Chapter 15

314 44 113
                                    

Aisy (P.O.V)

Kami berkumpul di depan Gold High. Kami baru je balik dari berjumpa ibu ayah masing- masing. Ya, aku tahu mesti korang pelik kenapa kitorang bagitahu ibu ayah kitorang sekarang.

Lambat bukan? Halah, setakat kena piat telinga tu apalah sangat. Sakit lah juga. Haha! Tak apa, member dah biasa kena piat telinga. Piat telinga saja lah. Kalau yang lain, aku berdrama depan ibu ayah aku nanti.

Tak itu tak penting sekarang ni. Yang penting sekarang ni, kenapa kena berjumpa dekat depan Gold High?

Sebuah kereta Audi berhenti di hadapanku. Seseorang keluar dari kereta itu bersama bagasi miliknya. Aku tahu tu siapa, Syaz!

Syaz tersenyum terhadapku lalu dia pun menutup pintu kereta itu. Kereta itu meluncur laju. Aku tahu yang hantar dia driver keluarga dia.

Guys, kitorang tahu umur 17 dah boleh ambil lesen. Tapi sekarang ni, Syaz je yang boleh. Zedi lagi tiga bulan baru ulang tahun hari lahirnya. Dan sebelum hari tu sampai, kitorang akan sama- sama cakap dekat dia tentang bahayanya jalan raya. Bukan apa, kitorang tak nak dia ambil lesen.

Buatnya kalau dia ambil, perghh. Bahaya orang dekat jalan raya. Nanti semua benda dia langgar. Bukan tak percaya, aku cuma takut saja.

Tapi kalau dia nak ambil lesen kereta juga, aku terpaksa tempah keranda dengan kain kafan untuk dia lah. Standby je anak- anak. Kalau apa- apa terjadi, boleh lah aku bagi terus. Apa salahnya aku sponsor kan?

Aku baik? Ya, ya! Tahu dah. Tak payah cakap. Aku penat lah asyik kena puji. Okay, mari kita kembali ke realiti ye anak- anak.

"Kenapa kita kena ada dekat sini? " aku menyoal. Sebelum aku gerak ke asrama, Syaz telefon aku supaya datang ke Gold High dahulu.

Ya, kami berlima bercadang nak pergi asrama berasingan. Lepastu sampai sana buat- buat tak kenal. Sapa sesama sendiri. Nampaklah macam friendly sikit. Nampak bodoh kan? Tengok saja lah cadangan siapa.

Zedi, Izla dan Hara. Yang mencadang pun bodoh. Tapi tak sebodoh orang yang suruh datang Gold High ni. Like what, buat apa datang sini? Bukannya ada pesta pun!

"Zedi suruh. Dia ada benda nak buat dengan Izla and Hara. " Syaz memasukkan bagasinya ke dalam keretaku. Maksud aku, kereta keluarga aku lah.

Dekat sekolah kitorang, tak ada sesiapa pun pelajar yang dibenarkan untuk bawa kereta. Mama taknya, semua pelajar tingkatan lima duduk asrama. Asrama pula berdekatan dengan sekolah. Pelajar yang ada lesen kereta pun hanya tingkatan lima. Nampak tak?

Aku terdiam mendengar kata- kata Syaz. Haih! Bodoh kuasa dua betullah diorang bertiga ni. Apa yang diorang nak buat dekat depan Gold High.

Lima minit kemudian, kereta keluarga Izla dan Hara sampai. Izla dan Hara pun keluar. Selepas itu, barulah kereta abang Zedi sampai. Zedi keluar tanpa membawa bagasi. Sama seperti Izla dan Hara.

Yelah, takkan empat- empat nak tumpang kereta aku. Mana muat! Jadi hanya Syaz saja yang tumpang aku. Yang lain naik kereta sendiri.

"Apa kita buat dekat sini? " Aku terus menyoal Zedi. Seriously, aku dah mengantuk sekarang.

"Kitorang bertiga ada benda nak buat. " Zedi, Izla dan Hara terus berdiri di hadapan logo Gold High yang terhias kemas di tembok sekolah.

Aku dan Syaz mengerutkan dahi melihat mereka. Adalah diorang nak buat ni?

Zedi terus membuka YouTube di Samsung Galaxy s20 nya. Lagu negaraku dipilih.

Loading.

"Dasar tak guna punya Samsung! Celcom lembab! " Zedi mula mencarut.

Aku menepuk dahi. Syaz pula elok menggeleng ambik bersandar pada kereta ku. Amboi ini anak. Buat macam kereta sendiri. Aku bukan apa, dalam kereta tu ada pakcik driver aku. Terkejut pakcik tu nanti.

"Kalau macam tu, plan B lah. Nanti warden dengan pengetua tunggu lama dekat asrama. " Hara bersuara.

Aku pelik. Plan B? Mantap ini anak! Sampai ada plan B kalau nak buat benda pelik.

Zedi dan Izla mengangguk setuju. Zedi menarik nafas, "GOLD HIGH! I'M GONNA MISS YOU!! "

Aku terkejut. Begitu juga dengan Syaz.

"JANGAN LUPAKAN ZIQHAS TAU!!! " Kali ini, Izla pula menjerit. Kepala bana dia! Dia ingat sekolah tu bernyawa ke apa?

"KITORANG TERPAKSA DUAKAN KAU! NI SEMUA DEMI QARI!!! " Aku menepuk dahi. Duakan kepala abah dia lah!

Aku tengok Syaz. Terkejut aku bila nampak dia dah nak baling satu helmet ni dekat diorang bertiga. Aku segera menghalang. Sempat juga aku scan helmet siapa dia dapat ni. Rupanya pakcik guard punya.

Macam mana aku tahu tu helmet pakcik guard? Ehh come on lah! Setiap hari balik sekolah, atas meja pondok guard tu mesti ada helmet pakcik tu. Aku sampai naik hafal setiap sudut corak helmet tu. Serius aku cakap!

Yang aku pelik, bila masa dia masuk ke kawasan sekolah untuk ambil helmet pakcik guard tu? Pagar sekolah tinggi kot. Tapi tak setinggi tembok dalam cerita 'Attack On Titan' lah. Dan kenapa aku tak sedar dia ambil helmet tu?

Syaz terus menurunkan helmet itu lalu dia pun letak di hadapan pagar. Syaz pun kembali ke sebelahku. Zedi, Izla dan Hara yang masih lagi meroyan di hadapan pagar sekolah di abaikan.

Walaupun tak ada pelajar lain, aku tetap malu. Yelah, driver keluarga kitorang dekat sini kot. Aku takut je nanti diorang ingat aku dengan Syaz kawan dengan orang gila. Tapi betul juga. Cuma Zedi, Izla dengan Hara tu belum register lagi dekat tanjung rambutan.

Aku harap pakcik guard keluar. Biar diorang bertiga diam.

"HEI! APA KAMU BERTIGA BUAT TU! KENAPA KAMU MENJERIT MACAM ORANG TAK BETUL!! " Hah! Panjang umur betullah pakcik ni.

Terkejut Zedi, Izla dan Hara.

"Cepat- cepat Zedi!! " Hara dan Izla menggesa Zedi. Zedi pula terkocoh- kocoh menekan skrin Samsung Galaxy s20.

Aku betul- betul tak paham. Apa yang diorang bertiga buat ni? Macam tak ada otak saja.

Tiba- tiba lagu Negaraku berbunyi. Aku tahu dari telefon siapa. Siapa lagi kalau bukan Zedi?

Mereka bertiga berdiri dengan tegak lalu mereka pun nyanyi dengan penuh semangat semangat. Pakcik itu hampir melangkah!

"Pakcik. Bediri! Bunyi lagu negaraku! " Izla menjerit.

"Kau ambil Hara dengan Izla, aku ambil Zedi. " Syaz pun mengangguk.

Aku terus tarik mereka berdua. Begitu juga dengan Syaz yang sedang cuba menarik Zedi. Kami pun pergi dari situ menaiki kereta sendiri.



------



Syaz (P.O.V)

Aku menghempaskan badanku ke katil. Setiap dorm ada lima pelajar. Aku dan Aisy sama dorm. Hara dan Izla pun satu dorm. Zedi saja berlainan dan tidak berpasangan. Tak ada pasangan pun, kegilaan dia tu takkan berubah.

Aku menarik nafas lalu aku pun tidur. Esok nak sekolah. Aku kena sediakan fizikal dan mental aku. Haha! Selamat malam semua!

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now