Teaser 16

2 2 0
                                    

"Saya dan awak tiada apa-apa hubungan lagi. Pertunangan kita sudah saya putuskan tiga tahun yang lalu. Saya tahu mungkin ini akan menyakiti kita tapi saya tak mampu. Menjalani hubungan jarak jauh amat menyiksakan. Tahun pertama saya masih boleh memendam rindu dihati dan cuba bangkit kerana saat itu kita masih saling bertukar pesanan. Namun seiring berjalannya waktu, saya semakin disibukkan dengan kerja dan awak disibukkan dengan konsert."

Cyrena berjeda saat merasa kolam air mata sudah hampir sarat. Kyungjae jelas tergamam. Mulut ingin bertanya, tetapi dia tahan dahulu kerana tadi Cyrena memintanya untuk tidak mencelah sebelum dia selesai menutur kata.

"Walaupun saya sibuk, telefon sentiasa menjadi tatapan untuk melihat sama ada pesanan atau tidak. Tapi semuanya hampa. Satu pesanan pun tiada bahkan pesanan terdahulu masih belum dibaca. Sibuk sangat ke sampai tidak sempat melihat telefon walaupun hanya hanya sesaat? Atau jangan-jangan awak dah ada orang lain dekat sana. Okey kalau awak dah bahagia dekat sana, kenapa awak balik ke sini lagi. Kenapa awak perlu muncul balik depan saya selepas saya putuskan pertunangan dan cuba melupakan awak?"

Kyungjae tergamam. Lagi sekali.

"Oh awak tak tahu betapa tersiksanya hati saya merindukan awak. Saya selalu berharap untuk dapat satu pesanan sebelum saya membuat keputusan untuk putuskan pertunangan kita. Semuanya hampa dan harapan saya hancur. Hati saya terlalu sakit. Saya mohon... tolong pergi dan jangan pernah ganggu hidup saya lagi. Jika yang lain meminta awak mendekati saya... tolong jangan turuti lagi. Anggaplah kita tidak saling kenal dan lupakan saya."

Mulut Kyungjae terkunci. Jujur saat ini dia tersepit. Terdiam setelah mendengar semua luahan Cyrena. Jadi betullah sangkaannya mereka pernah saling kenal dan apa tadi bertunang.

Dia adalah tunang Cyrena tapi kenapa dia tidak mengingati satu pun tentang dirinya dan gadis itu. Kyungjae mula memaksakan diri untuk mengingati apa yang pernah dia lupakan dulu.

Usahanya untukmengingati semua itu bukannya mudah. Sekarang dia merasakan sakit yang teramat tapi dia cuba bertahan. Dia harus meluruskan semuanya dan menghentikan kesalahfahaman yang berlaku. Dia akan berserah kepada takdir yang menentukan sama ada Cyrena akan mendengar semua penjelasannya atau tidak.

 Dia akan berserah kepada takdir yang menentukan sama ada Cyrena akan mendengar semua penjelasannya atau tidak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Seperti Dulu [ EBOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now