pasal masa lalu aku pun dia tak nak dengar. Jadi sekarang ni, aku pun tak tahu macam mana dan apa akan berlaku nanti.
Let’s Allah decided.

YOU ARE READING
Bukan Nota Cinta
RandomSi beku tak ada perasaan, Zaara Ruqayyah. Hidup dia hanyalah keluarga, family business and business dia. Tak ada sosial life. Kawan dia hanya Fatin, Dila dan Emma. Itu pun mereka itu adalah business partnernya. "Aku tak nak kahwin. Nanti tak ada sia...