11

390 62 0
                                    

" kakak jisung lawa kau tahu apa . tapi tu la hidup dorang susah lepas appa dorang meninggal , yang omma dorang kahwin baru dah la laki baru omma dorang tu judi ha mabuk lagi " chenle .

" pernah la 2 tahun lepas jisung dengan jihyun tak datang sekolah sebulan sebab kan kena cari kerja untuk tanggung semua ni . bayar hutang appa tiri dorang lagi , omma dorang kerja pagi sambung malam lagi . aku kesian tengok dorang " renjun .

makanan tidak disentuh hanya sudu sahaja ditangan bermain - main . en.na dan pn.na yang perasan jaemin menjamah makanan itu memandang pelik anak mereka .

" jaemin kenapa tak makan ? tak sedap ke ? " tanya pn.na . jaemin sedar kembali ke reality .

" mian " kata jaemin .

" macam mana dengan sekolah ? pelajaran kamu ? semuanya okay ? " tanya en.na .

" ok "

" kamu tak nak balik rumah ? tinggal dengan omma appa . rumah ni biar je la dulu , dah kahwin nanti kamu boleh bawak bakal isteri kamu datang sini tinggal dekat sini " ujar en.na . pinggan diletak tepi sudu diletak .

" jaemin nak duduk sendiri . lagi pun duduk sana omma appa tak pernah ada dan jarang ada , dari kecil lagi jaemin tak pernah dapat luangkan masa dengan orang tua jaemin sendiri . balik - balik yang jaga jaemin arwah nenek , arwah nenek je faham jaemin . jae dah kenyang " kata jaemin meninggalkan orang tuanya dimeja makan dan berlari naik ke atas .

terdiam pn.na dan en.na mendengar kata - kata itu . rasa bersalah .

to be continued .

Destiny . Na Jaemin ✔️Where stories live. Discover now