Men Are Trash! - Part 1

502 16 95
                                    

Merujuk perkara di atas. Aku sebagai Lelaki yang tak berapa sejati dengan ini BERSETUJU dengan penyataan itu.

Lelaki memang sampah dan benar kata gadis-gadis di luar sana, susah nak cari lelaki yang baik. Setuju! Jadi kalau tak mampu nak berhadapan dengan sampah (lelaki), aku cadangkan jangan bercinta dengan lelaki dan jangan kahwin untuk elakkan korang tambah dosa pada suami.

In case korang tak tahu, Suami tu jantinanya lelaki. Kalau korang kahwin juga maksudnya korang boleh terimalah 'sampah' itu dengan segala keburukannya, jadi mengungkit dan mengadu atas keburukan 'sampah' korang menjadikan korang antara manusia yg terbodoh atas muka bumi ni. 

Baiklah, sekarang aku akan kongsikan apakah jenis-jenis lelaki sampah. 

1. Hero Gadis

Ini sampah paling utama, kenapa? mereka adalah golongan lelaki yang dianggap sebagai Hero atau penyelamat kaum hawa tapi ada agenda tersendiri. Ada juga yang betul-betul niat nak bantu golongan hawa tapi akhirnya jadi benda lain.

Contohnya : Haziq seorang suami dan bapa kepada 10 orang anak, berkenalan dengan seorang wanita, Suraya yang juga isteri orang. Suraya ada masalah rumahtangga dengan suaminya Azmin. Lalu Haziq pula acah-acah jadi hero untuk membela Suraya yang kegersangan lagi jalang. Haziq konon-kononnya boleh jadi lelaki yang lebih baik dari Azmin dan melayan Suraya dengan penuh kasih sayang. Ibaratnya, Haziq hero pada Suraya dan perkara ini membawa ke atas ranjang dan melibatkan hati dan perasaan.

Aku tak nak sentuh pasal kecurangan atau kesetiaan sebab bagi aku tu semua mengarut! Kau boleh bercinta dan menyayangi sesiapa pun yang kamu mahu baik lelaki atau perempuan even lepas kau dah kahwin. Sebab apa? cinta datang tanpa di undang dan soal hati dan perasaan bukan mudah untuk di halang. Tak perlulah nak cakap pasal lelaki perlu setia dengan seorang perempuan, itulah inilah, hakikatnya cinta untuk terbuka untuk semua orang. Sekarang ni pun kau terpaksa bermadu kasih sebab suami kau cinta orang lain juga. Suami kau cinta mak ayah dia, anak-anak dia, bekas kekasih dia dan ramai lagi. Jadi silalah sedar diri bahawa cinta suami tu memang terpaksa dikongsi dengan orang lain jadi tak payah nak acah-acah setia bagai.

Okey, pasal hal Haziq ni aku bukan nak kecam pasal dia curang tapi aku nak kecam pasal Hero. Dia anggap diri dia juara dan hero, come on la bro, be gentleman la sikit. Yang buat Haziq ni jadi sampah adalah dia khianat brotherhood. Haziq anggap dirinya lelaki terbaik daripada semua lelaki dalam dunia ni, dialah paling hebat diranjang, dialah paling power dalam melayan wanita dialah semuanya.

Bro kalau kau rasa kau lelaki lebih baik, kau sepatutnya tolong Azmin untuk jadi suami yang baik pada Suraya bukannya ambil kesempatan dalam kesempitan pookey dia!  Si Suraya tu memang tak dapat nak tolong dah sebab gatal sangat pi mengadu kat Haziq pasal masalah rumatangga dia. Tapi kau sebagai seorang lelaki sepatutnya membantu memperbaiki masalah dan kalau kau tidak tahu macam mana nak tolong lebih baik JANGAN MASUK CAMPUR.

Tak perlu nak rendahkan mertabat lelaki lain dengan berkata

"Suraya, siapa punya lagi besar? aku atau Azmin?"

Atau

"Sayang puas tak dengan abang? Suami sayang pula pandai tak puaskan sayang?"

Jangan perasan sangat bro! Entah-entah betina tu cakap apa yang kau nak dengar je hakikatnya hampeh je kau tuh. Aku tak nafikan ada lelaki yang suka isterinya kena jamah dengan lelaki lain tapi dalam hal ni Azmin tak tahu apa yang berlaku antara Suraya dan Haziq. 

So aku rasa lebih baik Haziq sendiri bertemu dengan Azmin dan berbincang secara matang dan siapa tahu boleh jd threesome? Janganlah sebab kau kasihankan Suraya dan drama air mata dugong dia kau pun terus menghukum Azmin sedangkan Azmin brother kau. Hanya disebabkan kau pandai beri perhatian pada perempuan tak bermaksud kau perlu tikam belakang brother kau! silap pembetulan, 'tikam' isteri dia.

Dah alang kau menikam tu 'tikam' laki dia sekali baru adil. Apa pun, semua lelaki adalah brother kau jadi layan dan hormat mereka seperti mana kau mahu mereka hormat kau. 


2. Bodoh Sombong 

Jenis lelaki bodoh sombong ni paling ramai, sangat ramai sampai tidak terbilang jumlahnya. Mereka juga adalah jenis yang paling aku benci tapi kasihan. Sebab apa? mereka hancurkan hidup sendiri kerana bodoh sombong. Rugi sangat rugi!.

Bodoh sombong yang paling ketara sekali adalah hubungan seorang anak lelaki pada bapanya dan seorang bapa pada anak lelakinya. Cuba lihat hubungan Bapa dan anak lelaki bagaimana? kalau kecil dulu anak lelaki adakalanya sangat manja dengan bapa mereka tapi semakin mereka membesar semakin jauh jarak hubungan mereka. Dalam erti kata lain tiada lagi manja dan masing-masing kekok dan janggal. Sepatah soal sepatah jawab ibarat orang asing.

Kenapa mereka trash? sebab mereka tahu dan sedar mereka ada jurang yang besar. Mereka tahu mereka perlu perbaiki hubungan seperti dahulu, mereka rindu bermanja bersama TAPI masing-masing buat BODOH dan buat SOMBONG. Akhirnya hubungan mereka semakin jauh dan sehingga ajal menjemput. 

Lebih sedih bila si Bapa telah tiada barulah si anak lelaki rindu dan mengenang segala memori bersama. Kata orang bila tiada baru nak hargai. Lagi teruk bila si anak tadi telah dewasa dan ada anak lelaki sendiri, the cycle continue and so on sampai bergenerasi. 

Antara faktor utama benda ni terjadi sebab masing-masing nak kekal macho dan jantan. Tidak mahu kelihatan lembik dan lemah sedangkan itu bapa kau sendiri kot. Masa kecil dulu kau makan suap-suap kenapa bila besar kau geli? Walaupun kau dah besar tapi kau tetap anak kecil dimata bapa kau so tak payah berlagak macho sangatlah. Dan Bapa-bapa pula, bila anak lelaki dewasa kau bermanja dengan kau janganlah kata dia buang tebiat atau lagi teruk marah dia, Itu anak kau kot! You are supposed to be his manja place no matter how old he is so embrace it la..Haduii

Salahkah seorang lelaki 30an bermanja dengan bapanya 50an? semestinya tidak bahkan itu lebih baik bagi aku.


3. Pemalas dan Tak bertanggungjawab

Yang jenis ni aku tak perlu nak cerita panjang-panjang. Korang pun faham dari point tu. Kalau dah berpangkat suami, tolonglah isteri buat kerja di rumah lagi-lagi kalau isteri pun berkerja. Bila ada anak kau tolonglah jaga anak kau juga bukan tau peluk cium dia je masa baby pastu bila dia berak kasi kat bini tuk settle. Cibai naw perangai!

Kalau kau masih remaja dan duduk dengan keluarga, janganlah berlagak seperti raja, tolong-tolong la sikit mak ayah kat rumah tu. Paling tidak pun kemas bilik sendiri atau basuh baju sendiri. So that bila kau dah ada keluarga sendiri tak perlulah bini kau minta tolong sentiasa sebab kau pandai-pandai tolong.

Kepada Mak Bapa pula jangalah biar anak jantan dilayan macam raja. Ajar mereka buat kerja rumah juga supaya tidak pemalas. Ini tidak, kalau mak-mak selalu je halau anak lelaki keluar dari dapur kononnya lelaki tak patut duduk dapur sebab bukan tempat mereka. Akhirnya si lelaki malas masuk dapur sampailah jadi suami orang. So salah siapa? semestinya bukan salah Ibu sebab Ibu kan 'suci' tak berdosa. Kah!

So salah anak lelaki itulah sebab mereka trash.


Ada lagi beberapa jenis-jenis lelaki trash tapi akan aku kongsikan untuk part seterusnya.




MR. KONGSI : SANTAIحيث تعيش القصص. اكتشف الآن