Watak Utama Perempuan

924 15 193
                                    

Sebuah cerita tidak akan lengkap tanpa watak utama. Watak utama adalah titik permulaan dan pengakhiran sebuah kisah. Semua pembaca memang ternanti-nanti apa yang berlaku pada watak utama tersebut, adakah happy ending atau sad ending atau tergantung sepi.

Apapun watak utamalah yang akan menjadi daya penarik sesebuah cerita selain jalan cerita itu sendiri. Kedua-dua elemen ini penting untuk buat jalan cerita yang menarik. Kalau jalan cerita best tapi watak utama tidak 'kuat' cerita tu akan jadi hambar dan vice versa.

So, hari ni aku nak kongsi sedikit pendapat untuk bagaimana menghasilkan watak utama yang baik. Perlu diingatkan bahawa ni sekadar pendapat aku sebagai PEMBACA di laman oren ni ya. Aku bukanlah pengulas novel handal tapi inilah apa yang aku dapat sebagai seorang pembaca tegar wattpad.

Untuk post kali ni aku fokus kat watak utama perempuan. Kenapa? sebab kebanyakkan penulis di sini adalah perempuan dan semestinya watak utama mereka adalah perempuan.

Apa yang aku sering baca di laman oren ni adalah watak utama perempuan sangat tipikal. Maaf tapi ini realitinya. Antara perkara tipikal yang aku jumpa adalah:

Tiada Tujuan

Ini satu kebiasaan, watak utama tersebut ditulis tanpa ada tujuan walaupun dia watak utama. Sebagai contoh, Maria seorang gadis kampung terlanggar mamat kaya kacukan mat salleh/korea pastu jatuh hati then kahwin. Cerita itu berkisar tentang bagaimana mereka bertemu, bercinta kemudian berkahwin dan kekalkan perkahwinan mereka yang ada org ketiga, curang etc.

Tiada tujuan watak utama itu ditulis selain dari jadi isteri pada lelaki kacukan dan hidup dalam fantasi rumahtangga. Memanglah anda nak tulis cerita yang pembaca boleh relate tapi lets be real, takde mamat kacukan selera dengan perempuan kampung la. hadui!

Satu lagi contoh popular adalah, Maria dipaksa kahwin atas arahan/aturan keluarga. Memang takde tujuan lain si Maria tu melainkan kahwin, kahwin dan kahwin.

Anda boleh buat watak anda memiliki tujuan untuk mencari cinta lama, mencari keluarga hilang, mencari perspektif, mencari identiti dan banyak lagi tapi pastikan mereka ada tujuan dan bukan semata-mata mencari 'kebahagiaan' (selalunya rumahtangga 🙄) sebab itu terlalu umum.

Perwatakan Hambar

Watak yang sering dijumpa dalam wattpad adalah, watak liar berubah baik, watak tomboy berubah sopan dan tak kurang juga watak baik (sering ditindas) berubah 'kuat'.

Tapi akar umbi watak itu sendiri sebenarnya sama saja, mereka tetap perempuan yang dahaga cinta dan kasih sayang dan tabah menempuh dugaan bercinta/ rumah tangga yang mana sangat hambar dan membosankan!

Watak utama perlu ada ciri-ciri tersendiri yang membezakannya dengan watak perempuan lain dalam cerita. Sebagai contoh, Maria gemar membawang oleh itu dia cipta blog untuk dia membawang tentang orang lain. Ini akan buat watak Maria lebih menonjol jika dibandingkan dengan watak lain.

'Kuat'

Kebanyakkan watak utama perempuan yang ditulis menunjukkan kekuatan mereka sama ada dari segi fizikal atau emosi dengan move on dari hubungan/perkahwinan lama.

Sejujurnya kekuatan bagi watak perempuan lebih sesuai pada perwatakkannya dan bukannya fizikal atau emosi. Perwatakkan disini contohnya mereka kekal dengan kesopanan, keayuan dan rasional terutamanya pada waktu genting.

Jangan salah faham pula, bukan bermaksud watak perempuan itu perlu sentiasa baik dan sopan 24 jam cam Hana Delisha citer 30 pesanan apa ntah tu. Depan mak mertua redha je, sopan dan ayu dan sabar lepas tu malam-malam merajuk dengan laki. Jadahnya!

MR. KONGSI : SANTAIWhere stories live. Discover now