LEGASI MAMAK BAB 4 - KONSEP "MELAYU" DALAM SEJARAH

681 3 0
                                    


         Pada kali ini dalam Bab 3ingin saya membawa diskusi tentang  suatu perkara yang paling penting dalam kehidupan mamak di Malaysia  iaitu Konsep Melayu dalam sejarah

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

         Pada kali ini dalam Bab 3ingin saya membawa diskusi tentang suatu perkara yang paling penting dalam kehidupan mamak di Malaysia iaitu Konsep Melayu dalam sejarah. Saya amat berharap setiap anggota kaum mamak membaca tulisan ini, berkongsi dan mendapat sedikit sebanyak panduan mengenai hal ini. Saya mengalu-alukan sebarang pandangan daripada anda. Konsep ini amat mustahak dan kaum mamak perlu hayati konsep ini dengan betul supaya kita dapat memahami kedudukan kita di Malaysia dan seterusnya membina integriti yang kukuh di tanah tercinta ini. Dalam perbincangan ini, saya ingin memfokuskan kepada Konsep Melayu dalam Sejarah. Apa yang jelas ialah konsep Melayu ini berbeza di dalam sejarah negara dan Perlembagaan Negara. Konsep Melayu dalam Perlembagaan Negara akan dibincangkan dalam tulisan akan datang. Insya Allah.

          Kaum mamak perlu memahami perkara ini dengan jelas apabila membuat tuntutan tentang status Melayu dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan. Pada masa kini, telah menjadi satu trend sosio-politik bagi mamak untuk menggunakan identiti Melayu di Malaysia. Ada kalanya permohonan ini diterima oleh jabatan pendaftaran dan ada kalanya ditolak atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama dasar kerajaan adalah kurang jelas tentang hal ini kerana ia tidak dimaktubkan sebagai dasar kebangsaan. Status Melayu diberikan kepada kaum mamak berdasarkan kepada budi bicara pegawai jabatan pendaftaran. Ini adalah diuruskan secara case to case basis.

           Apabila berada di ambang pendidikan sebagai pelajar muda memang saya tidak faham dan keliru mengapa kaum mamak memerlukan identiti berlainan di negara ini. Pada hal kaum Sikh, Pakistani atau kaum minoriti lain bangga dan terus mengekalkan identiti mereka di mana sahaja mereka bermastautin. Dengan mengekalkan identiti asal, mereka menuntut hak sosio-politik di dalam sistem yang mereka berada. Contohnya di Britain, seorang British-Pakistani bernama Sadiq Khan menjadi Mayor London pada tahun 2016. Kedua-dua ibubapanya telah berhijrah ke Britain pada tahun 1968. Sadiq Khan berjaya dalam pilihanraya mayor London berdasarkan kepada karismanya, pendidikannya dan keupayaannya memenangi hati masyarakat di bumi orang barat. Dia sentiasa rasa bangga dengan asal-usulnya, sungguhpun dia sebati dengan budaya tempatan. Integriti ini saya rasa penting bagi kejayaan seseorang di mana sahaja mereka berada. Kita pernah mempunyai integriti ini pada masa yang lalu di mana kaum mamak bekerja keras, berdikari dan hidup berhemah tanpa menukar identiti. Saya ingin melihat integriti seperti ini di kalangan kaum mamak pada masa sekarang.

           Begitu juga dengan kaum Sikh yang sentiasa bangga dengan bangsa mereka, dapat mencatatkan kejayaan bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara lain. Contohnya di Kanada. Pada tahun 2015, 26 orang anggota berbangsa Sikh dipilih untuk Parlimen Kanada. Empat orang Sikh telah dilantik menjadi menteri dalam kabinet PM Trudeau. Harjit Sajjan, adalah Menteri Pertahanan Kanada, suatu portfolio utama dalam kabinet Kanada, jarang sekali disandang oleh kaum asing. Tambahan pula bahasa Punjabi menjadi bahasa ke-3 dalam parlimen Kanada.

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Feb 06, 2021 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

LEGASI MAMAKNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ