00 || Prologue

7.3K 303 34
                                    

Suci?

Tidak, dia jijik.

Baik?

Tidak, dia jahat.

Gadis?

Dan jawapannya tidak.

Sesungguhnya dia sungguh kotor dan jijik.

Dirogol tanpa belas kasihan oleh seorang syaitan bertopengkan manusia. Hanya tuhan sahaja tahu betapa jijik yang dia rasa terhadap diri sendiri.

4 tahun dia cuba membina kembali kekuatan dan keyakinan dirinya.

4 tahun dia menetap di negara orang. Disana tempat dia 'berubat'. Tempat dia mencari kembali dirinya.

"Darwia, are you okey?"suara itu mengejutkan Darwia dari lamunan panjang nya.

"Yes, I'am fine Suzy."Darwia mengukir senyuman manis nya.

"Dah ready ke nak balik Malaysia?"soal Suzy dengan pelatnya.

Nur Suzy Liam, wanita kacukan Hong Kong. Sahabat Darwia sejak dia menetap di bumi Hong Kong ini. Sudah 4 tahun dia menetap di Hong Kong bersama Suzy dan suaminya, Syed Mohd Hatta. Pada mulanya dia juga merasa segan kerana menumpang di kediaman Suzy, namun Suzy tetap juga memaksa Darwia untuk tinggal bersama nya.

"Mama!"

Darwia memandang wajah comel Syed Muhammad Maliqie, anak teruna Suzy dan juga Hatta. Pelukan Maliqie dibalas erat.

"Where's Angel and Noah?"soal Darwia lembut. Rambut hitam keperangan Maliqie diusap lembut.

"I don't know mama. Tadi Anjel and Nowah follow Walid ergi aman unga ekat berlakang"terang Maliqie dengan pelat nya.

Darwia dan Suzy tergelak halus mendengar Maliqie cuba bercakap dengan pelat nya itu.

"Oh ya. Kenapa Iqe tak ikut Walid, Noah and Angel?"soal Suzy.

Maliqie memandang Umi nya itu. Namun wajah nya bertukar sedih.

"Anti Mama nak alik Alysia... Iqe nanak mama inggalan Iqe..."(Nanti mama balik Malaysia... Iqe tak nak mama tinggalkan Iqe...).

Wajah Maliqie bertukar merah. Hujung baju Darwia digenggam Maliqie kuat.

Sayangnya Maliqie pada Darwia sama seperti dia sayangkan Uminya sendiri. Air matanya sudah mengalir deras.

"Ala anak Mama ni! Tak mau la nangis. Nanti tak handsome macam Walid"Darwia memujuk Maliqie. Dia melutut di hadapan Maliqie lalu tangan kecil Maliqie dipegang erat.

Namun semakin kuat pula tangisan Syed Muhammad Maliqie.

"Hey baby. Listen here"panggil Darwia. Wajah tembam Maliqie dipegang.

"No matter where mama go, Mama promise mama will always keep you here"tangan kecil Maliqie diambil lalu diletakkan di dadanya.

"Mama omise will keep Iqe in your heart?"(Mama promise will keep Iqe in your heart?). Soal Maliqie dengan polosnya.

"Of course! You were my son Syed Muhammad Maliqie."jawab Darwia sambil tersenyum. Pipi Maliqie dikucup lembut.

Suzy tersenyum melihat gelagat Maliqie bersama mama angkatnya itu. Terlebih manja!

"Umi!"suara si kecil datang menyapa Suzy, Maliqie dan Darwia.

"Yes honey?"soal Suzy lembut.

"Noah dengan Angel petikkan Mama and Umi flower."Angel menyerahkan sekuntum bunga kepada Suzy dan Darwia.

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now