BAB 2

6 2 0
                                    

FIONA menoleh ke sisi. Hairan dia apabila mendapati Cyrena tiada disisi. Lalu pandangan dikalih ke belakang. Tepat ke arah tempat Cyrena sedang berdiri.

Namun, keadaan Cyrena mengundang kerisauan Fiona. Pantas langkah kaki dibawa mendekati rakannya.

"Rena, kau okey tak?"

Cyrena tidak mengendahkan pertanyaan Fiona. Tangannya masih tertangkup rapat di telinga.

"Rena!" Suara Fiona naik seoktaf, sambil tangannya mengoncang perlahan bahu rakannya. Untuk menyedarkan Cyrena.

Seakan tersedar, perlahan kedua belah matanya dibuka. Tangan dialihkan daripada telinga.

"Rena..."

Suara Fiona menerjah pendengaran Cyrena. Pandangan dibawa ke sisi kanan. Jelas terpancar kerisauan di wajah cerah Fiona.

"Kau kenapa ni? Kau okey tak?" Sungguh dia agak risau melihat keadaan Cyrena sebentar tadi.

Soalan Fiona dibiarkan berlalu. Kemudian pandangan dialihkan semula ke hadapan. Ingin melihat jika insan itu masih ada di situ.

Tetapi, sudah tiada. Perlahan-lahan Cyrena menghela nafas lega.

"Rena..." Fiona memanggil lagi. Sahabatnya itu tidak memberi perhatian kepada pertanyaannya tadi.

"Hah?"

"Kau dah kenapa? Kau tengok apa?"

Pandangan Fiona juga terarah melihat ke tempat yang menjadi perhatiaan sahabatnya tadi. Malangnya tiada sesiapa di sana.

"An... aniya. Tak ada... apa-apa. Dah siap ke?" tergagap-gagap Cyrena membalas.

"Okey, tapi..."

"Kalau dah jom balik."

Langkah kaki Cyrena pantas menuju ke tempat mereka memarkir kenderaan. Dahi Fiona berlapis-lapis.

Ada apa sebenarnya yang terjadi? Pandangan Fiona sempat menyinggah sekali lagi ke tempat yang Cyrena lihat tadi, sebelum dia turut mengejar langkah Cyrena menuju ke kenderaan mereka.

Ada apa sebenarnya yang terjadi? Pandangan Fiona sempat menyinggah sekali lagi ke tempat yang Cyrena lihat tadi, sebelum dia turut mengejar langkah Cyrena menuju ke kenderaan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

STARRY ENTERTAINMENT

Sudah hampir sebulan, Kyungjae serta rakan sekumpulannya kembali di kota Seoul, setelah rutin mereka disibukkan dengan jadual konsert yang agak padat.

"Argh..."

Kyungjae menghenyakkan punggung pada sofa empuk yang terdapat di bilik latihan tarian. Kepala dibaringkan serta belakang badan disandarkan pada badan sofa empuk. Tangan kanan didaratkan pada dahi. Mata dipejam rapat.

"Rena, kau okey tak?"

Mata Kyungjae kembali tercelik dan mindanya kembali terlayar akan wajah jelita seorang gadis kulit cerah serta bermata bundar, yang dia lihat di Sungai Han tadi.

Flashback.

Aku pergi bersama seorang bodyguard supaya mereka dapat mengawasi diriku daripada sasaeng. Aku berjalan-jalan di sekitar Sungai Han sambil menghirup udara segar di sana. Sudah lama rasanya tidak bersiar-siar begini sejak kami disibukkan dengan konsert. Penat berjalan, aku pun duduk berehat di sebuah bangku yang berhampiran dengan sebuah gerai bubble tea.

Ketika sedang berehat sambil memerhati keadaan sekeliling, tatapanku bertembung dengan seorang gadis. Gadis itu juga melihat ke arahku. Jantungku berdebar-debar saat mata kami berlaga. Kenapa aku rasa seperti mengenali gadis itu. Siapa... dia?

Gadis itu juga seakan terkaku saat pandangan matanya bersatu denganku. Aku ingin mendekatinya tapi aku takut dia salah seorang sasaeng yang akan cuba mencelakaiku.

Sebelum beredar, aku sempat menoleh ke belakang untuk melihat gadis itu kembali. Jiwa dan mindaku kuat mengatakan bahawa aku amat mengenali gadis itu. Seakan gadis itu, pernah jadi sebahagian daripada hidupku.

End flashback.

Namun, malangnya... Kyungjae gagal untuk mengingati semua itu.

Satu kejadian yang tidak disangka telah menimpa dirinya saat sedang bekerja. Kejadian itu hampir saja meragut nyawanya serta ahli kumpulanku.

Kyungjae bersyukur kerana masih boleh diselamatkan, meskipun kaki serta tangannya patah.

Malangnya, keadaan mental pula yang terjejas. Kyungjae telah disahkan hilang ingatan setelah bangun dari tidur panjang. Dia hanya mengingati siapa dirinya dan ahli kumpulannya sahaja.

Separuh daripada memorinya terpadam. Termasuk, memorinya dahulu.

'Rena'

Tanpa sedar, nama itu kembali bergema dalam jiwa raganya.

Dedaun pintu rumah dibuka luas. Seusai itu Cyrena meluru menuju tepat ke arah biliknya, tanpa mengatakan sepatah kata kepada Fiona. Fiona kembali menutup daun pintu.

Bergerak menuju ke meja makan sambil plastik minuman bubble tea diletakkan di atas meja.

"Rena kau nak..."

Belum sempat Fiona habis berkata, terdengar pintu bilik Cyrena ditutup sedikit kuat. Terkebil-kebil Fiona sebentar. "Asal dengan dia tu? Tiba-tiba je," gumam Fiona.

Melihat sahabatnya seperti itu, Fiona hanya mengedikkan bahunya berjalan menuju ke ruang tamu. Remote televisyen dicapai. Punat on ditekan dan tidak lama kemudian kaca televisyen memaparkan drama Descendants Of The Sun. Badan kemudian dihempas perlahan ke sofa.

Minuman bubble tea berperisa green tea yang dibelinya tadi disedut sedikit. Sempat Fiona kerling sebentar ke arah pintu kamar Cyrena. Sebelum pandangan terhala semula ke kaca televisyen.

Cyrena masih termenung sambil melihat bingkai gambar yang dia lihat pagi tadi. Tanpa sedar air matanya mengalir mencium pipi mulusnya apabila memorinya kembali memutarkan kenangan dirinya bersama Kyungjae. Kotak memorinya terus sahaja memutarkan pelbagai kenangan saat mereka bersama.

Semua kenangan itusangat sukar untuk dilupakan walaupun dia sudah menyimpan semua barang-barangberkaitan Kyungjae. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengingat kembali semuakenangan itu.

 Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengingat kembali semuakenangan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Salam sayang,

themiracle401/NHabibah

Cinta Seperti Dulu [ EBOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now