1~ START✨

527 45 3
                                    

Penthouse adalah penginapan termewah di korea kerana keunikannya membuatkan penthouse itu dapat menjadi bangunan 10 star pertama yang dibina dikorea. Di penthouse tersebut bukan calang-calang orang yang boleh tinggal disini kerana sebuah rumah bernilai jutaan ringgit manakala satu bilik juga sudah seperti sebuah rumah mewah ,kerana itu penthouse ini menjadi tarikan kepada golongan bangsawan, artist, idol dan jutawan. Pemilik penthouse ini bernama Song jihye yang merupakan pewaris tunggal keluarga bangsawan terkenal, beliau sangat cantik dan mempunyai keperibadian baik, ramai yang jeles dengan beliau kerana dia sangat sempurna dari segi fizikal dan kaya raya namun siapa sangka beliau juga terseksa seperti manusia biasa. Beliau pernah berkahwin dua kali dan memilih untuk berpisah dengan suami pertamanya, kerana hubungan beliau dan suami pertamanya tidak direstui orang tuanya atas dasar darjat dan keturunan keluarga bangsawan tersebut. Untuk kebaikan bersama mereka berpisah namun pada saat itu mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata kembar tidak seiras,seorang anak lelaki dan seorang lagi perempuan.Keduanya diasuh oleh beliau sendiri namun tidak lama selepas itu beliau terpaksa berkahwin dengan anak bangsawan yang sudah dipasangkan oleh orang tuanya untuk beliau. Lelaki itu bernama Uhm ki-joon yang merupakan pemilik TQ holdings, TQ holdings merupakan cawangan terbesar dikorea dan sangat menjadi kebanggaan orang korea kerana setiap pelusuk negeri, bandar dan daerah mempunyai perkhidmatan mereka iaitu produk, pasaraya, stesen minyak dan juga sekolah swasta. Suami keduanya juga pernah berkahwin dan mempunyai cahaya mata kembar tidak seiras sepertinya namun isterinya meninggal dunia setelah melahirkan kedua cahaya mata mereka. Setelah mereka menikah ,mereka berdua berpindah ke penthouse ditingkat paling atas dan hidup bersama keempat cahaya mata mereka itu.

War In Life✨Donde viven las historias. Descúbrelo ahora