Chapter 31

740 38 39
                                    

Roy terkedu. Itu boss dia? Boss dia Qhai Alexandria Storm? Dia tak gila bukan? Takkan rindu sangat sampai dia berhalusinasi.

Dia menahan sebak. Air mata mula bertakung di tubir matanya.

"kau ni kan...."

Qhai memandang sahaja Roy. Membenarkan gadis itu bersuara. Dia hanya diam.

"kau ni memang HANAT LAAA.. Kau kan yang hack laptop aku? Arghhh merde, merde, merde" maki Roy kearah Qhai. Dia mengetap giginya sambil menangis.

"nanti aku ganti balik okeh?"

"banyak lah kau ganti balik... Isk.. Kau pergi mana haa 2 tahun tak balik balik. Kau tahu tak semua orang risaukan kau. Isk bodo la kau ni"

Setepek kena dengan Roy. Dalam banyak banyak anak buah yang berkerja dengan Qhai, hanya Roy sorang je yang suka melawan Qhai. Nak dikatakan dia lah yang selalu tegur Qhai guna nama sebenar dia, suka ajak Qhai buat benda mengarut macam racing ke. Haa semua tu kerja Roy la.. Haa pakat pergi marah dia semua.. Hshshshs.

Qhai tersenyum nakal.

"kau rindu aku ehhh"

"of course la aku rindu. Kau boss aku kot"

"ooo gituu"

"itu je kau cakap?"

"habistu kau nak suruh aku cakap apa?"

"cakap la yang kau rindu aku jugak ke apa ke. Ish kau ni tak berubah betul" bebel Roy. Mulut dicebikkan.

Qhai malas mahu melayan. Dia minum Coffee yang dipesannya tadi. Melihatkan Roy diam, Qhai terus memandang Roy dengan tajam. Aik macam tiber tapi tak apalah.

"Qairyl dah tahu ke?" tanya Roy. Qhai menggeleng.

"jadi aku sorang jelah yang tahu ni?" Qhai mengangguk. Roy membetulkan duduknya.

"kenapa baru sekarang kau muncul? Kau pergi mana selama ni?" tanya Roy serius. Sumpah dia tak tahu nak react macam mana sekarang ni. Nak marah ke nak gembira ke.

"haih, aku duduk Maldives. Uruskan syarikat dekat sana sebab syarikat dekat sana ada masalah. Then aku decide untuk stay dekat sana teruslah" jelas Qhai.

Selang beberapa minit, ada seorang lelaki datang dan duduk disebelah Qhai. Roy memandang pelik. Siapa pulak ni?

Qhai tersenyum melihat muka bingung Roy.

"aku rasa kau mesti tak ingat muka dengan nama kawan Adrien kan?"

"of course tak. Buat apa aku nak ingat. Bukan dapat duit pun. Kalau ada pertandingan ingat nama dengan muka orang tu baru aku join. Itupun tertakluk pada berapa hadiah dia la" ujar Roy selamba. Qhai ketawa kecil. Dasar gold digger betoi.

Qhai mencuit lengan lelaki itu dan menyuruh lelaki itu kenalkan diri dia.

"ehem.. I'm Daniel. Ravi de vous rencontrer"

Roy menjongketkan keningnya. "kau kata tak ada orang tahu pun yang kau ada dekat sini? Habistu dia ni?"

"huh, panjang ceritanya" keluh Qhai.

"cerita jela. I don't care cerita dia pendek ke panjang ke" ujar Roy sambil menghirup coffee milik Qhai. Amboi sedap je kau ek. Sabar jela aku.

Urat hijau mula kelihatan pada dahi Qhai. Dia sedang menahan geram. Kemudian mengeluh.

"cerita dia macam ni"

Flashback...

Ketika Qhai sedang berehat didalam PJ nya, June datang menghampiri. Pada ketika itu mereka masih tidak berlepas lagi.

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now