Bab 46

1.5K 108 169
                                    

Mak Kiah dan Ziela memerhati Nura Aufa sedari tadi. Nasi di dalam pinggan tidak terusik . Asyik digaulnya sahaja nasi itu tanpa menyuapnya ke dalam mulut.Entah apa agaknya yang difikirkan oleh Nura Aufa.

Mak Kiah cuba bertanya pada Ziela dengan bahasa isyarat mulutnya menunjuk ke arah Nura Aufa tetapi Ziela menjungkitkan bahunya sahaja. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa Nura Aufa asyik mengelamun dari tadi.

Sebenarnya otak Nura Aufa sarat memikirkan tentang Daniela, adik ipar kesayangannya itu.

"Mama... abang nak ayam goreng tu." Nura Aufa seperti berkhayal dan tidak mendengar panggilan anak lelakinya itu.

"Mamaaaaa..." Akhirnya Danial berdiri di atas kerusi dan memanggil Nura Aufa kuat di telinganya.

"Argghhh..." Terjerit Nura Aufa kerana terkejut.

"Ha ha ha. Ketiga-tiga kembar ketawakan mama mereka. Sementara Mak Kiah dan Ziela hanya mengulum senyum."

Nura Aufa memandang Danial. Hendak dimarah bukan salah Danial pun. Teringat Nura Aufa yang Danial memang saling tak tumpah perangai si Danish

"Abang nak buat mama pekak ke? Jerit kat telinga mama kuat-kuat." Nura Aufa sengaja bercakap begitu pada Danial.

"Abang taknak mama pekak . Abang sayang mama. Tadi abang nak ayam goreng tapi mama tak dengar. Abang jeritlah kuat-kuat."

"Alolo, anak mama ni." Pipi Danial dikucup oleh Nura Aufa. Dia mengambilkan ayam goreng dan meletakkan ke dalam pinggan Danial.

Danial lebih manja dari kedua adik perempuannya. Walaupun mereka kembar tetapi Danial tidak serapat kakak dan adik.

"Lepas makan, abang, kakak dan adik masuk tidur ye? Nanti mama bacakan bed time story untuk anak-anak mama."

"Yeayyyy." Terjerit ketiga kembar itu. Selalunya bila Nura sibuk, Mak Kiah yang akan bercerita kepada mereka sebelum tidur.

Biasanya cerita kisah nabi-nabi yang akan Mak Kiah ceritakan pada ketiga kembar itu.

"Tak mengapa Nura. Biar Mak Kiah yang bercerita pada si kembar nanti." Seperti memahami apa yang dihadapi oleh Nura Aufa, Mak Kiah menawarkan diri.

"Yeayyyy!! Kita nak dengar cerita nabi lagi. Nek Kiah cerita best." Danial bersuara dan dianggukkan oleh kedua adik perempuannya.

♥️♥️♥️♥️♥️

Selepas makan malam di sebuah restoran mewah, Danish menghantar Zahra Aisyah pulang ke rumahnya. Selepas itu  Danish dan Daniela pulang ke rumah mereka.

"Niela ni saja je nak dera abang kan? Tengoklah , bukannya dia nak angkat beg dia pun."

"Alaaa, abang ku sayang. Yang handsome lagi kacak. Kesayangan kak Zahra Aisyah. Bukannya banyak pun beg baju Niela tu. Tiga beg je pun. Kata sayang kat Niela."

Bukan main lagi  membebelnya Danish macam Mak Piah pula.

"Abang! Cantiknya rumah baru kita. Mesti rumah untuk abang dan kak Zahra lepas kahwin kan?"

"Ya , adikku sayang. Rumah untuk abang dan adik abang juga lah. Jom , kita masuk."

Masuk sahaja dalam rumah semi D dua tingkat itu, Daniela menghempaskan badannya di atas sofa di ruang tamu . Diperhatikan sahaja abangnya yang mengangkat beg pakaiannya.

"Huh! Letihnya. Abang, jom duduk sini. Niela nak tanya abang sesuatu."

Danish yang sudah meletakkan ketiga-tiga beg pakaian Daniela , melabuhkan punggungnya duduk di sebelah adik kesayangannya itu. Bahu adiknya dirangkul erat.

Cinta Bukan Untukmu.   (Completed) Where stories live. Discover now