Polis Merogol?

2.3K 16 5
                                    

Banyak aku dengar kes anggota unit uniform ni berdepan pelbagai tuduhan semenjak dua menjak ni.

Ada kes gangguan seks pasal bra, ada pasal polis minta nombor telefon nak berkenalan. Dan ada juga pasal polis paw arnab perap dan semuanya tular kat sosmed.

Aku yakin ramai follower aku ni pun pembenci polis, dari org muda sampai org tua. Sebab banyak kes salah guna kuasa, rasuah etc yg selalu dengar dalam berita atau laman sosial.

Tapi bukan aku, teruk macam mana pun mereka aku tetap sokong dan hormat anggota polis ni. Bukan mereka saja, tapi ATM dan Bomba pun sama. Bila aku terbaca kes polis merogol atau salah guna kuasa ni walaupun dah disabit kesalahan atau dikenakan tindakan aku tetap tak benci mereka dan sentiasa mendoakan yang terbaik. Kenapa? Boleh baca di bawah kisah benar tentang seorang anggota polis yang difitnah.

***

Sy nak kongsi satu kisah benar.

Sy pernah ada seorang anakguam yang merupakan seorang anggota polis. Beliau lantik sy sebagai peguambela untuk kes rayuan beliau kerana beliau telah dituduh bagi kes rogol dan telah kalah kes tersebut. Perbicaraan kes dikendalikan oleh peguam lain.

Ceritanya begini:

Semasa anakguam sy sedang buat tugas rondaan bersama seorang rakan polis, beliau telah nampak satu kereta sedang parking di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan. Apabila diperiksa, didapati terdapat sepasang kekasih yang sedang berzina. Beliau kemudian tahan mereka selepas meminta mereka pakai semula baju. Kejadian pada waktu itu adalah dalam pukul 3 pagi.

Anakguam sy kemudian membawa pasangan kekasih tersebut ke balai polis menggunakan kereta ronda polis manakala rakan beliau memandu kereta pasangan. Semasa di dalam perjalanan ke balai polis, pasangan kekasih tersebut merayu2 kepada anakguam sy agar tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbang akan dibuang dari university, tempat mereka sedang menuntut.

Sampai di parking kereta di balai polis, pasangan kekasih tersebut masih merayu2. Kasihan kepada mereka dan memikirkan masa depan mereka, akhirnya anakguam sy memberi amaran kepada mereka dan menyuruh mereka bertaubat.

Wanita yang ditahan tersebut (pasangan kekasih lelaki dan wanita, bukan gay atau lesbian) kemudian meminta nombor telefon anakguam sy atas alasan ingin belanja beliau makan pada hari lain kerana ingin berterima kasih atas ihsan memberikan amaran sahaja di atas perbuatan maksiat mereka.

Keesokkan harinya, wanita tersebut menghubungi anakguam sy dan menyatakan memerlukan bantuannya kerana teman lelaki beliau memukul beliau. Wanita tersebut meminta anakguam sy pergi ke kediaman beliau. Anakguam sy kemudian pergi berjumpa wanita tersebut. Apabila sampai di lokasi, wanita tersebut telah berada di hadapan guard house apartmentnya.

Wanita tersebut menangis. Jadi anakguam sy menasihati beliau agar pergi membuat laporan polis. Wanita tersebut bersetuju. Mereka pergi ke balai polis menaiki kereta anakguan sy.

Sampai di balai, wanita tersebut terus pergi ke tandas balai polis kerana katanya ingin buang air kecil. Setelah beberapa minit kemudian, wanita tersebut keluar dari tandas. Wanita tersebut kemudian menyatakan mahu membatalkan niatnya untuk melaporkan perbuatan teman lelakinya. Setelah puas dipujuk oleh anakguam sy agar wanita tersebut buat laporan polis, wanita tersebut tetap enggan berbuat demikian. Akhirnya, anakguam sy terpaksa akur dan terpaksa menghantar wanita tersebut balik ke rumah.

Keesokkan harinya, tiba2 anakguam sy mendapat tahu bahawa wanita tersebut telah membuat laporan polis menyatakan anakguam sy telah merogol wanita tersebut di tandas balai polis.

Anakguam sy kemudian dituduh bagi kesalahan merogol wanita tersebut. Setelah perbicaraan yang panjang, anakguam sy telah kalah kes.

Semasa sy mengendalikan rayuan beliau, sy berasa sangat sedih kerana peguam asal tidak pernah mengemukakan laporan perubatan anakguam sy yang mengesahkan bahawa beliau adalah seorang yang mati pucuk. Laporan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak hospital 6 bulan sebelum anakguam sy bertemu wanita tersebut. Jadi, mustahil ianya suatu rekaan. Semasa sy kendalikan rayuan beliau, sy telah menghubungi pihak hospital dan disahkan anakguam sy masih mengidap penyakit tersebut. Ketika rayuan, mahkamah memang tidak dapat menerima bukti baru atas alasan ianya mestilah dikemukakan sewaktu perbicaraan oleh peguam asal. Dokumen atau bukti baru tidak boleh dikemukakan di peringkat rayuan. Sedih bukan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR. KONGSI : SANTAIWhere stories live. Discover now