❤️59❤️

67 5 0
                                    

Baju jaket hitam yang tergantung di almari dipakai dan dipadankan dengan skirt labuh berwarna putih. Memandangkan harini dia rasa seperti sihat sedikit jadi dia mengambil keputusan untuk bersiar ii diluar mengambil angin. Sudah sebulan dia hanya berkurung sahaja di dalam bilik. Menangis meratapi nasibnya. Harini dia mahu memulakan hari baru dengan bersiar ii di tepi pantai. Mulai hari ni tiada lagi air mata. Ya itu janji nya.

Pintu biliknya ditutup rapat langkahnya dihayun kan menuruni anak tangga rumah tersebut. Sampai sahaja dibawah terlihat Qalisya dan Hafiey sedang sarapan. Qalis yang berada di kerusi bayi itu didekatinya. Pipi pau baby itu dicium sekilas. Geram!

Qalisya dan Hafiey yang sedar kehadirannya di meja makan pagi itu agak terkejut. Qalisya yang menyenduk makanan pun terhenti. Terkejut sangat agaknya. Yelah dah banyak hari di ajak keluar bilik tak mahu. Tiba ii keluar tanpa di paksa.

"Yana, kau dah okay?" Soal Hafiey. Cawan  diambil oleh Aryana sebelum menuang air yang dibuat oleh Qalisya pagi itu.

"Okay" dia senyum nipis.

"Kau pakai lawa ii ni nak pergi mana?" Soal Qalisya pula. Pinggan dihulurkan kepada Aryana. Aryana menggerakkan tangannya memberi isyarat bahawa dia tak nak makan.

"Taknak. Aku nak keluar kejap. Nanti aku makan kat luar je" air dihirup sehingga habis. Qalisya yang memerhati tingkahnya menggeleng perlahan. Sebabnya dia minum sambil berdiri.

"Cuba minum tu duduk" Aryana yang sedar tingkahnya menayangkan giginya yang tersusun rapi itu.

"Okay lah aku pergi dulu"

"Kejap. Kau boleh ke pergi sorang ii ni. Aku temankan kau lah. Kau dah lah baru sembuh jadi apa ii nanti susah pulak" Hafiey disebelahnya juga mengangguk setuju dengan isterinya.

"Eh tak payah aku dah okay, korang jangan nak risau ii. Aku boleh jaga diri. Bye!" Aryana segera keluar.

Qalisya dan Hafiey memandang sesama sendiri. Pintu keluar yang Aryana lalu tadi dipandang kembali.

"Dia nampak lain"

"Haah, lain sangat" Qalis memandang mama, papanya silih ganti. Apa yang lain?

"Dia dah tak sedih ke? Sebelum ni menangis memanjang makan tak nak keluar bilik tak nak. Hari ni ceria je" Hafiey menggaru kepalanya.

"Kan, saya pun hairan"

"Betul ke Aryan nak kahwin lain sayang?" Tanya Hafiey buat sekian kalinya. Banyak kali dia menanyakan soalan itu kepada isterinya. Bagaikan tidak percaya. Sebelum ni dia tengok elok sahaja hubungan mereka tiba ii je timbul cerita macam ni. Susah dia nak percaya.

"Betullah, Yana siap tunjuk lagi kad kahwin yang perempuan senget tu hantar. Abang try lah call along tanya dia pasal ni, mesti dia tahu" lengan suaminya di goncang perlahan.

"Kenapa abang pulak? Sayang la call"

"Yang rapat dengan Along, abang bukan sayang Abang jelah yang call dia"

"Yelah ii. Qalis tengok mama Qalis ni benda kecik pun nak suruh papa yang buat" pipi anaknya dicuit.

Qalisya menjeling suaminya.

-----------------------

"Astaghfirullahalazim. Sampai macam tu sekali. Habis tu Aryan macam mana sekarang? dah okay?"

"Alhamdulillah, sekarang dia dah beransur pulih. Dia pun dah mula masuk kerja" Hafiey juga turut mengucap syukur.

"Mana korang tahu pasal ni?" Hafiey dan Qalisya mula gelabah.

"Err... kan dah viral kat internet. Sebab tulah kitorang tahu"

"Betul jugak, Korang dapat contact Arissa tak? Dah banyak hari Along try hubungi dia, tapi telefon dia off" Hafiey serba salah nak bagitau sebab dia dah berjanji dengan Aryana agar tak memberi tahu sesiapa tentang keberadaannya. Hafiey memandang Qalisya yang menggeleng perlahan menandakan tak payah bagi tahu.

Cinta Semanis Gula (Complete✓)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora