Bab 64

1.1K 102 138
                                    

Dalam perjalanan ke banglo Khalif Mirza, hati Zahra Aisyah tidak tenang. Fikirannya sarat dengan memikirkan apa nasibnya bila berada di kediaman Khalif Mirza nanti.

Keluar saja dari kereta Khalif Mirza, langsung tiada rasa teruja di hati Zahra Aisyah melihat banglo dua tingkat di depannya itu. Khalif Mirza pula menonong sahaja menuju ke pintu utama banglo dua tingkat itu. Berdiri tegak Zahra Aisyah memerhatikan langkah kaki Khalif Mirza.

"Kau nak duduk kat luar  aje ke?" tegur Khalif Mirza dengan suara yang keras.

"Beg baju Zahra?" ujar Zahra. Baru dia teringat beg bajunya tidak diangkat oleh Khalif Mirza seperti masa di rumah keluarganya tadi.

"Kau tak tahu nak angkat sendiri. Kau ingat aku ni driver kau? Nak bawa beg kau?"

Mendengar kata-kata kasar yang keluar dari mulut Khalif Mirza, Zahra Aisyah berpusing semula untuk ke kereta. Pintu belakang yang belum berkunci itu dibuka. Beg pakaiannya dikeluarkan. Dia berlalu semula menuju ke pintu utama banglo mewah itu. Teragak-agak dia untuk masuk ke dalam banglo itu .

"Kau ni memang nak duduk kat luar eh? Kalau kau nak duduk kat luar, aku nak kunci pintu ni," marah Khalif Mirza yang masih menunggu Zahra Aisyah di muka pintu banglonya.

Terkocoh-kocoh Zahra Aisyah mengikutnya masuk ke dalam banglo itu. Aduh mak... macam masuk dalam istana.

Banglo yang besar itu seperti tiada penghuni. Sunyi sepi. Zahra Aisyah memandang ruang tamu banglo mewah itu. Tiada sesiapapun yang berada di situ. Hendak bertanya pun terasa takut. Sejak dari dalam kereta hanya jelingan tajam yang diterima olehnya.

Zahra Aisyah terus mengikut Khalif Mirza mendaki anak tangga tetapi dengan tidak semena-mena dia ditegur lantang.

"Kau nak ke mana tu? Mak Siti!!!" Lantang suara Khalif Mirza memanggil seseorang. Rupanya ada orang di dalam banglo itu. Mungkin pembantu rumah agaknya, fikir Zahra Aisyah.

Terkedek-kedek Mak Siti keluar dari ruangan dapur dan berdiri di anak tangga bawah.

"Mak Siti tolong bawa perempuan ni ke bilik bawah. Dia akan tinggal di bilik bawah satu lagi tu."

"Abang..." Zahra Aisyah ingin berbicara sesuatu.

"Kau jangan panggil aku abang. Aku bukan abang kau!!!" Tersentak Zahra Aisyah. Terangkat bahunya ditengking Khalif Mirza. Mak Siti hanya menunduk.

"Tapi abang suami Zahra. Tak salah kan Zahra panggil suami Zahra abang." Jawapan Zahra Aisyah membuat Khalif Mirza menyinga.

"Siapa suami kau? Jangan nak perasan. Aku kawin dengan kau sebab diperangkap. Kalau tak kenangkan nama baik aku dan syarikat aku, kau janganlah nak berangan jadi isteri aku. Simpan angan-angan kau tu. Mula hari ni , kau panggil aku encik," angkuh kata-kata yang keluar dari mulut Khalif Mirza.

Khalif Mirza terus mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Meninggalkan Zahra Aisyah yang masih termangu-mangu. Mak Siti pula mencapai beg pakaian Zahra Aisyah.

"Jom, makcik tunjukkan bilik anak."
Zahra Aisyah dibawa ke bilik bawah.

"Ini isteri Encik Khalif ye? Makcik ada dengar cerita dari Khalif yang dia sudah menikah. Anak jangan kecil hati dengan Encik Khalif tu. Dia walaupun tegas tapi baik hati. Ini bilik anak."

"Terima kasih makcik. Panggil saya Zahra. Nama saya Zahra Aisyah. Zahra tak rasa dia akan baik hati dengan Zahra. Dia benci Zahra. Dia fikir Zahra yang perangkap dia."

Mak Siti hanya mengusap belakang Zahra Aisyah. Tidak tahu untuk berkata apa-apa. Dia juga pelik dengan Khalif Mirza yang berubah laku. Dulu tidak seperti ini perangainya.

Cinta Bukan Untukmu.   (Completed) Where stories live. Discover now