38 || Untitle Part

4K 192 30
                                    


"I have do my best but for now we can only, Luth condition is very bad. He is still at a critical stage. Almost all the organs were damage as a result of the explosion. Moreover, the bullets fired by Asyraf contained dangerous drugs. His life to survive only 1 percent"

Darwia tersentak. Hampir sahaja dia terjatuh namun disambut cepat oleh Darwisy dan Fatin. Tangan Darwia dipegang erat oleh mereka berdua. Mereka tahu Darwia terkejut dengan berita ini kerena mereka jugak terkejut dengan berita yang disampaikan doktor itu.

Akhirnya Darwia jatuh terduduk dibalkoni Hospital itu, tangisannya pecah disitu. Tanpa mempedulikan orang yang memandang dia hanya menangis.  Han menarik Fatin keluaar dari ruangan itu. Membiarkan Darwia dan abang kembarnya bersendiri.

Darwisy menarik tangan Darwia. Dibawa kembarnya itu duduk kerusi berdekatan. Tubuh kecil  Darwia ditarik masuk kedalam pelukannya.

"Don't cry, Darwia Mikayla"bisik Darwisy memujuk. Belakang tubuh Darwia diusap perlahan. Namun makin kuat pula tangisan adiknya itu. 

"Kenapa dia buat macam tu? Dia tak sayang nyawa dia ke?"soal Darwia sebak.

Darwisy tersenyum pendek.

"He love you more than anything lil sister. He love you and twins more than anything. Mungkin dia fikir twins dan kau mampu hidup tanpa dia, tapi dia dan twins tak mampu hidup kau"

Namun tangisan Darwia semakin kuat. Bukannya semakin reda, kata-kata Darwisy membuatkan emosinya semakin tidak terkawal. Bukannya dia tidak cuba mengawal emosinya, namun semakin dia cuba semakin banjir matanya.

"Kau buat dia nangis, bukannya berhentikan air mata dia. Oh god, Darwisy kau kan sweet talker pujuk adik sendiri pun tak reti ke"kata satu suara dari belakang.

Kembar itu menoleh ke belakang. Wajah diaorang jelas terkejut.

Tuan Danish Mikael.

Dia melangkah kearah adik-adiknya itu. Setelah sampai, kepala Darwisy dipukul kuat.

PAK!

"Awww! Apasal kau pukul aku syaitan!"soal Darwisy berang. Kepalanya digosok perlahan. Dia menjeling Mikael tajam.

"Tinggalkan aku dengan Wia, kau bla gi cari awek Italy"halau Mikael. Badan Darwisy yang berada dekat dengan Darwia ditolak kasar lalu tempat duduknya diambil Danish Mikael. Darwisy mengeluh. Apalah dapat abang bebal, gerutunya dalam hati. Namun dia tetap meninggalkan Darwia dan Mikael seperti arahan abangnya itu.

"Kau okey?"soal Mikael setelah agak lama mereka berdiam. Kepala ditoleh kearah wajah sembap Darwia Mikayla.  Direnung wajah adiknya dari sisi. Dia tahu wanita kecil itu masih mahu menangis, namun sebab kehadirannya keinginan Darwia terbantut. Tuan Darwia Mikayla yang dia kenal tidak mahu menangis dihadapannya. Sentiasa mahu nampak kuat dihadapan abang  sulungnya itu.

"Wia okey"jawab Darwia pendek. Dia risau jika dia banyak cakap dia akan menangis. Ah, dia sangat susah mengawal emosinya sekarang ini. Jika dulu dialah paling pandai mengawal perasaannya. Namun sekarang tidak.

"A few  days  before mission Alpha Team, Luth ada call aku"Mikael membuka  cerita. Dia  menyandar dikerusi hospital itu.  Tangan disilangkan didada.

Darwia memandang Mikael. Luth  call  abang  dia? Untuk?

"Dia minta tolong dengan aku jagakan kau dan twins sekiranya berlaku apa-apa dekat dia."seakan-akan faham dengan wajah tanda tanya Darwia, Mikael menjawab.

Darwia terpanda. "Ja-jadi dia dah  tahu apa  yang  akan jadi dengan di-dia ke?"soal Darwia perlahan. Dada terasa  sempit sekali lepas mendengar jawapan Abang sulungnya itu. Pandangannya  terasa  kabur dek air  mata yang  mulai bertakung.

Namun  soalannya disambut  tawa kecil Mikael Danish.

"Nonsense Tuan Darwia Mikayla. No  one will know what gonna happen to them in the  future. No one can predict the future. Human beings are only servants not god. But if Allah gave him the advantage, he is great. But maybe let's pretend that Luth have  husband and father instinct."hujah Mikael panjang.

"Dia sayang kau dan Twins lebih dari nyawa dia sendiri. He really cant live without you. Dia kata kau mungkin dah biasa hidup tanpa dia, tapi Luth tak boleh hidup tanpa kau walaupun dah 6 tahun korang berpisah. Sorang kat Malaysia, sorang lagi dekat Hong Kong. Walaupun kau jauh dari dia, dia tahu kau hidup dengan baik, bahagia. Kalau kau yang terkena letupan  tu? Kemungkinan  dia dan twins hilang kau tinggi. Dan dia tak nak anak-anak dia membesar tanpa kasih sayang seorang ibu."

Darwia cuba menahan esakannya keluar. Tangan dikepal kuat.

"Sometimes, its okey not to be okey. Its okey to cry. We can't hide that pain forever. Just crying can ease the burden. Malah mungkin  akan  buat kau rasa lebih baik. Who knows right"

Mendengar nasihat Mikael terus sahaja tangisan Darwia pecah. Makin kuat  esakannya.

Mikael tersenyum dalam diam. Dia lega kerana  Darwia menangis. Dia tidak mahu Darwia menahan rasa,  memendam perasaannya dari semua orang. Mungkin Darwia menangis dihadapan Darwisy, namun wanita  kecil itu  tidak meluahkan apa  yang terbuku didalam hatinya.

Mikael menarik pergelangan tangan kecil Darwia. Dibawa tubuh kecil Darwia kedalam pelukannya. Darwia  terus menyembamkan wajahnya diceruk leher Mikael.

"I can't lose him, Along. W-wia tak mampu hilang dia. M-macam m-mana  kalau dia tinggalkan Wia? I-if he cant--"

"Kawan baik aku kuat. Suami kau Syed Luth Zulfaqar. Tak mungkin dia akan tinggalkan kau. Mungkin dia tak janji dia akan selamat, tapi aku tahu dia nak terus hidup. Habiskan masa dia dengan kau dan anak-anak korang. Impian dia sejak 6 tahun lalu bahagiakan kau dan kelaurga kecil dia. Dia tak kan tinggalkan kau Tuan Darwia Mikayla."


















"Iam sorry but we lose Syabella. She died before going to the hospital."

Izzwan mengeluh, dia sudah tahu Syabella tidak mampu diselamatkan lagi. Dia berlalu pergi meniggalkan ruangan itu. Dia sudah tahu destinasi dia selepas ini dimana. 

Khadijah Lee !

Sudah tentu banyak penjelasan yang  dia perlu buat pada bidadarinya itu. Hampir 7 tahun dia 'mati', tiba-tiba kembali hidup. Bertahun dia tinggal isteri dan  anaknya sudah tentu Khadijah terkilan.

Pintu kereta Mercedes-Benz CLS miliknya dibuka. Sebaik sahaja enjin kereta nya hidup terus sahaja dia memandu kehotel tempat tinggal isterinya. 

Sebaik sahaja tiba diperkarangan hotel itu keretanya diberhentikan diperkarangan hotel tersebut. Kunci diserahkan pada pekerja hotel tersebut.

"Hey pardon me, posso sapere dov'è la stanza di Khadijah Lee?"(boleh saya tahu bilik Mrs Khadijah  Lee dimana?). Soalnya pada pekerja hotel yang bertugas di kaunter pertanyaan itu.

"Wait for second sir, let me check"kata gadis itu. Tangannya lincah menari di papan kekunci.

"Mi scusi signore, la signora Khadijah Lee è andata via mezz'ora fa"(Iam sorry sir, Mrs Khadijah Lee sudah check out setengah jam yang lalu)

Jawapan pekerja itu cukup menyentakkan sekeping jantung Izzwan Lee. Sudah pasti Khadijah tahu tentang identiti nya.

You're dead Izzwan Lee !

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now