𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆

65 25 0
                                    

" Dan begitulah hikayat di antara Ayen dan Yoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Dan begitulah hikayat di antara Ayen dan Yoon. Mereka pasangan yang bahagia, dan duduk bersama sehingga lahirlah seorang putera dan puteri kembar bernama Chaera dan Chani " aku mematikan ceritaku.

Anak lelakiku, Chani tampak gembira dengan cerita yang aku sampaikan. Sedari tadi dia tidak henti-henti tersenyum.

" Alah! Pendeknya cerita dia mummy? " anak perempuanku, Chaera memprotes. Aku tergelak sambil mencubit pipinya yang montel itu.

" Pendek apa sayang oi, mummy cerita dari pagi sampai dah nak petang ni. Tak cukup lagi ke? Penat mummy cakap tau " ujarku berpura-pura merajuk.

Chaera menarik muncung sedepa. Chaera berbeza dengan Chani, Chaera kuat membantah. Mungkin mewarisi sikapku.

Tiba-tiba sahaja loceng pintu kedengaran berbunyi. Aku segera menyuruh pembantu rumahku membuka pintu.

" Yeay! Daddy dan balik! " laung Chaera.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku melihat telatah Chaera yang kepoh mengalahkan burung murai. Jeongin segera mendukung Chaera dan mencium pipi Chaera.

" Busuknya anak daddy ni. Dah mandi belum? Buat apa dengan abang Chani dengan mummy ni? " soal Jeongin ingin tahu.

Aku mencium bibir Jeongin singkat dan satu ciuman hangat dihadiahkan di dahiku.

" Mummy bercerita tentang Hikayat Cinta Gila " kata Chani memberitahu Jeongin. Aku ketawa. Jeongin sudah berkerut dahinya. Pastinya dia tidak faham.

" Cerita pasal apa tu? Daddy tak pernah dengar pun. Mana Mummy dapat cerita tu? " soal Jeongin lagi.

Aku membiarkan Chani memberi penerangan sahaja. Semakin hari anak-anakku semakin bijak dan pintar. Senang hatiku melihat mereka.

" Cerita pasal seorang bos yang suka pada pekerjanya. Lepas tu diorang kahwin " sampuk Chaera pula. Jeongin mengangguk.

" Wow, macam menarik ceritanya. Chan dengan Chae suka tak? " soal Jeongin pada kedua-dua anaknya itu. Mereka berdua segera mengangguk.

" Chan suka sebab ada nama daddy dengan mummy! " kata Chani lagi.

Hampir sahaja aku ketawa melihat wajah Jeongin yang sudah berkerut seribu. Bingung yang pastinya.

" Ye daddy. Nama bos dia Kang Hayoon, orang panggil Yoon. Nama pekerjanya Yang Jeongin. Samakan nama dengan daddy " Jeongin mengerti. Dia tersenyum meleret memandangku dan senyuman itulah yang paling aku gemari dari dirinya.

Selain lesung pipit yang pastinya menambat jiwa perempuanku.

Memang aku menjadi perigi mencari timba, kerana aku yang terhegeh-hegeh memikat cinta Jeongin, Jeongin selamba je. Tapi ungkapan itu mungkin dah tak wujud sekarang.

Apa yang penting kebahagiaan. Kebahagiaan adalah sesuatu perkara yang penting di dalam perkahwinan.

Aku doakan semoga perkahwinanku dengan Jeongin sentiasa berkekalan. Disinari dengan dua cahaya mata kami yang sememangnya menjadi penghibur suasana.

Ternyata hikayat cinta kami menjadi satu sejarah yang tersendiri. Hikayat cinta gila, dimana aku hampir gila kerana cintakan Jeongin setulus hatiku.

Hampir semua orang jatuh cinta tanpa mengetahui kenapa dan bagaimana. Ianya merupakan sesuatu perasaan yang tak memerlukan sebarang jawapan untuk berlaku.

Biarlah terus mencintai biarpun sehingga kamu kelihatan bodoh atau angau daripada menyesal tidak melakukannya dan membuat si dia mencintaimu berlalu pergi.

Biarlah terus mencintai biarpun sehingga kamu kelihatan bodoh atau angau daripada menyesal tidak melakukannya dan membuat si dia mencintaimu berlalu pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- TAMAT -

🎉 You've finished reading [ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡 🎉
[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡Where stories live. Discover now