KAHWIN(THE END)

775 33 4
                                    

Boboiboy: Semuanya dah siap?!

Boboiboy sekarang tengah menyiapkan majlis perkahwinan dia dengan lima orang isteri. Coco tak dikira sebab dia anggap Boboiboy sebagai abang dia.

Hiasan diuruskan oleh Ford dan Trey memandangkan mereka tak membantu semasa perang hari tu. Makanan semuanya Riko yang handle dan baju kahwin dah disiapkan oleh Miria. Macam mana dia buat jangan tanya. Boboiboy berharap agar semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Malangnya,dia salah.

Boboiboy tengah siapkan kertas kerja bila T.Bers datang berjumpa dengannya.

Boboiboy: Ada apa tok datang jumpa saya?

T.Bers: Tok nak ucapkan tahniah sebab kamu dah nak kahwin. Tak sangka kamu dah besar dengan cepat.

Boboiboy: Hahaha.

T.Bers: Tok datang sini sebab tok nak kamu ikut tok.

Boboiboy pun ikut T.Bers ke dalam hutan. Kemudian T.Bers membuka sebuah portal dan masuk ke dalam. Boboiboy ikut T.Bers masuk ke dalam portal dan mereka tiba di satu kawasan yang berpasir dan langit berbintang.

T.Bers: Ini ruang antara dimensi yang tok ceritakan.

Boboiboy tergamam melihat sekeliling. Walaupun hanya pasir kelihatan,tapi langit berbintang mencantikkan suasana. Boboiboy ternampak seekor paus berenang dalam pasir dengan bandar di belakangnya.

Boboiboy: Itu....ikan paus kan?

T.Bers: Ya. Bandar di belakangnya, itulah Lost Academy. Tempat tok tinggal sebelum ni.

T.Bers hasilkan bulatan biru di bawah tapak kaki Boboiboy.

T.Bers: Sekarang,tok nak tengok macam mana kuasa penuh kamu semua.

Boboiboy: Maksud tok?

T.Bers: Tok nak tengok kuasa kamu ni sebanyak mana memandangkan kamu dah dua kali berevolusi.

Boboiboy memandang bulatan di bawahnya. Dia menutup mata dan fokus. Bulatan tu mula bersinar dan mengembang. T.Bers yang memerhatikan Boboiboy berasa kagum.

T.Bers: "Nampaknya pilihan aku memang tepat untuk jadikan dia pelindung dunia ni"

Boboiboy membuka mata dan memandang bulatan di bawahnya. Bulatan tu mengembang dan mencecah hingga berpuluh batu.

Boboiboy: Luasnya!!!

T.Bers: Kamu kata itu luas? Baru 40 batu jauhnya. Tengok ni.

T.Bers hasilkan bulatan biru di bawahnya dan bulatan tu mengembang menutupi bulatan Boboiboy dan warnanya berubah menjadi hitam.

Boboiboy: *exe. cannot loading*

T.Bers: Itu....baru luas.

Boboiboy: Apakah....?

T.Bers: Boboiboy. Tok nak kata,terima kasih sebab berjumpa tok. Kalau kamu tak jumpa tok,dunia kamu tinggal sekarang takkan jadi macam ni.

Boboiboy: Biasa-biasa je. Tok kan pernah lindungi dunia ni. Kalau tok nak saya jaga dunia ni,saya akan buat sebaik mungkin.

T.Bers: Baiklah kalau macam tu. Mari ikut tok,kita ke Lost Academy.

Boboiboy pun ikut T.Bers naik ke atas ikan paus tu. Mereka terbang naik ke belakang paus tu dan Boboiboy nampak pintu gergasi di hadapannya.

Boboiboy: Ini....

T.Bers: Mari.

Pintu tu terbuka dan terlihatlah....

Boboiboy: HAH?!!??

Bandar tu macam dalam movie. Orangnya ramai,tapi bandar tu yang tak masuk akal. Strukturnya berubah-ubah dan graviti tak function langsung! Berjalan atas jalan,dinding dan bawah jambatan malah mereka boleh tidur dan makan sesuka hati tak kira tempat dan masa.

BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALMWhere stories live. Discover now