"Macam mana pun, kita kena naikkan harga. Tak boleh stay pada harga yang sama. Nanti keuntungan kita akan merosot." Kata Dila.
"Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kesianlah nak naik harga." Kataku.
"Running business tak bolehlah nak emosional sangat, Zaara. Kita kena practical. Barulah boleh maju dan kaya." Kata Emma pula.
Aku duduk memandang mereka berdua. Entah. Aku cuma tak boleh terima idea naikkan harga. Kami bukannya tak ada keuntungan kalau tak naikkan harga cuma sedikit dari selalu.
Aku lebih suka kejar volume. Pada aku, lebih mudah kalau kita menjadi peniaga yang mementingkan kuantiti jualan dari margin keuntungan kerana lebih ramai yang membeli, lebih jimat kos pengiklanan yang kita kena keluarkan. Tak lain dan tak bukan kerana pemasaran mulut ke mulut.
Lagipun, dalam keadaan ekonomi sekarang ini, orang ramai lebih memandang harga dari kualiti. Terutama kami yang menjual barangan bukan keperluan. Lagilah kena berhati-hati untuk menaikkan harga barangan.
"Aku bukan emo tapi aku nak ingatkan pada korang semua. Kita meniaga dengan niat membantu orang. Kalau sebab nak kaya, baik tak payah meniaga. Tak akan kaya punya." Balasku.
Seorang pelayan datang ke meja kami. Dila yang baru hendak membuka mulut, diam. Menutup mulutnya kembali untuk memberi ruang kepada pelayan yang datang itu. Pelayan itu meletakkan sekeping nota dihadapan aku. Aku pandangnya tanpa berkelip. Tepat dan tajam.
"Ada orang bagi cik." Kata pelayan itu sambil tersenyum.
"Siapa bagi?" Tanyaku. Masih memandangnya.
"Pesannya, buka dan baca nota itu untuk tahu siapa dia." Pelayan itu menyampaikan pesanan dari si pengirim nota.
Aku sekadar angguk. Pelayan itu berlalu. Aku kembali pandanganku kepada dua orang manusia dihadapanku. Dari gaya mukanya, penuh dengan keinginan untuk mengetahui siapa si pengirim nota.
"Please. Back to our business." Arahku.
"Siapa yang bagi tu?" Tanya Emma sambil mulutnya dimuncungkan kearah nota itu.
Aku ambil nota itu dan terus masukkan ke dalam beg tanganku. Aku tak nak nota itu mengganggu perbincangan kami. Lagipun, benda ni tak penting. Kalau penting, orang tak kirim nota. Dia akan terus direct kepadaku.
"Ala, nak tau saja." Kata Emma berputus asa.
"Kita tak akan kaya kalau tak ada niat nak bantu selesaikan masalah orang ramai." Aku menyambung kataku.
Aku abaikan perasaan kedua mereka yang sedang kecewa denganku yang tidak memberi apa-apa tindakan dengan nota yang diberikan. Aku tak suka benda-benda kecil ini menjadi penyebab perbincangan kami ini tergantung tanpa penyelesaian.
"Memanglah. Tapi sebelum tolong orang, kita kena tolong diri kita dulu. Lagipun, kita bukan nak naikkan banyak pun. Kita naikkan RM1 saja." Kata Dila.
"Untuk kita yang berduit ni, RM1 tu nampak kecil saja. Untuk mereka yang biasa-biasa, RM1 tu besar nilainya. Kita pun tahu siapa kebanyakan pelanggan kita. Ramai yang didalam middle income level. So, kalau kita naikkan harga. Kemungkinan untuk lost regular customer is high. Kita punya regular customer tu ramai. Sayang kalau kita hilang mereka hanya sebab ketamakan kita. GST cuma 6% tapi kita naikkan harga sampai 16%. Melampau namanya tu bila sebenarnya syarikat kita tak diikhtiraf sebagai syarikat wajib GST. Kita tak bayar pun." Cantasku.

ESTÁS LEYENDO
Bukan Nota Cinta
De TodoSi beku tak ada perasaan, Zaara Ruqayyah. Hidup dia hanyalah keluarga, family business and business dia. Tak ada sosial life. Kawan dia hanya Fatin, Dila dan Emma. Itu pun mereka itu adalah business partnernya. "Aku tak nak kahwin. Nanti tak ada sia...