📜 chapter 28 📜
_____
Tempat tersembunyi yang gelap ini. Hapak dan menyesakkan. Dah la sempit, berair pula tu.
"Sial! Tempat macam ni juga mereka nak campakkan aku. Takkan lah aku nak membusuk kat sini selama lamanya?"
Memang tak sah kalau aku tak merungut. Tapi yang lebih meresahkan aku adalah dunia di luar tempat menyesakkan ini.
Lelaki tu, apalah yang telah dilakukannya sehingga menjadi Raja.
Semuanya bermula dari dia yang mencuri pedang aku. Sebab dia hidup aku sudah seteruk ini selama ini.
"Tapi kenapa dia boleh ada di sini? Bukankah dia manusia...?" aku tiba tiba merenungkan perkara itu.
Malangnya tiada langit yang selalu aku lihat untuk ditatap. Semuanya di sini hanyalah kegelapan. Ah, dan sedikit berair.
"Mungkin.. Kehidupan kedua?" aku meneka sahaja. Tiada bukti menunjukkan tekaan aku betul.
"Hah." aku mengeluh.
"Ong gedek gedek! Siapa di sana?"
Aku memegang dada dek kerana terkejut. Terhinjut bahuku sambil mataku melihat sekeliling yang gelap untuk mencari punca suara yang bergema itu.
"Woi, woi. Tahulah warna aku gelap. Jangan buat buat tak nampak pula, terasa aku."
Suara itu datang lagi dari kaki aku. Anak mataku pantas melirik.
Apa yang aku nampak sekarang ni?
"Hmm, mesti kau tak tahu aku makhluk apa kan. Sini aku perkenalkan–"
Belum dia sempat nak habiskan ayatnya, aku mencelah.
"Kau ni katak kan?"
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020