29 ~ GAME START💫

331 48 1
                                    


Penthouse ki-joon

Besok adalah hari minggu jadi keluarga ini berkumpul untuk makan malam bersama, ki-joon, in yeop, sohyun dan dohyun sudah ada dimeja makan sambil menunggu jiah iaitu omma mereka yang masih lagi belum balik. Mood ki-joon sangat baik beberapa hari ini kerana dia sudah menghapuskan musuh-musuhnya

Ki-joon:kemana omma korang pergi??

Ketiga anaknya itu hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu dan tidak lama selepas itu jiah pon pulang dengan sedikit tergesa-gesa

Ki-joon:chagiya, kenapa kau terlalu tergesa-gesa ni??

Jiah:mianhae chagiya☺️, ada banyak pulak urusan nak disiapkan dekat office hari ni

Ki-joon:ahh cinnca, kincana.. Kajja kita makan bersama

Jiah:nae😊

Merekapon makan bersama, namun ketiga anaknya itu hanya diam dan sejujurnya hubungan mereka tidaklah baik mana. Dohyun membenci ommanya selepas pemergian soo yeon ,in yeop dan sohyun pula sangat membenci appanya dan begitu juga omma tiri mereka itu.

Selepas habis makan mereka berkumpul bersama untuk melihat keputusan exam midterm tadi, mujurlah ketiga mereka lulus dengan cemerlang membuatkan ki-joon bertambah bangga dengan anak-anak itu ,lalu dia meraikannya dengan party keluarga mereka kecil-kecilan. Mereka turut mengundang tetangga rapat mereka termasuklah team badboy. Sedang meraikan kegembiraan dirumah yang tersangat mewah itu ,tiba-tiba ada seseorang memicit loceng pintu rumah tersebut. Sohyun adalah orang yang pergi untuk membuka pintu rumah tersebut, selepas membuka pintu dia agak terkejut melihat susuk tubuh seorang remaja sedang menatapnya itu.

War In Life✨Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ