Setelah beberapa minit, Meena hanya membisu tidak berkata apa-apa sama ada di terima cabaran atau ditolaknya. Hatinya berbelah bahagi. Dia mahu sangat memberi pengajaran kepada Rox dan Gills itu dan dalam masa yang sama dia rasa serba salah melihatkan tangan kiri Skull yang cuba bersisakan tulang sahaja.
Melihatkan keadaan Meena yang membisu daripada tadi, Skull terus menarik tangan Meena.
Skull : "Kalau macam itu, ayuh kita pergi daripada sini."
Baru sahaja Skull hendak menarik Meena pergi dan Meena sudah memberi jawapannya.
Meena : "Cabaran di terima!"
Skull terkaku mendengarkan jawapan Meena. Muka Meena kelihatan sangat serius.
Meena : "Pastikan kau menang perlawanan kali ini dan jangan hilang kawalan macam sebelum ini."
Skull tersenyum nipis ke arah Meena apabila diberikan kepercayaan sedemikian. Dengan lembut, Skull mengusap kepala Meena.
Skull : "Okey."
Secara tidak langsung, wajah Meena memerah apabila melihat senyuman Skull. Itu kali pertama dia melihat senyuman yang sungguh mahal itu. Kacak juga wajah si Skull ini apabila dia senyum. Skull seterusnya berjalan ke hadapan Rox.
Shasha : "Betullah yang dia orang akan berlawan?"
Meena : "Saya pasti, Skull mesti boleh kalahkan lelaki jahat itu."
Shasha : "Walaupun pihak kerajaan Guardian sendiri tidak dapat menghalangnya?"
Shasha mulai meragui dengan Skull kerana tidak pernah-pernah Gills dan Rox ditewaskan. Namun Meena tetap yakin akan kebolehan Skull.
Meena : "Saya yakin yang Skull Guardian yang paling kuat."
Melihatkan Meena yang sungguh yakin, Shasha pun tersenyum. Sudah datang niat nakal Shasha untuk mengusik Meena.
Shasha : "You like him, don't you?~"
Meena terus berkerut dahi apabila mendengar usikan Shasha. Mulalah kepanikan tahap empat Meena.
Meena : "Mana ada! Dia Guardian aku. Mana mungkin untuk aku dengan dia jadi pasangan kekasih pula?"
Shasha : "Mana tahu? Sebab di sini ramai sahaja yang berkahwin campur Guardian dengan Alfa."
Muka Meena semakin memerah. Lalu dia memalingkan pandangannya agar Shasha tidak nampak wajah merahnya.
Meena : "Sudahlah, Shasha. Saya nak kena fokus perlawanan ini."
Shasha : "Ihihih.... Semoga berjaya!"
Kembali kepada situasi perlawanan, Skull dan Rox masing-masing mengeluarkan aura Guardian masing-masing. Aura mereka itu telah membentuk penghadang yang mengaktifkan sistem teknologi mesra bumi.
Rox : "Aku bagitahu kau awal-awal. Tak ada sesiapa pernah tewaskan aku dan Gills. Kau tak akan ada harapan."
Skull : "Aku mungkin baru di sini tapi aku bukanlah lembap. Lagipun aku sudah bagitahu kan? Api bukan kelemahan aku."
Tanpa berlengah, Rox terus menyerang dengan menggunakan kuasa apinya ke arah Skull
Meena : "Skull!"
Dengan pantas, Skull menghayunkan sebelah tangannya yang membuatkan kuasa tulang tirusnya mencacak daripada bawah tanah dengan sangat laju sehingga mampu meniupkan angin dan memadamkan api Rox. Mereka yang melihat perlawanan itu terpaku dengan kebolehan luar jangka Skull.
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Last Phantom©
FantasyGENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan masalah kehilangan kakaknya itu. Dikhabarkan kali terakhir kakaknya berada sebelum hilang adalah di G...