36 || Untitle Part

3.7K 195 45
                                    


Hening.

Tiada lagi suara tangisan Caliana dan Riyan.

Semakin galak air mata Syabella jatuh. Namun tiada lagi suara tangisan, hanya air mata yang mampu mengalir.

"Kau memang bukan manusia, Amir Asyraf"Luth tersenyum sinis.

Asyraf juga terkejut dengan tindakan nya, namun dengan pantas air muka nya dikawal. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan Darwia Mikayla menjadi miliknya. Apa sahaja termasuk membunuh.

"Watermellon ready"Luth berbisik perlahan. Cukup dia dan Hairrin sahaja yang mendengar.

Hairrin mengangguk. Beretta m9 yang berada ditangan diacukan pada kearah Asyraf.

Darwia yang terpandang tindakan Hairrin itu tersengih. Dia sudah agak Luth pasti ada rancangan.

Oh gurl, he the best leader after all...

"Shoot"

Mendengar arahan dari Luth terus sahaja picu ditarik lalu tembakan dilepaskan.

BANG !

BANG !

BANG !

Mata John terbeliak. Jelas terkejut dengan serangan Hairrin. Tubuhnya jatuh terduduk. Darah yang mengalir dari kepala itu habis membasahi wajah nya.

Tiga peluru dilepaskan oleh Hairrin tepat dikepala John. Dia tersenyum sinis apabila tembakan nya tepat mengenai sasaran.

Asyraf terkejut dengan serangan mengejut mereka. Dengan pantas pistol yang berada didalam genggaman John diambil untuk melindungi diri nya sendiri.

Disebabkan tembakan yang dilepaskan Hairrin sebentar tadi, seluruh dewan sudah dipenuhi dengan orang suruhan Asyraf.

Asyraf tersenyum.

Dia yakin dia akan menang.

"Jangan yakin sangat, takut nanti mampus dekat tali gantung"kata Luth sinis. Dia menjeling Asyraf yang tertawa mendengar kata-katanya tadi.

Hairrin merengus.

"Susah betullah nak tangkap orang gila ni, asyik gelak je. Bilanya nak habis kalau kau asyik gelak syaitan, dah la tembikai aku dekat rumah tu memanggil-manggil"Hairrin mengeluh kasar.

Alpha Team menggeleng.

Hairrin always be Hairrin.

"Kill all off them. Expect my Darwia Mikayla. Bring her alive to me"orang Suruhan Asyraf mengangguk.

Darwia tersengih sinis. "Alpha Team, get ready. I want Asyraf alive. Protect yourself. Jangan tercedera, in three..."

Alpha Team sudah berada didalam posisi masing-masing. Menunggu arahan dari Darwia.

"Two..."

"One!"

Dengan sekelip mata ruangan gudang itu menjadi bising dengan bunyi tembakan.

Darwia dan yang lain saling berbalas tembakan.

Luth tersengih. Rancangan nya berjaya!

Terus sahaja dia berlari kearah Asyraf.

Asyraf yang masih lagi dalam keadaan terkejut itu langsung tidak perasan dengan kehadiran Luth.

Kaki Asyraf ditendang kuat oleh Luth. Pistol yang berada digenggaman Asyraf diambil lalu dicampak jauh. Tangan kiri Asyraf dipulas kebelakang.

Asyraf mengerang kesakitan. Dia cuba menendang Luth dari belakang. Kaki Luth ditendang kuat, namun pegangan Luth masih lagi utuh ditangan kiri Asyraf.

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now