10 || Untitle Part

4.9K 219 26
                                    

"Noah dengan Angel nak duduk rumah ke nak papa hantar pergi rumah Tok Mama?"soal Luth. Dia memandang wajah Noah Muhammad Riziqsh dan Angel Nur Safiya.

Noah membalas pandangan Papa nya itu. "Noah nak duduk rumah je. Malas nak keluar"jawab Noah malas. Memandangkan hari ini hari ahad, jadi dia hanya ingin bermalasan di atas katil.

"Okey. How about you my babygirl?"Angel memandang muka papa nya apabila nama panggilan nya meniti dibibir papa nya itu.

"Angel ikut Noah je."

Luth mengangguk. Nasib baik lah anak-anak nya mudah dibawa bincang. Kalau tak mahu dia lambat ke meeting bersama Tuan Suhaimi sebentar nanti.

"Kalau nak makan nanti suruh Uncle Hairrin masak okey babies. Papa and Mama ada meeting penting kejap lagi"

Luth melihat jam ditangan. Aduh lamanya isterinya bersiap. Mahu berjanggut tunggu.

"Oky jom. Sorry lambat"

Luth memandang Darwia yang sangat cantik mengenakan suit casual berwarna hitam itu.

"Walaupun isteri you siap lambat dia tetap cantik. No worries papa"sampuk Noah. Dia tahu mama dia cantik. Well, tengok la mama siapa kan...

"Shut up Noah Muhammad Rizqish"marah Darwia perlahan. Bukan lama pun dia siap. Dalam 1 jam 30 minit je pun. Lama ke? Hah lama sebab dia tertidur dalam bath tub tadi. Sejujurnya Darwia hanya memerlukan 30 minit untuk bersiap.

"Mama dengan Papa nak gerak ni. Noah and Angel be good with Uncle Hairrin okey. And Noah please take care Angel for me. You know how clumsy Angel Nur Safiya can be right"pesan Darwia panjang.

Noah hanya mengangguk malas. "I know mama"

"Bye babies Papa. Dinner nanti kita makan sama-sama okey"

Luth melangkah ke arah Noah dan Angel. Dahi dan pipi Noah serta Angel dikucup lembut. Darwia juga turut membuat perkara yang sama.

"Bye sweetheart"

( ♡♡♡ )

"Tuan Suhaimi, Tuan Luth dan Tuan Darwia sudah sampai. Mereka ada di bilik meeting"lapor Malik.

"Oh baik, terima kasih Malik"

Malik menundukkan badan nya sedikit kemudian dia meninggalkan Tuan Suhaimi di bilik pejabat nya itu.

Tuan Suhaimi membetulkan seragam polis nya lalu bergerak ke bilik meeting.

"Tuan"sapa Luth sebaik sahaja muka Tuan Suhaimi terserlah dibalik pintu. Manakala Darwia hanya tersenyum manis dan menundukkan kepalanya.

"Syed Luth dan Tuan Darwia, finally... awak datang balik"

Tuan Suhaimi melabuhkan punggung nya di hadapan Darwia dan Luth.

"Kalau Tuan tak bagi red code memang tak la saya nak datang, Tuan"Darwia berkata jujur. Kalau tidak kerana dia masih berkhidmat di bawah Interpol sudah tentu dia akan mengabaikan sahaja red code itu.

"Saya pun terpaksa keluarkan red code Tuan Darwia Mikayla. Lagipun Alpha Team dibawah naungan Tuan Luth dan Tuan Darwia adalah team yang unggul. Tak kan saya nak bagi kes besar ni dekat team yang sembarangan. Kalau pihak atasan soal, apa saya nak jawab"

"Alah Tuan ni puji melambung sangat tu. Alpha Team hebat pun sebab kami saling melengkapi. Kalau tak saya rasa team kami pun tak sehebat ini"kata Luth. Darwia disebelah mengangguk laju. Mengiyakan kata suaminya.

"Jadi apa kes nya? Besar sangat ke?"soal Darwia direct

"Kes dadah yang kamu handle 7 tahun lalu..."Tuan Suhaimi perasan perubahan wajah pasangan suami isteri itu. Dia tahu apa yang berlaku 7 tahun lalu. Namun dia percaya dengan takdir Allah. Lihat sahaja pasangan dihadapan nya sekarang. Kelihatan bahagia dengan mata yang sarat dengan cinta itu.

"Kenapa, Tuan?"

"Dadah jenis Heroin, Bath Salts, Crystal Meth, Whoonga dan Krokodil"kata Tuan Suhaimi.

"Bukan kita dah berkas habis kilang dadah yang menghasilkan dadah-dadah tu ke? Plus, kilanh yang kita berkas itu satu-satunya kilang yang menghasilkan jenis-jenis dadah yang berbahaya tu kan."Luth berkerut pelik.

"Memang betul. Tapi kita terlepas pandang satu perkara"kata Tuan Suhaimi kesal.

"Apa?"soal Darwia yang dari tadi senyap.

"Ada seseorang berjaya bawa lari setiap sample Heroin, Bath Salts, Crystal Meth, Whoonga dan Krokodil."

"Keadaan sekarang teruk ke? Dekat mana kilang dadah ini beroperasi?"soal Darwia lagi.

"Keadaan sekarang teruk Darwia. Ramai anak remaja jadi mangsa dadah-dadah ini. Ada sampai nyawa melayang. Saya cukup risau sebab dadah-dadah ni dah masuk sempadan Malaysia. Saya betul-betul perlukan Alpha Team sekarang ni"kata Tuan Suhaimi dengan nada yang sedikit merayu.

Darwia memandang Luth.

Luth mengangguk kecil.

"Kumpulkan Alpha Team. Saya dengan Darwia terima tugasan ni Tuan Suhaimi"

Tuan Suhaimi melakar senyuman lebar.

"Alhamdulillah."

( ♡♡♡ )

"Alpha Team... remember me?"soal Darwia. Satu persatu wajah anak buahnya dipandang.

"Eh eh Tuan Darwia ni! Mana boleh lupa!"dengan ceria Ean menjawab.

"Entah Tuan ni! Saya masih ingat tau macam mana Tuan tumpaskan token dadah tu"sampuk Mawar dari belakang.

"Eleh semua ni nak bodek baby wife je. Podah!"Luth mencebik.

"Jealous cakap!"Malik tertawa. Diikuti Ean, Mawar dan Hairrin.

"Alpha Team."panggil Luth dengan nada datar nya.

Ean, Mawar, Malik dan Hairrin sudah berdiri tegak. Tahulah jika nada itu sudah keluar bermakna aura 'Tuan Luth' sudah keluar.

"Tuan!"jawab mereka serentak.

Darwia yang duduk bersilang kaki disebelah Luth yang sedang berdiri itu tersenyum. Wajah penuh aura dan karisma Luth dipandang.

Handsome nya suami I!

Ehek-

Darwia memandang tangan nya yang tenggelam didalam tangan Luth itu. Dia tahu Luth juga gementar tetapi demi tanggungjawab mereka tetap berdiri teguh. 

"Get ready. Dalam masa 2 minggu dari sekarang  kita akan jalankan misi di Italy"

"Baik Tuan!"

( ♡♡♡ )

× Do vote and comment!🙆❤

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now