Bab 21

1.2K 83 202
                                    

Nura Aufa rasa nak cekik aje leher pengetua dan pihak sekolah yang menghantar surat kepadanya. Janji perjumpaan dengan keluarga budak hantu tu pukul lapan tetapi boleh pula dilanjutkan ke pukul sepuluh. Malas untuk pulang ke rumah dia duduk di atas kerusi di tepi pondok guard sekolah .

"Cik ni nak jumpa dengan keluarga budak hari tu kan?" tanya guard yang bertugas di situ. Guard yang sama menegur Nura Aufa pada hari kejadian .

Pandang aje muka guard itu, membahang rasa hati Nura Aufa. Kalau tidak kerana difikirkan kawasan sekolah, mahu sahaja disekehnya kepala guard itu.

"Cik tahu tak yang bapak budak-budak tu bukan orang sembarangan. Itulah, siapa suruh cik cederakan telinga budak tu..." Guard itu bersuara lagi.

Kecil besar sahaja Nura Aufa memandang guard itu. Masih lagi bertanya walaupun Nura Aufa tidak layan pertanyaan dia. Bila masa pula agaknya dia mencederakan budak hantu tu. Takkan balik rumah telinga budak tu tercabut pula.

Nura Aufa mengerling jam di tangannya. Hampir pukul sepuluh.  Dua jam juga dia berada di pondok guard  menahan rasa. Berdiri dan bergerak dia menuju ke pejabat. Bertembung  dengan dua orang perempuan dan dua orang lelaki yang memang nampak berada orangnya. Nura Aufa pasti itu adalah keluarga budak-budak hantu itu. Berbanding dia yang hanya memakai t.shirt lengan panjang dan skirt jeans. Nampak selekeh pula dirinya dalam fikiran sendiri.

Nura Aufa hanya mengekori dari belakang semasa masuk ke dalam pejabat pengetua. Kelihatan pengetua bersalam dengan dua orang wanita yang nampak sombong itu. Mereka dipersilakan oleh pengetua untuk duduk. Telinga Nura Aufa dapat menangkap yang pengetua itu memanggil datin pada kedua wanita separuh umur itu.

Nura Aufa juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengan pengetua perempuan itu. Nasib salamnya disambut . Untuk bersalam dengan kedua datin itu pula, Nura Aufa terasa berat hati sebab wanita itu menoleh ke arah lain. Nura Aufa yang duduk di sebelah salah seorang datin  itu , perasan yang  wanita itu menarik kerusinya seolah jijik untuk duduk berdekatan Nura Aufa. Ada aku kisah! Bicara Nura Aufa dalam hati.

Beberapa minit kemudian, terjengol Daniela dan dua pelajar hantu itu. Masuk aje ke dalam pejabat pengetua pelajar itu dipeluk oleh ibubapanya seolah bertahun tidak berjumpa. Meluat pula Nura Aufa rasakan. Selepas itu kelihatan guard yang menyaksikan kejadian tarik telinga , masuk ke dalam pejabat pengetua.

"Mommy, inilah perempuan yang tarik telinga adik hari tu..." ujar pelajar yang bernama Azlan ketua budak hantu .

"Laaa, kesiannya anak mommy. Oo, perempuan ni rupanya. Mommy ingat cleaner tadi."

Terlopong mulut Nura Aufa. Ada ke mulut jahat datin itu mengatakan dia cleaner. Memang panas telinga Nura Aufa. Mahu sahaja ditarik telinga mak datin sampai putus. Sabar Nura. Dengar dulu apa yang hendak dikata oleh pengetua.

"Maaf datin, saya nak mulakan perbincangan kita hari ni ye?" Lembut suara pengetua berbicara.

"Eh, saya bukan nak puan minta maaf dengan saya. Saya nak kucing kurap ni minta maaf dengan saya. Saya tak nak berbasa - basi lagi." Lantang mulut salah seorang datin menghina Nura Aufa. Terbeliak biji mata Nura Aufa. Ini dah lebih ni.

"Hish, awak ni... kan pengetua kata nak bincang tu. Tolong lah awak bersabar sikit."  ujar suami kepada datin itu. Nampak juga aura gatal suami si Datin.

Menjeling datin  memandang Nura Aufa. Nura Aufa hanya buat bodoh sahaja. Kalau tidak kerana menghormati majlis, Memang sudah disembur si datin bongkak yang menjengkelkan.

"Cik  ni siapa ye pada Daniela ni? " tanya pengetua lagi.

"Saya kakak ipar Daniela." jawab Nura Aufa jujur.

Cinta Bukan Untukmu.   (Completed) Where stories live. Discover now