Chapter 42

175 18 12
                                    

(Hara P.O.V)

"Saya nak putus, "

Keadaan hening, aku langsung tak dapat apa- apa balasan daripada Khai.

5 minit berterusan hening sehingga aku membuat keputusan untu mengahkiri perbualan, " Saya pergi dulu-- "

"TUNGGU BAE! "

Aku terdiam mendengar panggilan itu.

"Tolong jangan panggil saya macam tu lagi lepas ni. Kita dah tak ada apa- apa hubungan, "

"But.. okay fine, Hara.... Why? You ingat I ni tak ada perasaan ke? You nak permainkan I? Jadi selama ni-- "

"KHAI! Just stop your lakonan, siapa yang tak ada perasaan? Siapa yang permainkan orang lain? SIAPA KHAI? " aku terus memotong percakapannya.

"What do you mean, Hara? You yang permainkan I... dah jelas! I love you but you did this to me? So selama ni kita selalu bersama hanyalah lakonan semata? "

Aku ketawa sinis, memang penipu besar, " Khai, wanna know something? "

Khai tidak membalas. Jadi aku hanya menganggap bahawa dia mahu mendengar.

"Makin lama aku dengar suara kau dan lakonan kau, makin bertambah benci aku dekat kau, "

"HARA! What are you talking about-- "

"STOP LAH KHAI! KAU INGAT AKU TAK TAHU KE? KAU HANYA BERCINTA DENGAN AKU SEBAB KAU KENA DARE DENGAN KAWAN KAU KAN?! "

Khai terdiam, tidak membalas apa- apa. Aku mendengus, dia ni memang loading ke?

Bila temberang dah pecah, auto jadi bisu? Heh, gempak!

"You don't have anything to defend yourself? So I guess I'm saying the truth, " aku terus meneruskan percakapanku.

Kang kalau aku diam juga, entah bila tamat panggilan. Dah lah aku yang call, habis topup aku nanti!

"Wait Hara, I tak paham apa yang you cakap ni? I bukannya tak nak defend but I clueless. You cakap benda yang merepek, " Khai lantas bersuara, memertahankan dirinya.

"Oh, kau clueless? Hmm, kesiannya... " aku membuat muka simpati walaupun dia tak boleh melihat.

"Ha- Hara.. "

"Tapi tu bukan masalah aku! Kau ingatlah guna otak cetek kau tu sendiri. Jangan buat- buat tak tahu ya, kau sendiri yang terlibat... Jadi ingat sendiri, budak- budak sastera Diamond High kan dikenali sebagai '256 GB student'~ "

Aku terus menamatkan panggilan lantas aku pun menekup mukaku di bantalku. Aku menangis perlahan.

"Kenapa aku.... kenapa aku yang kena lalui semua ni... Apa yang diorang berlima buat bila diorang yang terkena ya? "

Tok tok tok!

Aku hanya mengabaikan ketukan pintu itu. Semakin lama, semakin kuat ketukan itu.

"Cik Hara, Puan Safiya dan Tuan Carl tunggu Cik di taman. Mereka arahkan saya untuk panggil Cik turun minum petang, " suara pembantu rumah yang mengetuk pintuku kedengaran.

"Told mummy and daddy that I'm not in mood today! " aku membalas dengan kasar. Bukan apa, aku cuma tak nak dia sedar yang aku ni baru menangis.

"Ta- tapi Cik Hara-- "

"JUST GO! I DON'T NEED TO GO! ALONG, ANGAH DAN ACIK KAN ADA! PERGI JELAH SURUH DIORANG! " aku terus menjerit, melepaskan amarah.

Pembantu rumahku diam seketika, "Baiklah, saya minta maaf kerana membuat Cik Hara marah. Maafkan saya, "

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now