CHAPTER 034

87 12 0
                                    

Jantung lelaki itu berdegup kencang. Dia melihat sekeliling kawasan padang itu. Tiada kelibat sesiapa pun di situ melainkan dia yang lagaknya seperti pencuri.

Dia berjalan perlahan menuju ke satu-satunya kereta yang berada di padang sekolah tika itu. Taehyung berazam mahu mencari pembunuh itu sehingga ketemu. Waktu petang itu jelas sunyi kerana para guru dan pelajar sudah pun pulang ke rumah masing-masing.

Hanya segelintir guru sahaja yang masih kekal di sekolah itu atas urusan kerja yang belum selesai. Taehyung melihat segenap ruang kereta berwarna putih itu. Dia cuba mengintai ke dalam melalui cermin tingkap kereta, mungkin ada petunjuk yang boleh menunjukkan identiti pemilik kepada kenderaan tersebut.

Sedang ralit dia melihat ruang dalam kereta itu, seseorang berjalan menghampirinya. Penyiasat itu tidak perasan akan kelibat itu kerana terlalu khusyuk mencari.

"Cari petunjuk ke?" Suara seseorang berjaya mengejutkannya. Dia terus berpaling ke arah figura lelaki yang menegurnya.

Senyuman yang manis itu kelihatan menyeramkan. Lelaki itu terus mengeluarkan kunci kereta lalu menekan punat pada kunci itu.

"Aku pemilik kereta ni. Kau cari aku untuk tahu siapa pembunuh tu, kan?" Pertanyaan lelaki itu menyedarkan Taehyung sesuatu.

"Dia ditangkap atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai di sekolah."

Baru dia perasan bahawa lelaki di hadapannya sengaja mereka cerita bagi menutup identiti pembunuh sebenar. Sejujurnya, Taehyung tidak menangkap Luhan disebabkan kejadian itu melainkan kerana cubaan membunuh dia. Jadi, bagaimana lelaki itu boleh mengetahui perkara yang tidak benar?

"Kenapa tiba-tiba diam? Oh, lupa pula! Aku belum cerita kat kau yang aku ni siapa. Aku lah pembunuh tu, Kim Taehyung-sshi," seraya itu, senyuman senget mula kelihatan pada wajahnya.

Jadi, selama ini memang benar bahawa Luhan bekerja dengan seorang guru untuk membunuh pelajar? Dan Luhan bukanlah bertindak seorang diri?

"Aku tak sangka yang kau pembunuh tu. Kau yang selalu aku hadap hari-hari," balas Taehyung.

"Yeah. Aku lagilah tak sangka yang kau rupa-rupanya penyiasat tu. Patutlah beria benar Luhan nak ambil alih tugas cari penyiasat tu. Rupa-rupanya orang itu adalah kau," katanya, mengingatkan Taehyung kembali kepada peristiwa Luhan cuba menghalaunya keluar.

"Kenapa kau buat semua ni?" Tanya Taehyung. Mahu mengetahui motif di sebalik pembunuhan itu.

Disebabkan pertanyaan itu, lelaki itu terus menutup mulut Taehyung dengan kemas. Sebelah tangannya mengeluarkan jarum suntik dari poket seluar lalu terus menusuk mata jarum itu ke dalam leher penyiasat itu.

"Aku tak nak cerita kat sini. Terlalu panjang. Nanti orang lain tertanya-tanya tentang perjumpaan kita ni," bisik lelaki itu tepat di sebelah telinga kiri milik Taehyung.

Perlahan-lahan, badan penyiasat itu berasa lemah. Kudratnya mula hilang sebelum matanya terpejam rapat. Hilang dalam dunia tidur.

🔎

Tehyung membuka matanya, perlahan-lahan. Suasana gelap menghiasi pandangan. Hanya sedikit cahaya dari luar memasuki bilik yang besar dan luas itu menyebabkan dia dapat melihat kawasan sekitar. Kawasan tersebut nampak seperti pernah dilihatnya.

Bukankah ini bilik gym?

Dia cuba mencari lelaki pembunuh itu, namun kelibatnya tidak kelihatan. Yang kelihatan di situ hanyalah seorang lelaki yang nampak seperti dikenali. Namun, Taehyung tidak dapat mengecamnya kerana ditutupi dengan rambut hitam miliknya.

Dia cuba meleraikan ikatan di tangannya namun tidak berhasil. Ikatan itu agak kemas, menyukarkan Taehyung untuk bergerak. Taehyung berdecit, geram.

"Dah bangun? Cepatnya kesan ubat tu hilang!" Suara lelaki itu menyapa deria pendengaran. Kelihatan lelaki itu menatang sedulang alatan tajam di tangannya.

"Kau buat apa? Lepaskan akulah!" Masih lagi berusaha untuk membuka ikatan yang kemas itu.

Lelaki itu meletakkan dulang tersebut di atas meja berdekatan dengan lelaki yang tidak sedarkan diri itu sebelum bergerak menuju ke arah penyiasat itu. Dia mengambil kerusi di sebelah Taehyung. Badannya dirapatkan dengan Taehyung.

"As a teacher, aku boleh said yang kau ni orang yang tak sabar dan penakut! Betul ke kau ni penyiasat? Macam mana nak tangkap aku?" Perli lelaki itu berjaya membuatkan Taehyung berasa sakit hati.

"As a detective, aku boleh katakan yang kau pun pengecut! Mana kau bila Luhan kena tangkap? Tutup perbuatan kau dengan put blame on him? Kalau betul berani, kenapa tak berhadapan dengan aku?" Taehyung sengaja memprovok lelaki itu.

"Tak guna!" Rambut Taehyung terus direntap ke belakang.

Lelaki itu terus mengeluarkan pisau kecil dari dalam poket seluarnya. Dia mula menoreh pipi kiri Taehyung membuatkan penyiasat itu mengaduh, kesakitan. Darah mengalir jatuh ke leher bajunya.

"Lembik!" Sinis dia berkata.

Taehyung tidak membalas kata. Dia hanya berdiam selepas dicederakan oleh lelaki itu. Bukan kerana dia seorang pengecut seperti yang dicanangkan oleh pembunuh itu.

Namun, dia mahu memerhati sejauh mana tindakan lelaki itu. Taehyung masih belum mengenali sikap lelaki itu. Dia bimbang sekiranya tindakannya nanti akan membahayakan nyawa dia dan seorang lagi lelaki yang turut diikat sepertinya.

"Cikgu Hyuk?" Suara serak basah milik lelaki yang tadi pengsan menangkap deria pendengaran Taehyung.

Suara lelaki itu seperti dikenalinya. Dia cuba mengingat gerangan pemilik kepada suara itu. Tatkala wajah lelaki itu diangkat, Taehyung terkejut, besar.

S.Coups!?

Reaksi Cikgu Hyuk terhadap panggilan S.Coups itu sedikit berbeza. Dia mengerutkan kening apabila lelaki itu menyebut namanya beserta panggilan di hadapan.

"Macam mana kau kenal aku?" Soalan tidak diduga dari Cikgu Hyuk mengejutkan S.Coups serta-merta.

"Suara kau," perlahan sahaja suaranya membalas.

Cikgu Hyuk mengukirkan senyuman apabila mendengar jawapan dari lelaki itu. Dia kembali menuju ke meja yang berada berdekatan dengan S.Coups. Pisau yang sedikit besar dan tajam serta berkilau dicapai lalu dibelek-belek dengan penuh teliti.

"Aku pakai pisau ni untuk bunuh dorang," tiba-tiba Cikgu Hyuk bersuara.

"Kau nak tahu kenapa aku bunuh mereka?" Tanya Cikgu Hyuk, mahu dua orang lelaki itu berteka-teki.

Namun, Taehyung dan S.Coups tidak membalas soalan lelaki itu. Terus lelaki itu menikam pisau pada meja kayu, berjaya mengejutkan dua orang lelaki itu.

Dengan wajah menyeringai, "Aku tanya ni, jawablah!" Dia menjerkah mereka berdua.

"Kenapa?" Tanya Taehyung apabila dijerkah sebegitu. Terkejut lebih tepat.

Akhirnya, Cikgu Hyuk tersenyum. "Aku bunuh mereka sebab mereka pembuli."

S.Coups kelihatan sedikit terganggu apabila mendengar ayat lelaki itu yang melabel mereka sebagai pembuli. Taehyung perasan akan perubahan wajah lelaki itu.

"Termasuk kau, S.Coups," kata Cikgu Hyuk sambil memandang tajam ke arah lelaki itu. S.Coups membalas pandangan lelaki itu.

Serta-merta, suasana bertukar menjadi tegang. Taehyung dapat lihat dari anak mata Cikgu Hyuk bahawa dia amat berdendam dengan S.Coups. Begitu juga dengan S.Coups.

"Apa yang kau berdendam sangat dengan mereka?" Pertanyaan Taehyung mengembalikan mereka berdua ke dunia realiti.

Cikgu Hyuk mengeluh kecil. "Kesian kat Luhan, kan?"

Taehyung tersentak. Dia teringat dengan ayat yang sama yang pernah dituturkan oleh Joshua.

"Sejujurnya, aku buat semua ni hanya untuk dia," kata Cikgu Hyuk merujuk kepada Luhan.

BERSAMBUNG
Aku tahu korang dah boleh teka pembunuh tu, kan? >..<

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now