LEGASI MAMAK BAB 2 - PERANAN & SUMBANGAN MAMAK

1K 1 0
                                    

             Saya gunakan fakta sejarah berserta dengan pengalaman hidup  saya sendiri untuk membentangkan perbincangan saya tentang komuniti  mamak di Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             Saya gunakan fakta sejarah berserta dengan pengalaman hidup saya sendiri untuk membentangkan perbincangan saya tentang komuniti mamak di Malaysia. Tidak ada objektif untuk menyentuh isu sensitif. Harap fahami bahawa tulisan saya ini adalah lebih kepada dimensi akademik yang kritis. Objektif adalah untuk melahirkan integriti yang teguh sebagai mamak dalam masyarakat majmuk Malaysia dan tidak melupakan sejarah kita dalam arus transformasi yang berlangsung pada masa sekarang.

       Dalam bahagian ini ingin saya membincangkan tentang peranan dan sumbangan komuniti Mamak dalam pembinaan negara ini. Kebanyakan kajian tentang sumbangan Mamak difokuskan kepada komuniti mamak di Penang kerana ia merupakan lokasi utama masyarakat mamak menetap di Malaysia. Kumpulan mamak yang menetap di sini dan berkahwin dengan wanita Melayu, melahirkan satu komuniti yang dikenali sebagai Jawi Peranakan. Ramai yang berketurunan Jawi Peranakan menafikan diri mereka sebagai mamak pada masa kini dengan alasan tertentu.

            Kajian tentang komuniti mamak di negeri-negeri lain adalah terhad dan memerlukan penyelidikan lanjut. Saya syorkan NGO komuniti mamak mengambil perhatian tentang ini di negeri masing-masing. Saya pernah menghadiri banyak majlis perkahwinan masyarakat Mamak. Masa itu saya bertemu dengan kaum tua mamak yang memakai songkok Turki yang lebih tinggi daripada songkok Melayu.Ini menunjukkan pengaruh Turki yang kuat ke atas komuniti mamak. Sebenarnya songkok berasal dari Acheh, diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Acheh yang kebanyakannya terdiri daripada pedagang Chulia pada abad ke 16, 17 dan 18.

          Seorang lagi tokoh Mamak dalam sejarah iaitu arwah Tan Sri S.O.K Ubaidulla pernah hidup di Seremban pada tahun 1930an. Kajian mengenai tokoh ini saya telah lakukan sebagai syarat penyelidikan sejarah di Universiti Malaya. Banyak fakta menarik saya perolehi daripada tokoh yang menunjukkan golongan mamak pernah memainkan peranan penting semasa pendudukan Jepun. Menurut tokoh, beliau menjadi editor akhbar yang diasaskan oleh Jepun di Seremban pada masa Perang Dunia Kedua, iaitu Seremban Wartamani (Tamil) dan Seremban News (English). Jepun juga telah membawa Ubaidulla ke Sumatera untuk dilantik sebagai pengurus penerbitan akhbar "Lampong Shimbun" di selatan Sumatera antara tahun 1943-1944. Seterusnya Ubaidulla dipindahkan ke Jawa untuk menjadi penyampai propaganda Jepun di NIRO (Netherlands East Indies Broad Casting Station). Ubaidulla dipilih oleh Jepun pada waktu itu kerana kefasihan bahasa Inggerisnya yang diperlukan oleh Jepun dalam propaganda mereka. Tan Sri Ubaidulla dalam tahun-tahun selepas kemerdekaan menjadi Senator mamak yang pertama dalam Dewan Negara. Sebenarnya ada banyak lagi fakta sejarah berkaitan dengan tokoh ini. Insya Allah saya dapat kongsikannya dalam bahagian ke III nanti.

          Dalam Bab ini saya berikan fokus kepada komuniti mamak di Penang berpandukan kepada kajian yang dijalankan oleh Patrick Pillai dari Yusuf Ishak Institute (Singapura-2015). Fakta sejarah daripada seorang sejarahwan tempatan iaitu Meera Nagore dirujuk. Menurut Meera, Francis Light mendorong pedagang Mamak supaya menetap di Penang. Justeru itu Light memberikan tanah petempatan di Market Street dan Pitt Street dan membuka perniagaan berkaitan perkapalan. Menurut Meera lagi badan peringatan Nagore (Nagore Memorial) diasaskan pada tahun 1801.

LEGASI MAMAKWhere stories live. Discover now