❤️53❤️

109 8 0
                                    

Selamat membaca semua!

Rania berjalan dengan lagak divanya memasuki bangunan tinggi lagi kan mewah itu. Dia terus menuju ke tingkat 5 dimana terletaknya bilik CEO.

"Ehem!" Nureen yang khusyuk menaip sesuatu di komputernya tersentak. Lantas kepalanya mengalih pandangan ke arah gerangan yang berdiri di hadapan mejanya. Terkejut dia dengan kehadiran wanita seksi itu setelah sekian lama menghilang.

"Cik Rania" Nureen bangun dari duduknya.

"Future husband I ada? I nak jumpa dia" Soalnya menanggalkan cermin mata hitamnya lalu diselitkan pada rambut. Nureen mengerutkan dahinya.

"Future husband? Siapa?" Rania memandang Nureen tajam. Nureen menelan liur.

"Iman Aryan lah. Takkan abang you pulak!" Tanpa Rania sedar Nureen membuat memek muka macam nak muntah. Future husband lah sangat uwek!

"Hey! I tanya you ni dia ada ke tak?" Suara Rania naik seoktaf.

"Ada. tapi Cik Rania kena buat appointment dulu baru boleh jumpa dengan encik Aryan"

"You kenal tak I ni siapa. I ni Rania Diana supermodel terkenal dan bakal isteri kepada Iman Aryan CEO Wira Jaya berhad. Clear!" Rania terus melangkah menuju ke bilik Aryan tanpa menghiraukan Nureen yang memanggilnya. Tergopoh gapah Nureen berlari mengejar langkah Rania.

"Cik Rania! Cik tak boleh masuk!"

"Ish tepi lah!" Rania menepis nepis tangan Nureen yang menghalang laluannya.

"Cik kena buat appointment dulu!"

"I kalau nak jumpa dia tak perlu buat appointment lah, tepi!" dia terus menolak kasar pintu kaca itu.

"Eh! Tak boleh masuk lah!"

Terkejut Aryan bila pintu biliknya dirempuh dari luar. Dia memandang ke arah muka pintu. Terlihat dua orang wanita sedang berperang mulut disitu.

"Hey! hey! Sudah! Kenapa ni? Hah? Nureen?" Terhenti pergaduhan mereka apabila dengar suara tegas Aryan. Rania membetulkan rambutnya. Manakala Nureen menjeling Rania. Menyampah!

"Maaf encik Aryan. Cik Rania nak jumpa encik tapi dia tak nak buat appointment" Nureen menundukkan kepala.

"I datang sini bukan urusan kerja pun. I cuma nak jumpa you je. buat apa I nak kena buat appointment bagai"

"Dah tahu bukan urusan kerja. kenapa datang?" Mendatar sahaja suara Aryan berkata.

"Alah I jus...."

"Encik Aryan, kalau takde apa ii saya minta diri dulu nak sambung buat kerja" Aryan mengangguk. Rania memandang Nureen tajam.

Nureen menjeling Rania sekilas sebelum dia keluar dari ruangan mewah itu. Terkumat-kamit mulutnya mengata Rania.

"Future husband I ada? You kenal tak I ni siapa? I ni Rania Diana supermodel terkenal dan bakal isteri kepada Iman Aryan CEO Wira Jaya berhad. Clear!. Eyyy!!! boleh muntah salji aku. Kalau ikutkan aku ni nak je aku hempuk kelapa dia kat meja biar sedar diri tu sikit. geramnya! Tergedik ii Dia ingat dia cantik sangat ke? Cantik lagi isteri encik Aryan. Dahla pakai seksi nak mampus seksa aku tengok pok pet pok pet" Nureen mengajuk kata ii Rania tadi. Tak habis ii dia mengutuk Rania.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Ada apa you datang ni?" Tanya Aryan mendatar. Rania tersenyum lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Aryan.

"I datang nak ajak you keluar lunch. Dah lama kan kita tak lunch sekali. Dulu kita selalu keluar makan sekali" kata Rania bernada manja. Kedua tangannya di letakkan di atas meja seperti ingin memegang tangan Aryan yang sedang menaip itu.

Cinta Semanis Gula (Complete✓)Where stories live. Discover now