Bab 38

1.2K 105 151
                                    

Alhamdulillah setelah lima bulan berada di kampung Pinang Sebatang, Nura Aufa sudah mula bersemangat untuk memulakan hariannya di kampung itu.

Terbayang-bayang kehidupannya sebelum ini. Bahagia dan derita silih berganti.

Ketukan pintu dan suara panggilan Naim mengganggu lamunan Nura Aufa. Terasa berat pula punggungnya hendak bangun membuka pintu biliknya.

"Akakkk, dah bangun ke belum ni? Bila nak pergi ke bandar. Hari ni akak kena mulakan kerja akak dekat cawangan syarikat papa. Lepas tu akak kena pergi meninjau chalet di resort Kampung Pinang Sebatang tu."

"Akakkk!" Menjerit Naim di telinga Nura Aufa. Kakaknya asyik menggaru kepala tapi tidak menjawab pertanyaannya.

"Apa Naim ni! Sakitlah telinga akak. Boleh pekak macam ni," omel Nura Aufa kegeraman.

"Akak tengok jam tu. Akak ni kan nak jadi orang ternama . Nak balas balik dekat orang-orang yang hentam dan fitnah akak." Naim terus mengingatkan misi Nura Aufa.

Melihat jam kecil di dinding bilik itu, Nura Aufa terkejut. Sudah pukul sembilan pagi. Dia tergopoh gapah menutup pintu biliknya. Tidak dikisah Naim yang masih berada di muka pintu. Mengambil tuala mandinya dan terus masuk ke dalam bilik air. Nasib bilik air ada di dalam bilik itu. Hampir satu jam , Nura Aufa keluar dari biliknya.

"Tak sarapan dulu Nura?" Mak Kiah menegur Nura Aufa  yang sudah bersiap untuk ke Syarikat NNN Global.

"Mak, Nura dah lambat ni. Nanti Nura makan kat bandar tu je." Dia perlu cepat. Naim akan membebel kalau dia lewat hari ini. Lagipun Naim sudah menunggunya di kereta.

"Sekejap." Beberapa minit kemudian Mak Kiah datang semula ke pintu utama rumah itu dan menghulur Nura Aufa beg plastik yang berisi mangkuk makanan.

"Ni ada nasi goreng. Nanti makan. Nura bukan seorang. Anak tu lapar nanti." Perut Nura Aufa yang sudah kelihatan itu sempat diusap oleh Mak Kiah. Tersengih Nura Aufa dengan keperihatinan Mak Kiah.

"Baik mak." Pipi tua itu dikucup sayang.

Naim memandu keretanya menuju ke Syarikat NNN Global. Sebenarnya syarikat ini sama besarnya dengan Syarikat Naufal Global yang sedang diterajui oleh Danish. Segala berkaitan dengan Nura Aufa adalah dipantau dari jauh oleh Tan Sri Naufal. Bagaimanapun Nura Aufa adalah anak perempuan kesayangannya. Tentu sekali dia mengambil berat akan kebajikan anaknya itu. Orang perantaraan Tan Sri adalah Naim dan Mak Kiah.

Selepas memarkir kereta di garaj yang disediakan, Naim dan Nura Aufa keluar dari kereta Honda Civic menuju ke pintu masuk syarikat. Terpegun sekejap Nura Aufa. Syarikat yang sama bentuk dengan Syarikat Naufal Global.

Nura Aufa mengekori langkah Naim memasuki bangunan yang tinggi melangit itu.

Di lobi syarikat, semua mata memandang mereka. Nura Aufa yang merasa kekok dipandang begitu, terus menarik tangan adiknya. Memaut tangan itu . Ada yang memberi tunduk hormat pada mereka.

Sebenarnya Nura Aufa sudah tahu yang Naim adalah salah seorang orang kuat di syarikat itu. Jawatan apa tidak pula diberitahu oleh Naim. Naim bekerja sambil belajar.

Setiba mereka di ruangan office, sekali lagi mereka jadi tumpuan mata-mata staff di office itu.

"Hish, siapa pula perempuan yang dibawa oleh Encik Naim tu? Siap memaut tangan Encik Naim," tegur salah seorang staff wanita di situ.

"Ye lah. Siapa tu eh? Pregnant pula tu. Setahu aku Encik Naim belum kahwin lagi. Takkan dia punya..." kata salah seorang staff yang lain pula.

"Laaa, kalau isteri dia pun yang kau orang nak jeles tu kenapa? Kalau teman wanita mustahillah kut."

Cinta Bukan Untukmu.   (Completed) Onde histórias criam vida. Descubra agora