📜 chapter 2 📜
_____
"Anakanda akan berangkat sekarang."
Raja Elf mengangguk. Begitu juga sang permaisuri dan puteri meskipun berat hati. Hamba hamba istana mula menyiapkan diri untuk menghantar putera.
Sebelum berangkat, upacara penyerahan pedang dilakukan.
Raja Elf mengambil Pedang Elvientz dan memberikannya kepada putera dengan hormat.
"Jadikan pedang itu sebagai senjata pelindung untukmu."
"Baiklah, ayahanda." ucap Minghao dengan penuh bangga lalu menyambut pedang yang dihulurkan.
Dia membuka sarung pedang dan mengangkat pedang di udara sebagai lambang kekuatan.
Dalam keadaan yang terhormat itu, seluruh bangsa elf sujud sembah terhadap bakal raja baharu mereka.
Raja Elf tersenyum bahagia.
Baginda menepuk bahu anaknya.
"Jaga diri, nak."
Minghao mengangguk yakin. Dia pun berangkat bersama beberapa pengawal diraja.
Sepanjang perjalanan, dia disambut meriah oleh para rakyat jelata yang mengharapkan kemakmuran kerajaan yang bakal dibawa olehnya.
_______
"Adakah ayahanda pasti kakanda akan baik baik sahaja?" tuan puteri mengutarakan pendapatnya selepas pemergian putera ke dunia manusia.
Raja Elf yang sedang duduk di singgahsana kebingungan melihat anak perempuannya.
"Wahai puteriku! Apa yang membuat kamu risau?" soalnya.
Puteri Jieqiong mengerutkan dahi lalu mengeluh kecil.
"Bukan anakanda sahaja, bahkan ibunda juga merasakan hal yang sama. Seperti perkara yang buruk bakal terjadi. Entahlah, mungkin perasaan kami sahaja.." luah puteri.
Raja Elf tersenyum lagi.
"Hapuskan firasatmu, anakanda. Semuanya akan berjalan lancar. Hohoho."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020