BAB 3

4.5K 238 26
                                    


Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

KHAYRA'S PLANNER

TUMPUAN Khayra Alana yang sedang melakar dekorasi pelamin terganggu sebentar. Lalu dicapainya Iphone 12 miliknya yang berada di atas meja... yang sedari tadi tidak berhenti mengeluarkan bunyi notifikasi group WhatApps!

Khayra Alana hanya mampu tersenyum membaca mesej-mesej berangkai laju yang dihantar secara silih berganti oleh tiga sahabat baik beliau. Siapa lagi kalau bukan Amylia Zarith, Zafrul Rasul dan juga Nazmi Ariffin yang dikenali sejak di bangku sekolah rendah lagi.

'Maki hamun aku berjemaah nampak tiga ketul ni! Masing-masing punya bahasa puaka tak boleh bawa bincang langsung!' Gumam menyinis Khayra Alana di dalam hati. Tetapi dia sedikit pun tidak terasa hati kerana sudah terbiasa. Lagipun kalau hendak dibandingkan bahasa puaka di antara mereka berempat. Khayra Alana lagi W.I.N!

Khayra Alana memicit pelipis dahi dan mula mengeluh. Keputusannya yang menarik diri di saat-saat akhir perancangan mereka berempat untuk bercuti bersama selama sebulan menjelajah Negara Itali terpaksa diambil. Ini kerana semakin hari semakin banyak projek baru syarikat miliknya menerima tender dan sudah semestinya Khayra Alana akan mendahulukan kerja beliau... dan ini bukan kali pertama dia menunda percutian bersama-sama dengan tiga sahabat baiknya itu. Sejak daripada empat tahun lepas lagi. Keep on delayed! Dan Khayra Alana fikir untuk tahun ini dia akhirnya berjaya memberi ruang kepada dirinya sendiri. Meluangkan masa untuk bercuti. Tetapi tidak sama sekali! Dan dia faham tahap kemarahan yang membuak di dalam diri Amylia Zarith, Zafrul Rasul dan juga Nazmi Ariffin terhadapnya.

"Miss Kay. Puan Sri Alisa bagi ni..." Naziha mula melangkah masuk dan meletakkan barangan pemberian daripada wanita VVIP itu.

"Again?! Kali ni Puan Sri bagi apa pula?!" Khayra Alana mula membelek-belek barangan yang berada di atas meja kerja beliau. Khayra Alana yang sedang gigih membuka balutan... lantas tersenyum apabila telefon pintar di tangannya bergetar dan tertera nama wanita itu di permukaan skrin.

"Assalammualaikum Puan Sri. Ya... Ayra dah terima barang pemberian Puan Sri. Baru nak buka. Oh yeke?! Patutlah besar hadiah kali ni Ayra dapat. Hah?! Panggil je Auntie Lisa? Hurm okeylah Auntie Lisa. Terima kasih banyak-banyak. Eh Auntie Lisa. Sampaikan ucapan terima kasih Ayra pada Tuan Qash ya. Okey Auntie Lisa... Waalaikummussalam..."

Sebaik sahaja Khayra Alana mematikan talian. Dengan perasaan tidak sabar dan agak teruja... dia lantas membuka balutan bersegi empat sederhana besar itu.

"Wow! It so beautiful!"

Terpesona Khayra Alana melihat lukisan Abstrak yang dihadiahkan oleh Tuan Qash melalui ibunya, Puan Sri Alisa sebagai tanda ucapan terima kasih di atas hasil sentuhan berseni Khayra Alana dalam mengubah interior pejabat Tuan CEO Zhirmin Group. Semenjak projek yang satu itu siap sepenuhnya hampir tiga bulan yang lalu... Ku Zhirmin Farid Shah dan Puan Sri Alisa sangat berpuas hati dengan hasil sentuhan dekorasi interior syarikatnya dan semenjak daripada itu... dia sering menerima pelbagai hadiah daripada mereka. Tetapi kali ini lain sedikit pemberian yang Khayra Alana terima. Lukisan hasil tangan berseni daripada anak Ku Zhirmin Farid Shah dan Puan Sri Alisa.

***

ZHIRMIN GROUP

KU Zhirmin Qarl Aqashah yang sedang berbual santai dengan daddy menjeling sekilas ke arah mommy yang sedari tadi asyik tersenyum-senyum sebaik sahaja mematikan talian di telefon pintarnya.

"Mommy okey ke tu? Dari tadi asyik tersenyum saja. You look so happy. Tak mahu berkongsi cerita sama Qash dan daddy?"

"Mommy baru lepas bersembang dengan Ayra..."

THAT "AUTISTIC" MAFIA BOSS !Where stories live. Discover now