Shasha : "Urgh.... Banyaknya buku."
Shasha baru sahaja selesai kelas paginya. Dia terpaksa membawa bertindan-tindan buku yang telah dipinjamnya di perpustakaan untuk melengkapkan tugasan yang telah pensyarah berikan. Punyalah tinggi tindanan buku-buku itu sehinggakan Shasha tidak nampak laluannya.
Shasha : "Hmm.... Malangnya nasib saya hari ini. Macam manalah beg saya ini boleh putus? Kalau tak, sudah senang kerja saya sekarang."
Shasha mula bermonolog sendiri. Hari ini merupakan nasib malangnya. Sudahlah jatuh, dia di timpa oleh tangga pula. Sudah di timpa tangga ditimpanya bucu pembahagi jalan apabila dia terlanggar seseorang secara tidak sengaja.
Kedua-dua mereka jatuh secara bertindan. Yang paling mengejutkannya, Shasha betul-betul terjatuh di atas badan manusia yang telah dilanggarnya.
"Cik? Awak tak apa-apa?"
Soal individu tersebut. Secara kasarnya boleh dijelaskan bahawa orang yang telah dilanggarnya Shasha merupakan seorang lelaki. Dengan kelajuan Neptune, Shasha terus berdalih.
Shasha : "Maafkan saya! Saya cuai."
"Eh, tak ada apalah."
Lelaki tersebut menayangkan senyuman termesranya kepada Shasha.
Shasha terkaku melihat seorang jejaka yang begitu tampan berada dihadapannya. Sudahlah kacak, lemah lembut pula itu. Sesiapa sahaja akan terjatuh hati kepadanya.
Punyalah lama dia merenung jejaka itu sehinggakan dia baru sahaja perasan sesuatu. Itu adalah kali pertama dia terserempak dengan lelaki ini.
"Biar saya tolong bawakan buku awak ini."
Pelawa lelaki tersebut.
Shasha : "Eh? Tak apalah! Saya boleh buat sendiri."
"Tak apalah. Saya pun kebetulan tengah free sekarang."
Dengan rendah dirinya lelaki itu menyusun buku Shasha.
"Oh. Sebelum saya terlupa, nama saya Ethan De Noir. Boleh panggil Ethan. Saya baru sahaja berpindah ke sini."
Ethan memperkenalkan dirinya kepada Shasha. Senyumannya tidak lekang daripada bibir.
Shasha : "Patutlah pertama kali saya nampak awak dekat sini."
Ethan : "Ahahah...."
Ethan terus mengangkat kesemua buku-buku milik Shasha. Disebabkan badan Ethan agak tinggi, jadi dia masih lagi boleh melihat jalan dengan tindanan buku yang banyak itu. Shasha mula rasa serba salah melihatkan Ethan membawa kesemua buku-bukunya.
Shasha : "Eh? Apa kata kalau saya bawa separuh buku itu?"
Ethan : "Tak apalah. Saya boleh bawa buku ini. Awak cuma tunjukkan saya dekat mana rumah awak. Itu sahaja."
YOU ARE READING
Guardian Academy : The Last Phantom©
FantasyGENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan masalah kehilangan kakaknya itu. Dikhabarkan kali terakhir kakaknya berada sebelum hilang adalah di G...