❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟖

48 25 1
                                    

" Ayen, mari makan dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ayen, mari makan dulu. Lagipun, kamu tu dah naik pangkat. Bukan kerja dengan Yoon lagi " kata Tuan Park memanggil Jeongin untuk sama-sama bersarapan bersama mereka.

Jeongin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku tahu dia cuba mengelak. Genap sudah sebulan usia perkahwinan kami, dan seperti yang dijanjikan aku akan berhijrah ke rumah keluarga Jeongin pula.

" Err, papa. Ayen ada meeting. Ayen kena cepat " Jeongin memberi alasan.

Ha? Meeting apa pagi-pagi buta macam ni?

" Jangan nak tipu papa, Ayen. Kalau ada meeting papa dah suruh Lia batalkan semuanya. Sekarang papa nak kamu ready berkemas. Sekejap lagi Yoon dengan Ayen nak balik Busan bukan? " kata Tuan Park lagi. Aku hampir ketawa. Padan muka Jeongin!

Jeongin kehilangan kata. Aku tahu dia sudah hilang modal untuk berkata-kata. Aku memandang ke arah lain. Hari ini aku tahu dia ingin jumpa sahabat baiknya.

Ah, kali ni biar dia duduk rumah tak sampai beberapa jam lagi aku akan bertolak ke Busan. Better dia duduk rumah, sedia.

" Betul tu sayang, tak payahlah pergi meeting tu. Kita duduk rumah je ya? Lepaskan rindu dekat papa dengan mama dulu. Dengan abang Jinyoung sekali. Sekejap lagi kita dah nak pergi Busan kan? " kataku pula. Jeongin menjegilkan matanya.

Sejak aku berkahwin dengan Jeongin, aku sudah mula memanggil Jinyoung abang. Aku sudah menganggapnya abangku. Aku pun tidak ada adik-beradik, jadi elok juga dia jadi abang aku dari menjadi suami aku!

" Dahlah Ayen. Duduk sini, dari kau keluar pergi pejabat, baik duduk dengan aku main PS3 ni " pelawa Jinyoung pula.

Tak habis-habis dengan PS3, PSP-nya. Tak ada benda lain ke? Akhirnya Jeongin mengalah.

" Okay hyung, papa, honey " ujar Jeongin. Ada riak kecewa di wajahnya. Comel dia membuat wajah begitu.

Aku juga tidak menyedari bahawa jantungku sudah berdegup kencang tatkala dia mengukir senyuman. Perasaan apakah ini?

Tak mungkin aku sudah betul-betul jatuh cinta kepadanya. Maksud aku, tak mungkin aku jatuh cinta pada pekerjaku sendiri!

Mana mungkin! Tapi mereka kata cinta itu buta. Adakah cinta itu gila juga? Tak kenal darjat dan pangkat, juga tidak mengenal usia.

Kalau hati sudah sayang, bibir tidak akan mampu berkata apa-apa. Begitukah?

To Be Continued ! ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ! ♡

[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡Where stories live. Discover now