✨ // - 8 - //✨

139 17 4
                                    

Sebulan kemudian...

"Cucu-cucu atok jangan nakal-nakal ya, nanti kalau ada masa, jenguklah atok kat kampung ni."

"Atok pun jaga diri, jangan buat kerja berat, apa-apa call kitorang okey?"

Dapat dilihat kereta Honda City itu semakin menjauhi kediaman Tok Aba. Ketiga orang pemuda yang berada di dalam kereta itu hanya memandang dengan pandangan yang kosong.

Setelah hampir 11 jam perjalanan, mereka pun tiba ke destinasi. Bandar yang menjadi tarikan utama pengunjung di Malaysia mahupun pelancong daripada luar negara.

Kuala Lumpur.

Kereta yang dipandu tiba di sebuah stesen minyak, Caltex. Pedal brek ditekan dan enjin kereta pula dimatikan.

"Korang duduk sini diam - diam eh. Uncle nak pi isi minyak kejap.  Kalau ada yang nak ke tandas boleh pergi. " Afif membuka pintu kereta dan terus keluar menuju ke kaunter.

Gempa dan Taufan mengangguk faham. Manakala Halilintar pula hanya memandang ke luar. Tiada sepatah kata pun yang dikeluarkan sepanjang perjalanan.

Beberapa detik kemudian, Halilintar turun dari kereta untuk pergi ke tandas. Setelah beberapa minit melepaskan hajat, Halilintar mencuci tangan di singki. Sambil-sambil itu dia membetulkan rambutnya.

Tatkala dia mahu membuka pintu tandas untuk keluar, langkahnya terhenti apabila dia terdengar suara seseorang yang amat dikenali.

"Setakat ni ada tiga orang. Dua orang tu memang mantul. Cuma seorang lagi je tak berapa. Budak tu ada masalah kesihatan."

Tidak syak lagi, itu adalah suara Afif. Tiga orang yang dimaksudkan tu pula adalah kembar bertiga tu. Halilintar mendengar setiap butir bicaranya dengan teliti.

"Tak boleh jadi ni. Kalau bos tahu, susah kita. Apa kata macam ni, dua orang tu kita angkut, yang seorang lagi kau hapuskan." balas seorang lelaki.

"Idea yang bagus. Nanti kau inform kat bos kita dah dua orang je. Yang parasit tu nanti aku uruskan. Maybe aku bunuh je terus kalau tak nanti dia laporkan kita ke polis pula." kata Afif dengan senyuman yang sinis.

Selang beberapa minit, perbualan dua orang lelaki tadi susah tidak didengari. Halilintar memulas tombol pintu dengan perlahan.

Halilintar kemudian berlari laju ke arah kereta Honda City milik Afif untuk mendapatkan kembarnya yang lain. Dia membuka pintu kereta dengan ganas.

"Korang, kita kena lari! Uncle Afif tu jahat, dia nak jual kita. Dan yang paling penting, dia nak bunuh kau Gempa!" jerit Hali.

Gempa dan Taufan memandang Halilintar dengan wajah yang kebingungan. Masing-masing cuba memproses apa yang baru dikatakan oleh kembar mereka itu. Tanpa basi basi, Hali menarik menarik mereka berdua keluar dari kereta.

Mereka berlari ke pinggir jalan untuk mendapatkan teksi bagi melarikan diri. Dengan izin Tuhan, kebetulan ada sebuah teksi yang sedang menuju ke arah mereka. Halilintar melambai tangan dengan deras untuk mendapatkan perhatian pemandu teksi itu.

Afif yang baru sahaja selesai membuat pembayaran di kaunter, terkejut melihat ketiga kembar itu. Dia cuba untuk mendapatkan mereka.

" Oi, jangan lari!" Afif mengejar mereka namun terlambat. Mereka sudahpun menaiki teksi untuk melarikan. Afif menuju ke arah kereta untuk mengejar mereka.

" Ah... sial." Afif mendengus kecil. Sewaktu dia keluar dari kereta tadi, dia terlupa untuk membawa kunci keretanya sekali.

Dengan itu, Halilintar mengambil peluang dengan melarikan diri dengan membawa sekali kunci kereta itu untuk menyukarkan Afif daripada mengejar mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 12, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OUR HAPPINESS (slow-update)Where stories live. Discover now