Demi masa

28 1 0
                                    

Aku mengikhlaskan apa yang perlu ditunggu
Tak perlu memaksa sesuatu yang belum mungkin terjadi.

Andai hari itu ada, ia akan tiba;
Andai dia yang sepatutnya, akan ku miliki
Andai bukan untukku, mungkin Tuhan punya rencana yang lebih baik untuk aku.

Tak perlu aku gundah sesuatu yang belum tiba
Melangkah dan terus melangkah
Bina apa yang perlu dibina
Pegang dengan niat penuh ikhlas
Bukan dengan penuh khianat.

Dengan harapan;
Esok yang mungkin bahagia
Yang harus kau teroka
Jangan pernah lupa
Kerana diri ini juga
Perlu bahagia.

IntrovertWhere stories live. Discover now