Bunyi burung berkicauan di bangunan Guardian Academy. Profesor Choi sedang berjalan menuju ke arah biliknya setelah penat bermesyuarat daripada pagi.
"Kita kena pastikan Phantom Guardian di tangkap bersama dengan dua orang budak itu."
Profesor Choi yang mendengarkan perbualan itu terus menyorok untuk mencuri dengar.
Prof. Choi : "Dia orang sudah mula nak menunjukkan belangnya."
Sejurus itu, Profesor Choi berjalan ke pejabat pengurusan akademi.
Prof. Choi : "Kak, boleh tak saya nak tahu tentang maklumat pelajar yang balik semalam?"
"Baik, Prof."
Kakak penjaga pejabat pengurusan terus menyelak helaian buku rekod keluar masuk pelajar.
"Ini dia senarai pelajar yang keluar semalam."
Profesor Choi pun melihat setiap nama yang tersenarai. Sehinggalah pada nama Meena, dia terus mencatat alamat rumahnya.
Prof. Choi : "Okey. Itu sahaja. Terima kasih, kak."
Profesor Choi tidak membuang masa terus berjalan pergi.
🌸🌸🌸
Skull kini sedang berjalan menuju ke rumah Meena dalam keadaan ragu-ragu. Dalam situasi begini, di mana-mana sahaja berkemungkinan terdapatnya musuh. Dia sudah seperti perompak yang hendak merompak kandang kambing.
Skull : "Aku tak percaya yang aku terpaksa main sorok-sorok nak ke rumah Meena. Siapa dia orang ini?"
Nasib baik Skull selamat tiba ke destinasi. Baru sahaja hendak mengetuk pintu, Meena sudah pun membukanya. Dia juga perasan, Meena dalam pakaian seragam akademi.
Skull : "Meena? Kau nak ke mana ini?"
Meena : "Oh. Kenapa kau balik sini? Yato cakap yang kau blah begitu sahaja. Kalau kau nak pergi, pergi sahajalah. Aku tak kisah pun."
Ayat perlian Meena menusuk tajam ke dalam jiwa Skull. Meena kemudian berjalan tanpa menghiraukan Skull.
Skull : "Woi. Yang menghalau aku tadi si Yatolah. Kau jangan nak pandai-pandai buat cerita."
Meena : "Tak kisahlah siapa-siapa pun. Yang pasti aku nak pergi mencari Deena."
Skull : "Eh? Nanti, Meena! Dengarlah sini. Ada sebab kenapa aku tak nak mencari Deena."
Namun Meena hanya meneruskan gerak kakinya. Tiba-tiba Skull ternampak kereta yang hendak melanggarnya pagi tadi. Lelaki yang berada di dalam kereta itu sedang memegang selaras pistol.
Skull : "Meena!"
Skull terus menarik Meena sehingga dia terduduk diatasnya.
'Bang! Bang!'
Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah mereka.
Meena : "Argh!"
Skull : "Duduk diam!"
Skull hendak menjelmakan tembok tulang rusuknya. Tiba-tiba terdapat sebuah kereta kalis peluru membentengi mereka daripada terkena tembakan bertubi-tubi itu.
Skull : "What?"
Cermin kereta bertinted gelap itu diturunkan.
Prof. Choi : "Tercegat apa lagi? Cepat naik."
Skull dan Meena segera memasuki perut kereta milik Profesor Choi. Maka Profesor Choi memecut laju kenderaannya. Yang hairannya, kereta yang sedang memburu mereka tadi langsung tidak mengejarnya. Apakah yang sedang berlaku?
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Last Phantom©
FantasyGENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan masalah kehilangan kakaknya itu. Dikhabarkan kali terakhir kakaknya berada sebelum hilang adalah di G...