38

341 55 0
                                    

" jaemin pasti dah okay ? tak nak pergi klinik ? " tanya pn.na .

" nampak tak jaemin dah ok ? kan dah boleh jalan boleh melompat semua " jawab jaemin .

" omma risau . kamu dah la tinggal sendiri " kata pn.na .

" jaemin boleh hidup sendiri . dari kecil lagi jaemin dah berdikari , omma appa tak payah bantu jaemin pun tak apa " kata jaemin selamba .

" omma pergi balik la . nanti ada mesyuarat pula " kata jaemin lagi lalu naik ke atas .

jihyun di dapur melihat sesuatu yang berlaku diantara mereka berdua mula mengambil langkah untuk menghantar pn.na ke pintu .

" puan dah nak balik ? "

" ya . kamu lama lagi disini ? "

" lepas ni saya balik . jaemin dah pulih sepenuhnya " ujar jihyun .

" terima kasih kerana jagakan jaemin . awak yeojachin dia ? " tanya pn.na .

" eh bukan . saya cuma kawan dia sahaja , puan jangan salah faham " ujar jihyun . bahu jihyun ditepuk perlahan .

" nampak gaya jaemin sukakan kamu . dia tidak pernah ada kawan perempuan , malah memanggil seseorang untuk menjaganya . awak orang pertama "

" turun tangga tadi pun dia pimpin tangan awak . tak nak awak duduk berjauhan dengan dia , saya tahu anak lelaki saya mesti sukakan awak " ujar pn.na .

" tolong jagakan jaemin . saya pergi dulu "

" tolong kami untuk berbaik semula jihyun . jaemin sahaja satu - satunya anak kami "

pn.na memberi satu senyuman buat jihyun . dia percayakan gadis itu .

jihyun membalas senyuman pn.na . seperti yang dikatakan oleh pn.na dia akan membantu pn.na . jihyun kembali menuju ke dapur untuk memasak makanan tengahari .

to be continued .

Destiny . Na Jaemin ✔️Where stories live. Discover now