❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟎

45 25 1
                                    

" Yoon dah lama ke bercinta dengan Ayen? " soal Wangsejabin Yang, mengorek rahsiaku dengan Jeongin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Yoon dah lama ke bercinta dengan Ayen? " soal Wangsejabin Yang, mengorek rahsiaku dengan Jeongin. Wajahku merah, malu!

" Lama juga mama. Dalam enam bulan " jawab Jeongin.

" Mama tak tanya kamu la Ayen. Mama tanya Jeongin. Ish budak ini! " komen Wangsejabin Yang. Aku ketawa. Tapi hanya di dalam hati saja.

" Betul tu mama. Enam bulan " jawabku.

" Sekejapnya. Tup tup terus kahwin. Mama terkejut juga. Dulu Ayen susah nak suruh dia kahwin. Macam-macam alasan dia bagi. Tak ada calonlah. Nak fokus pada kerjayalah. Sekarang ni laju je, balik-balik sini terus bawak bini! Mana mama tak terkejut. Anyway Yoon, welcome to our family " ujar Wangsejabin Yang panjang lebar. Aku mengangguk.

Oh! Jeongin dengan aku tak banyak beza. Dia anak tunggal, aku juga anak tunggal. Dia mementingkan kerjaya, aku juga! Kami serasikah? Soalan itu tak mampu aku jawab!

" Dah jodoh ma, nak buat macam mana. Lagipun Tuan Park Jaebum yang suruh kami kahwin cepat " celah Jeongin pula.

Ewah! Pandai pula dia kata soal jodoh! Tiba-tiba nama Tuan Park terbabit.

" Tuan Park Jaebum? Usahawan terkenal tu? " soal Wonja Yang. Aku menganggukkan kepalaku.

Tak sangka mereka turut mengenali Tuan Park. Sedikit rasa bangga terjentik dalam diriku, walaupun Tuan Park bukan bapa kandungku.

" Jadi papa dapat berbesan dengan usahawan terkenal lah ni! " Wonja Yang bergurau. Aku hanya tersenyum meleret.

" Untunglah papa. Siapa yang tak kenal dengan Tuan Park, isterinya Puan Park Jihyo kalau tak silap. Betul tak? Pengasas produk kecantikan tu? " tebak Wonja Yang lagi.

Aku tak mampu berkata apa-apa. Hanya kepala aku sahaja yang memainkan peranan. Angguk, geleng, angguk, geleng. Aduhai!

" Betul ke ni Yoon, Pengasas Hyo Cosmetics tu? Mama memang dah lama nak jumpa dengan dia. Tak sangka dia dah jadi besan mama. Setahu mama dia ada seorang anak je. Anak lelaki " kata Wangsejabin Yang pula. Aku mengangguk buat kali berapa aku sendiri tak kira.

" Saya anak angkat dia papa, mama " ujarku berterus terang. Mereka mengangguk faham.

Kemudian keluarlah soalan yang aku sudah jangkakan dari mulut mereka.

" Ibu bapa kandung Yoon? " soal Wonja Yang. Aku tersenyum kelat.

" Mereka dah lama tiada. Since I was six, back then Tuan Park yang jaga saya " kataku tanpa cuba berselindung lagi. Mereka mengangguk.

Hish! Apa kena ni, asyik angguk je dari tadi. Bosan aku! Yang si Jeongin, sibuk dengan makanan dia. Makan je kerjanya.

Aku segera mencubit peha Jeongin. Tersedak dibuatnya dia. Hampir sahaja tersembut makanan yang sedang dikunyahnya.

" Ish budak Ayen ni. Makan betul-betul. Gelojoh sangat makan! " marah Wangsejabin Yang. Aku diam. Jeongin memandang aku dengan pandangan yang tajam.

Ah, sudah! Aku dah tak boleh nak tipu perasaan aku sekarang ni!

Eloklak kalau aku berterus terang! Aku sudah jatuh cinta dengan Jeongin. Benar dia kuli aku, tapi siapa kisah?

Senyumannya menawan hatiku! Dialah insan yang bersama dengan aku dalam tempoh beberapa minggu ini. Walaupun kami tidak tidur bersama.

Dia benar-benar mengambil perhatian pada diriku. Tiada sedikit dia lalai dengan tanggungjawabnya. Walaupun kami kahwin 'olok-olok', tapi layanannya sangat istimewa. Kadang-kadang dia boleh menjadi rpmantik.

Aku, bunga mekar yang mencari kumbangnya. Biarkan orang lain berkata-kata duka, kebahagiaan berada di tanganku sendiri.

Bukan orang lain, aku tetap mengejarmu, menginginkan mu. Akan aku alami bahagia jika bersama dirimu. Buat tempoh ini aku tahu Jeongin tidak mencintai diriku.

Tapi akan ku cuba kejar cintanya itu agar kebahagiaan diriku dapat di capai!

Tapi akan ku cuba kejar cintanya itu agar kebahagiaan diriku dapat di capai!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ! ♡

[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡Where stories live. Discover now