Chapter 44

205 19 8
                                    

(Syaz P.O.V)

Aku menoleh kiri dan kanan sambil bersandar di kerusi. Haih, manalah malaun ni. Janji pukul 2. Ni dah pukul 2:30! Dasar janji melayu!

"Uiiii~~ "

Aku membuat muka yang baru sahaja membunuh orang. Dia dengan selambanya datang ke aku dengan senyuman bahagia serta lambaian yang indah.

Kepala bana dia! Hati aku ni dah panas!

"Sorry! Aku lambat sebab masa dekat traffic light tadi, ada nenek nak lintas. So aku tolonglah dia-- "

"Jilake kau Zedi! Kau tak payah menipu! Kau lambat sebab kau baru gerak time aku call kau pukul 2:20 tadi, kan? " aku menepuk meja itu dengan sederhana kuat.

Zedi tersengih, memohon maaf, "Ampun bang jago, "

Zedi terus duduk tanpa dipelawa. Halah, aku memang tak pelawa pun sebab aku tahu dia akan buat apa yang dia nak. Well, Zedi kan? Semua benda ikut tekak dia je.

"Kenapa kau nak jumpa aku dekat cafe ni? " aku terus bertanya.

Zedi bersandar sambil menggoyangkan kepalanya. Selepas itu, dia terus memandang kiri dan kanan dengan santai.

Aku mengambil menu lantas memukul kepalanya dengan kuat.

"Aduh! " Zedi meraung kesakitan.

"Aku tanya kau, bahenol! "

Zedi terus mendekatkan badannya ke meja. For your information, kitorang berdua duduk berdepan. Bukan bersebelahan.

"Tadi jilake. Sekarang bahenol pula? Uish, namaku semakin menarik. Lepas ni boleh panggil I baby? " Zedi mengenyitkan mata kanannya sambil menggoyangkan bahunya.

Kononnya nak goda aku lah. Hak tuih!

"Kau- "

"MAMA! PAPA! KAKAK DUA ORANG NI LESBIAN MACAM ANAK PAKSU! "

Aku dan Zedi terkejut lantas memandang sebelah. Ada seorang budak perempuan berumur sekitar 7 hingga 8 tahun. Suaranya kuat sampai satu cafe pandang.

"Asal bila aku dengan kau je, nasib aku auto malang, " aku bersuara perlahan.

"Don't worry, Syaz. Aku ada, segala benda jadi normal. Kau tengok aku nak buat apa " Zedi berdehem.

Mak ayah budak tu pula cuba nak tutup mulut budak tu tapi dia makin bising pula. Haih, nak je aku ambil budak tu and jual dekat dark web. Geram betul lah aku! Memang budak- budak ni menjengkelkan ke?

"HAHA! " Zedi ketawa dengan kuat tiba- tiba.

Krik krik, krik krik.

Aku menepuk dahiku.

"KAKAK NI BUKAN LESBIAN JE TAPI KAKAK NI GILA JUGALAH MAMA! PAPA! " budak itu semakin menjerit.

Semakin kalut mak ayahnya. Mereka berdua lantas memohon maaf terhadap kami berdua lantas menarik budak itu keluar dari cafe.

"Kau ni bukan je jilake dengan bahenol. Tapi goblok- "

"Cukup Syaz! Aku tahu yang kau terkesima dengan plan aku untuk senyapkan budak tu tadi! " Zedi menunjukkan tapak tangannya.

Aku terdiam. Kepala bana dialah terkesima. Dia makin buat budak tu bising adalah.

"Jom lah pergi cafe lain. Aku tak nak duduk dekat sini. Malu aku, " aku terus bangun tanpa menunggu jawapan Zedi.

"Chotto! " (Tunggu! ) Zedi pun bangun lantas berlari ke aku.

Kami pun pergi ke taman bunga yang bersebelahan dengan cafe itu.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now