Teaser 17

1 2 0
                                    

Semakin menebal rasa bersalah dalam diri masing-masing. Bukan sahaja teman mereka menderita bahkan Cyrena juga.

"Ini semua salah kami. Kami tidak segera kembali dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Jika tidak semua ini tidak akan berlaku."

Namun, ini semua telah ditakdirkan terjadi maka tiada sesiapa yang boleh menolak. Jika jodoh Cyrena dan Kyungjae masih ada maka suatu hari nanti mereka pasti akan kembali bersama.

Kyungjae duduk termenung di atas katil. Dia perlu menetralkan keadaan dirinya yang tadinya sedang menahan sakit. Semua kata-kata yang diucapkan oleh Cyrena terus saja berputar difikirannya. Kejadian masa lalu juga turut diputarkan. Fikirannya bercelaru dan serabut. Ingatan masa lalu tentang kebersamaan dirinya dan Cyrena perlahan-lahan berputar seperti kaset lama.

"Oppa, janganlah main baling-baling salji tu. Sejuk."

"Haha. Oppa tak nak berhenti. Kalau sejuk nanti oppa peluk lah."

"Oppa, saya teringin makan jajangmyeon tapi saya tengah diet. Hmmm..."

"Sayang betu-betul nak ke? Oppa boleh pesankan. Tak payahlah diet sangat. Oppa tak suka kalau sayang asyik diet je."

"Happy birthday, oppa. Sayang harap oppa selalu sihat dan jaga hati tu hanya untuk sayang sorang je tau."

"Oh my god. Thank you so much my darling. Oppa janji hati oppa hanya untuk sayang sorang je."

"Sayang, will you be my one and only person that I love from the first day we meet until we die?"

"Oppa... yes I do."

Terlalu banyak kenangan indah di antara Cyrena dan Kyungjae. Semuanya terus berputar dalam fikiran Kyungjae saat ini.

Dia ingat semuanya. Dia ingat Cyrena. Dia ingat akan kenangan lalu. Tetapi, semua itu tiada gunanya. Cyrena, sudah tidak perlukannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk cinta ini dilupakan.

Semua ahli Knight berkumpul sambil beberapa yang lainnya menongkat dagu. Sejujurnya semua di antara mereka rata-rata merasa bersalah.

"Sekarang, apa kita nak buat?" Myeonjo bertanya. Memecah kesunyian yang melanda.

 Memecah kesunyian yang melanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Seperti Dulu [ EBOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now