✨//-6-//✨

460 42 22
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"Weyh...Gempa. Nak tahu tak? Tadi pagi..ada orang tu kena denda berdiri kat luar kelas... Bukan setakat berdiri atas lantai.. tapi kena berdiri atas kerusi... Siapa ek?" kata Halilintar seperti ingin memerli seseorang.

"Bila dah kena denda sebab tak siapkan kerja rumah, ada hati pulak tu minta suruh orang lain tolong bagi jawapan. Siapalah tu ya? Kesian...orang tu.." sambung Taufan pula.

Gempa yang dari tadi menahan gelak kini sudah tahu siapa gerangan manusia yang dimaksudkan oleh Halilintar dan Taufan.

Tak lain tak bukan...orang tu ialah...

Fang.

Fang memalingkan mukanya ke arah lain kerana malu apabila dirinya dimalukan di hadapan rakan baiknya sendiri.

"Setakat berdiri luar kelas je pun.. lainlah macam orang tu.. Aku dengar,ada orang tu duduk berjam-jam dalam tandas. Mentang-mentang cikgu subjek tu tak datang.. Tapi,diorang buat apa ek kat tandas tu lama-lama?" giliran Fang pula untuk memerli Halilintar dan Taufan.

Halilintar dan Taufan sudah memberi isyarat tangan supaya Fang tidak meneruskan kata-katanya.

"Haa!! Baru aku ingat! Ada seorang murid ni,yang kebetulan pergi tandas.. lepastu.. tiba-tiba, dia macam terdengar suara orang menangis... mula-mula,dia ingatkan..pontianak ke apa yang menangis kat dalam tandas tu tak keluar-keluar.. Tapi, rupa-rupanya..."

"Fang!!!"

Jeritan Halilintar dan Taufan yang agak kuat itu menyebabkan Fang dan Gempa terpaksa menutup telinga mereka.

"Apa yang bising-bising ni? Dari luar wad cikgu boleh dengar suara kamu." kata Cikgu Afif yang baru sahaja sampai.

Di tangannya, ada sebungkus plastik. Bungkusan makanan.. barangkali.

"Fang ni cikgu!!" Taufan menuding jari ke arah Fang.

"Eh? Aku pula? Yang korang tu pergi cakap yang aku kena denda tu boleh pula?" kata Fang cuba untuk membela dirinya.

"Memang betul pun kan?" ejek Halilintar.

"Sudahlah tu. Janganlah bergaduh.. pening aku tengok.. kalau macam ni lah kan.. lagi lamalah aku kena duduk kat hospital.." kata Gempa.

Mereka bertiga terdiam.

"Aik? Senyap pula? Pergilah sambung bertekak balik..." Perli Cikgu Afif.

Halilintar, Taufan dan Fang hanya membisu.

"Baguslah kalau dah diam. Ni, cikgu ada bawa makanan untuk kamu semua." kata Cikgu Afif sambil menghulurkan sebekas polisterina kepada Gempa.

Gempa mengambil bekas polisterina itu dan membukanya.

" N-Nasi kerabu?!!" Gempa agak sedikit terkejut.

"Kenapa? Kamu tak suka ke? Kalau kamu tak suka, cikgu boleh belikan yang lain." tanya Cikgu Afif setelah melihat reaksi Gempa.

"Bukan. S-Saya suka. Cikgu ni... Macam tahu-tahu je ini makanan favourite saya..hihi..." Gempa menyuapkan nasi ke mulut. Sudah lama dia tidak merasa makanan kegemarannya itu.

"Yang lain..cikgu belikan kamu nasi goreng."

"Ish! Mana boleh macam tu cikgu. Kenapa Gempa dapat nasi kerabu tapi kami dapat nasi goreng jer.." rungut Taufan.

"Betul tu. Mana adil macam ni.." sambung Halilintar pula.

Nasi goreng yang dibeli oleh Cikgu Afif tidak disentuh langsung. Fang pula hanya makan nasi goreng tanpa banyak mulut.

Baru satu suapan tapi Gempa memutuskan untuk berhenti makan apabila melihat Halilintar dan Taufan tidak mengusik langsung nasi goreng yang dibeli oleh Cikgu Afif.

Lantas itu, dia menghulurkan nasi kerabu itu kepada Taufan.

"Boleh tolong suapkan aku tak?"
tanya Gempa.

"Eh? Ada tangan kan.. makanlah sendiri.." Taufan menolak.

"Ala..satu suapan je.. please?" kata Gempa sambil buat muka comel.

"Yelah-Yelah. Satu suap je eh?" Taufan menyuap nasi kerabu ke dalam mulut Gempa.

" Thanks. Aku dah kenyang. Korang berdua habiskan jelah nasi kerabu tu." Mata Halilintar dan Taufan bercahaya.

"Betul ni?" tanya Halilintar cuba untuk mendapatkan kepastian.

"Iya. Makanlah..."

Maka dengan itu, Halilintar dan Taufan berkongsi nasi kerabu itu dan menghabiskannya.

"Tak tahu malu betul.." perli Fang.

******

Tok Aba memulas tombol pintu bilik wad Gempa. Dia memasuki wad yang menempatkan cucunya yang sulung itu.

"Assalamualaikum, atok datang ni.." Tok Aba memberi salam sebaik sahaja memasuki bilik wad Gempa.

"Waalaikumussalam... Eh?!!" Cikgu Afif berpura-pura terkejut.

"Muiez?!! Apa yang kamu buat di sini?" tanya Tok Aba sedikit hairan.

"Jap? Macam mana Atok boleh kenal dengan Cikgu Afif? Atok dengan Cikgu Afif memang pernah berjumpa ke sebelum ni? Dan,kenapa Atok panggil Cikgu Afif dengan nama Muiez?" pertanyaan Gempa membuatkan Cikgu Afif dan Tok Aba terkedu.

Tok Aba menghela nafas panjang sebelum dia membuka mulut.

"Sebenarnya..."

OUR HAPPINESS (slow-update)Where stories live. Discover now