Boboiboy kini fokus berlatih pedang dengan goblin yang lain. Mereka dah cuba untuk serang dia dari semua arah tapi masih tak dapat nak sentuh dia. Akhirnya semua goblin dah kena ketuk dekat kepala sorang satu. Boboiboy menghembus nafas penat. Dia masih teringat tentang semalam.
FLASHBACK
Boboiboy: Aku?! Kenapa aku?!
Ford: Kau ingat tak waktu kau lindungi goblin ni dari manusia?
Boboiboy: Ingat.
Trey: Kitorang nampak apa yang jadi. Kau boleh gunakan semua magik elemental dan kuasa kami juga. Dan juga Null Magic.
Ford: Kitorang rasa kau boleh kalahkan Bear Lord nanti.
Boboiboy: Tapi aku sorang je ke?
Trey: Taklah. Kan ada lagi beberapa orang yang ada benda nak selessaikan hutang dengan Bear Lord di kampung ni?
Boboiboy macam blur sikit mula-mula tapi dia akhirnya faham apa yang dimaksudkan dengan 'hutang'.
Boboiboy: Maksud kau bawa diorang berperang sekali?
Ford: Ya.
Boboiboy berfikir sejenak. Dia tahu yang mereka pun ada kaitan dengan Bloody Bear dan mereka nak selesaikan secepat mungkin.
Boboiboy: Baik. Nanti aku cuba tanya diorang.
Ford: Terima kasih.
PRESENT TIME
Boboiboy masih tak pasti sama ada nak bawa mereka sekali untuk berperang. Tapi kalau mereka nak berjuang bersama,itu akan membantu mereka,cuma nanti mereka akan ikut haluan mereka sendiri. Boboiboy tak boleh nak tunggu lagi jadi dia minta mereka beekumpul di tempat mesyuarat.
Mereka berkumpul di bilik mesyuarat dengan segera. Roger dan Ray pun ada. Mereka tengah menunggu kedatangan Boboiboy.
Perempuan: Kenapa kami dipanggil ke sini?
Roger: Tuan kata dia ada benda nak bincang dengan kamu semua,saya tak pasti apa tapi bunyinya macam penting.
Ayah: Kalau ianya berkaitan dengan Bear Lord,kami akan turut serta.
Abang: Kami ada benda nak selesaikan dengan dia.
Kakak#2: Tapi takkan semua nak pergi? Siapa akan jaga kampung ni?
Adik:.........Entahlah.
Perempuan: Saya akan tinggal di sini untuk jaga kampung ni.
Mak: Sama.
Kakak#1: Sama juga.
Ayah: Jadi kami yang akan pergi.
Abang: Ya.
Sejurus itu,Boboiboy pun sampai. Dengan baju tanpa kolar berlengan panjang dan jacket hoodie serta topinya. Dia duduk di kerusinya dan mulakan perbincangan.
Boboiboy: Tujuan saya panggil kamu semua ke sini adalah sebab Bear Lord.
Bila dengar nama Bear Lord,ekor mereka terus naik dan mata mereka merah. Boboiboy pula hanya mampu sweatdrop sahaja.
Boboiboy: Sabar. Saya tahu kamu semua ada hutang nak selesaikan dengan Bear Lord. Tapi sebelum tu,saya ada benda nak tanya.
Ayah: Apa benda nya?
Boboiboy: Nak tak saya namakan kamu semua?
Mereka semua sedikit terkejut kecuali perempuan tu. Mereka tak sangka yang dia nak namakan mereka.
Mak: Kamu pastu ke?
Boboiboy: Pasti.
Mereka melihat satu sama lain sebelum bersetuju.

ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALM
FanfictionBoboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanfic ni: -Tensei Shitara Slime Datta Ken -In Another World With My Smartphone -Kuma Kuma Kuma Bear Dan...