❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟐

45 26 1
                                    

Aku membuka mataku, matahari sudah mulai terik memancar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membuka mataku, matahari sudah mulai terik memancar. Aku lihat Jeongin masih lagi tidur diatas sofa.

Wajahnya nampak letih sekali. Rasa kasihan mulai terjentik di hatiku. Segera aku melangkah ke bilik air, membersihkan diriku. Rancangan aku selepas ini ingin menyiapkan sarapan buat Jeongin.

Tempoh kontrak perkahwinan kami hampir tamat, lebih kurang dua minggu lagi. Tapi mengapa aku berasa sedih pula setiap kali menghitung waktu tersebut.

Setiap kali teringat yang aku akan diceraikan tidak lama lagi, aku terasa sedih. Sangat sedih!

Selesai sahaja mandi, aku segera menyiapkan sarapan buat Jeongin, nampaknya Wangsejabin Yang dan Wonja Yang tiada di rumah hari ini.

Khabarnya mereka ke luar negara menguruskan hal penting. Mungkin malam sedikit baru mereka pulang.

Jadi yang ada di rumah ketika ini hanya aku, Jeongin dan Nenda Yang. Hanya tiga orang di dalam sebuah rumah banglo yang sangat besar umpama istana ni! Memang gila! Dari kejauhan aku sudah nampak kelibat Nenda Yang yang sedang bersenam di taman. Gigih sungguh!

Tak hairanlah dia nampak bertenaga lagi walaupun usia sudah mencecah tujuh puluhan. Aku segera naik ke bilik dengan membawa satu dulang yang dipenuhi dengan air jus orange, serta omelette dan juga air coklat panas. Kegemaran Jeongin.

Aku menggoyang-goyangkan tubuh Jeongin. Aroma wangian badannya menusuk ke hidungku. Enak sekali! Wangian yang berjenama Giorgio Armani yang menjadi pilihan hati Jeongin. Memang padan sekali dengan dirinya.

" Sayang, bangun. Dah pagi ni " kejutku.

Sejak aku menyedari bahawa aku sudah jatuh hati padanya, aku mulai memanggilnya Sayang. Jeongin mengeliat. Matanya masih lagi tertutup.

" Bangun sayang, dah pagi ni. Kata nak bawak saya pergi pusing-pusing pulau naik motorboat " ujarku lagi.

Tiada reaksi. Aku membisik perlahan ke telinganya. Dengan tidak semena-mena Jeongin memelukku. Aku tergamam!

" Err, b-bangun Ayen. Dah pagi ni " kataku lagi.

Masih dengan nada yang sama, meski hatiku sudah berdegup kencang. Berdebar-debar. Sebuah kucupan dihadiahkan dibibirku.

" Good morning honey. Awalnya bangun? " ucap Jeongin.

Perkara yang tidak dapat aku sembunyikan dari pengetahuan sesiapapun. Aku sukakan wajah lelaki yang baru sahaja bangun dari tidur. Nampak comel sekali.

Well, itu bagi aku. Mungkin tidak bagi wanita lain. Setiap manusia ada pendapat berbeza bukan?

" Mestilah, janji nak keluar. Haruslah bangun awal " kataku. Jeongin ketawa.

Lantas dia bangun dari sofa dan bergegas ke bilik air, bajunya dicapai di dalam almari.

Setelah itu, barulah dia duduk kembali di sofa. Tak sampai sepuluh minit dia mandi. Mandi kambing ke?

" Cepatnya mandi. Takut air? " aku bergurau. Jeongin menjelirkan lidahnya. Ish! Geramnya.

" Salah oranglah. Ayen ni suka berendam dalam airlah! Mandi cepat-cepat pagi ni sebab tak tahan bau sarapan " kata Jeongin, lantas mencapai gelas yang berisi air jus orange.

Berselera sekali dia menjamu makanan yang terhidang di depan matanya.

" Siapa masak ni? " soal Jeongin.

" Sayalah "

" Ha? Boleh percaya ke? " Jeongin ragu-ragu.

" Hish! Ingat saya tak pandai masak ke? Dah! Makan cepat. Lepas tu bawa saya pusing pulau okay? " desakku. Jeongin mengangguk.

Rambutnya masih belum kering lagi. Aku segera ke almari dan mengeluarkan sikat serta penyembur rambut milik Jeongin.

Tanpa disuruh, aku segera menyikat rambutnya. Aku tahu Jeongin sudah tergamam. Tak mampu berkata apa-apa. Hampir sahaja gelas yang sedang dipegangnya jatuh pecah bererai.

Lima minit berikutnya, aku segera membetulkan pakaian Jeongin. Ha! Baru nampak kemas dan segak!

" Yoon? " soal Jeongin. Dia tergamam. Diam seribu bahasa. Tak mampu berkata apa. Speechless!

" Ye saya? " sahutku.

" Awak okay ke hari ni? Sihat? " ujar Jeongin lagi. Aku hampir tergelak mendengar soalannya. Innocent!

" Sihatlah, kalau tak takkan saya ada kat sini sikatkan rambut sayang, buat sarapan sayang. Ada faham? " kataku. Jeongin mengangguk faham.

Fokusnya kembali kepada makanan sarapan paginya.

Senyumamu yang indah, seakan mengirimkan cinta dan kasih sayang buatku. Pandangan mata redupmu, seakan menghangatkan kalbuku yang kedinginan. Bicara katamu, seakan nyanyian merdu mendamaikan hati, menghilangkan lara.

Jeongin, aku penasaran cinta kerana kamu. Inginku pandang wajahmu di setiap tika tiada jemu agar terubat sakit rindu di hati.

Aku tersenyum sendiri. Ralit mengumam perasaan yang kian bercampur baur. Sayang tapi malu!

To Be Continued ! ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ! ♡

[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡Where stories live. Discover now