♥5♥

94 7 0
                                    

"Mengarut ajelah bonda ni. Lagilah yana malu ada ke perempuan jemput lelaki, nanti dia ingat yana ni terhegeh-hegeh dekat dia" kata aryana bagi menutup malu. Nasib baik majikannya belum sampai lagi. Kalau tak, mahu dia malu setahun apabila diusik macam tu.

"Tak apalah. Janji dia datang. Aryana duduk dulu, ya. Bonda ada lagi urusan nak kena buat dekat belakang tu. Penganjur pun belum sampai lagi. Bonda pergi dulu" tutur Puan Amirah sebelum berlalu.

Aryana melabuhkan punggung ke atas kerusi yang berhias cantik. Tertera nama Iskandar Holding di tengah-tengah meja.

"Bos mana?, tak datang lagi ke?" tanya khairul, staf iskandar holding.

"entah, dalam perjalanan kut," balas aryana. Sesekali matanya melihat jam di pegelangan tangannya. Haish.... Mana pulak perginya encik faris ni tak sampai sampai lagi. Hatinya berkira-kira untuk menghantar mesej kepada bosnya.

"Tengok tu... Penganjur dah sampai." Semua mata tertumpu pada pintu masuk dewan.

"Wow! Tak sia-sia aku datang harini. Tengok, siapa yang ikut serta?" syazwana bersuara riang. Aryana menjeling.

"Jejaka idaman malaya!"

"Siapa?" Naif sungguh soalan yang terkeluar dari mulut comel aryana. Nampak sangat dia tak mengikuti perkembangan semasa. Ah.. Malu bertanya sesat jalan. matanya dikecilkan.

"Legasi Dato imran dari wira jaya Berhad" Suara yang tidak asing menerjah di pendengaran aryana. Encik Fariz! Aryana terkejut dengan kehadiran bosnya secara tiba-tiba tu.

Dengan berpakaian baju Melayu biru tua siap
bersamping dan bersongkok, bosnya ternyata kelihatan amat.. Mmm... Apa perkataan yang sesuai, ya! Tampan barangkali, detik hati aryana.

"handsome sangat ke saya sampai awak pandang saya macam tu?"

Serta-merta wajah aryana berbahang. Anak matanya segera dilarikan. Eii malunya, apa yang kau buat ni yana. Kan dah kantoi kau tenung anak orang, ni kalau aku masuk bawah meja agak agak muat tak? Ketara sangat ke? Erk

Syazwana menyikunya. Lirikan nakalnya sudah cukup membuatkan aryana berderau. Terasa kelat air liur ditelannya. Cuba dibayangkan gosip yang akan tersebar di pejabat gara-gara wartawan yang tak bertauliah ni. Haru biru jadinya nanti.

Mata aryana membulat. Terkejut dengan kehadiran legasi Dato imran ke meja mereka. Terkejutnya bukan kerana baru pertama kali melihat taikun besar Malaysia tapi jejaka yang berdiri tegak di sebelah Dato imran itu. Macam kenal?

"Fariz, long time no see. How are you!"

"I am good, Dato. Thank you." Huluran tangan antara Dato imran dengan Fariz bersatu.

"Dato masih macam dulu. Nampak muda."

"Datin anissa, how are you?"

"I am fine, Fariz. Thank you. Dah lama I tak jumpa you, kan? You nampak macam dah kurus sikit," sapa Datin Anissa ramah. Beliau kelihatan anggun sekali dengan jubah moden rekaan terkini.

"Baik cari orang rumah cepat. Boleh jaga makan pakai you" selorohnya

Fariz tergelak kecil.

"Yes, I will."

Serentak ketawa mereka berpadu.

"Let me guess, ini Iman Aryan, kan?" Fariz merujuk kepada jejaka berbaju Melayu warna biru muda nampak sesuai dengan kulitnya yang putin. Jambu!

"Daddy banyak bercerita pasal Encik Fariz, baru sekarang dapat bersua muka dengan encik fariz. Ternyata memang tepat apa yang daddy katakan"

"I harap cerita yang baik-baik saja yang daddy you ceritakan" seloroh Fariz

Cinta Semanis Gula (Complete✓)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora