Chapter 52 : 'Plot Twist'

1K 117 16
                                    

Skull : "Woi? Apa ini? Ini tidak adillah!"

Int : "Apa yang tidak adilnya itu?"

Kesemua isi rumah Int kini berada di satu tanah lapang yang dibawakan oleh Chica si makhluk mistik. Apa tujuan mereka ke sini? Sudah semestinya untuk melatih Skull.

Int dengan senang-lenangnya menghayunkan sebilah pedang yang berada dalam genggamannya. Ibarat beg tangan gayanya menghayunkan pedang itu.

Skull : "Kenapa aku tidak diberikan apa-apa senjata seperti kau?"

Int : "Yang nak berlatih ini, kau ke aku?"

Skull : "Aku?"

Int : "Jadi yang sepatutnya kena teruk, aku ke kau?"

Terjungkit kening sebelah Skull mendengar pertanyaan daripada Int. Jarang mendengar orang yang berlatih tidak dikenakan teruk oleh jurulatihnya.

Int : "Ayuh kita bersambung."

🌸🌸🌸

Meena dan Senior Christ di kurung di dalam sebuah bilik sulit di puncak menara akademi. Ternyata bilik itu tersangatlah sejuk.

Senior Christ : "Meena, pakai jaket saya ini."

Senior Christ menyarungkan jaket labuhnya pada Meena. Dapat dirasakan badan Meena menggigil kesejukan. Meena juga meniup-niup tapak tangannya untuk menghangatkan diri. Namun sejauh mana dia hendak berbuat sedemikian?

Secara tiba-tiba, Senior Christ menggenggam erat tapak tangan Meena. Tindakan Senior Christ itu telah menarik perhatian Meena yang khusyuk hendak menghangatkan dirinya sejak tadi.

Meena : "Senior...."

Senior Christ : "Jangan risau. Saya sudah berpunya. Awak ini sudah seperti adik saya sahaja."

Meena secara rawak bersandar pada bahu Senior Christ.

Meena : "Ke mana Skull pergi, senior?"

Senior Christ : "Saya pun tidak tahulah, Meena."

Tiba-tiba terasa seperti adanya seketul batu dilemparkan ke arah mereka berdua.

Meena : "Siapa itu?"

Senior Christ : "Hei!"

Mereka secara serentak memandang ke arah belakang di mana mereka di lempar dengan batu. Anak mata Meena terus membutang apabila kelibat Seth sedang bertenggek di atas tingkap besi yang sudah berlubang dikeratnya.

Meena : "Seth...."

Seth : "Saya report dekat Onii-chan yang awak curang."

Meena : "Eh?"

Serta merta Meena melepaskan genggaman tangan Senior Christ.

Senior Christ : "Siapa dia ini?"

Meena : "Dia kawan kita orang."

Seth : "Yosh! Kalau kau berani nak merampas hak milik Onii-chan, aku tidak akan melepaskan kau hidup-hidup."

Mulut Senior Christ terlopong apabila mendengar amaran Seth yang langsung tidak difahaminya.

Senior Christ : "Siapa Onii-chan?"

Meena : "Skull...."

Seth : "Sekarang, kamu berdua nak keluar ataupun nak terus berdating di dalam ini?"

Guardian Academy : The Last Phantom©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora