TEASER 11

1 2 0
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Majlis perkahwinan Danial dan Irene berlangsung dengan begitu megah. Dewan yang berawal dengan kosong dan alunan muzik kini berubah rancak. Para tetamu yang diundang sudah tiba.

Cyrena berada di ruangan pengantin perempuan untuk membantu persiapan. Irene tanpa henti memuji semua yang dilakukan oleh Cyrena untuk majlisnya. Dari dekorasi dewan sehinggalah gaun pengantin yang dipakainya. Semuanya tidak ketinggalan untuk diberi pujian dan ucapan terima kasih.

"Serius semuanya lawa sangat-sangat," dari tadi mulut Irene tidak berhenti memuji.

"Gomawo unnie."

Cyrena lega kerana Irene menyukai semua yang telah dia dan pekerja serta anggota Knight lakukan. Irene sangat puas hati. Beberapa minit berlalu, Cyrena sudah berada di dewan kerana tugasnya sudah selesai. Majlis pemberkatan pun mula dilaksanakan oleh pasangan pengantin.Selesai menyaksikan majlis pemberkatan, Irene dan Danial diberi peluang untuk mengatakan sesuatu.

Cinta Seperti Dulu [ EBOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now