Boboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain.
Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi.
Nama anime yang author gunapakai untuk fanfic ni:
-Tensei Shitara Slime Datta Ken
-In Another World With My Smartphone
-Kuma Kuma Kuma Bear
Dan...
Hari yang indah di kingdom Boboiboy di mana latihan ketenteraan yang ketat,perniagaan mengembang,turun ke laut mencari makanan dan Boboiboy diseksa oleh banjir kertas kerja dari pejabatnya hingga ke tingkat bawah.
Boboiboy: Ini...memang kejam.
Boboiboy mengeluh kerana kertas yang banyak sampai nak tidur pun tak boleh.
Sementara itu,Thorn tengah menanam buah tembikai untuk resepi baru Gempa. Tembikai di dunia ni berlainan. Bentuknya sama cuma saiznya dua kali ganda dari yang sebenar dan berwarna kuning berbelang hijau. Thorn menyiram tanaman yang ada sebelum sesuatu terbang ke arahnya dan dia menangkap benda tu tanpa menoleh. Dia tengok ianya merupakan seekor burung berwarna putih.
Thorn: Burung? Mana datang burung ni?
Burung tu melihat Thorn dan menunjukkan kakinya. Terdapat sepucuk surat diikat pada kakinya. Thorn mengambil surat tersebut dan melepaskan burung tu pergi. Dia membaca surat tersebut dan secara tak sengaja,dia menjerit dengan kuat.
Thorn: HAAAAHHHHH?!!??
Solar dan Dark yang berada di garaj meluru ke arahnya dan berhenti di hadapan Thorn.
Dark: Apahal ni?
Thorn: Korang berdua tengok ni.
Mereka mengambil surat tersebut dan membacanya. Seketika kemudian, mereka mengeluh.
Solar: Macam mana? Nak panggil yang lain ke bilik mesyuarat?
Dark: Panggil jelah.
SKIP TIME
Semua orang dah berada di bilik mesyuarat. Termasuk Boboiboy dengan kertas kerja melekat pada badannya.
Boboiboy: Jadi.......kenapa panggil kami waktu ni? Kertas kerja kat pejabat tu belum siap.
Roger: Tuan. Nampaknya tuan Thorn ada sepucuk surat dan dia berikan kepada saya. Mungkin dia nak tuan yang bacakan.
Roger menyerahkan surat tersebut kepada Boboiboy dan Boboiboy membacanya dengan kuat.
Apa khabar budak? Aku harap kau dengan semua raksaksa masih hidup. Aku taknak korang mati dulu sebelum kami sempat serang korang. Aku nak korang mengalah dalam masa 3 hari. Kalau tak,kami akan hancurkan korang. Biar mampos!
Daripada,raja mulia, R.Shar
.....Oh oh.
Mereka semua dah triggered. Mereka mengeluarkan aura membunuh yang menakutkan. Boboiboy membakar surat tersebut.
Boboiboy: Miria,orang kau macam mana?
Miria: Dah lama sedia.
Roger: Semuanya dah siap. Tunggu masa je untuk bertindak.
Boboiboy: Bagus. Sekarang....
Mereka menunggu ayat seterusnya dari Boboiboy. Boboiboy hanya diam saja sehinggalah....
Boboiboy menukar tangannya menjadi gergasi dan Miria menukar tangannya menjadi berlian dan menumbuk dinding bilik mesyuarat sehingga hancur. Mereka terkejut dengan kemusnahan dinding tu.
Boboiboy: Ada pengintip.
Mereka semua keluar dan dapati terdapat sesuatu yang berdiri menunggu mereka. Ia kelihatan seperti seseorang berpakaian gelap.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.