Chapter 25

1.1K 50 5
                                    

Malam itu, mereka bersiap sedia untuk bertempur. Pasukan Delta yang mempunyai jumlah ahli paling sikit diarahkan Qhai untuk menyertai mereka. Bilangan pasukan Delta adalah sebanyak 50 orang.

5 orang headhunter dari pasukan Omega dipilih. Mereka memilih orang yang lebih handal. Walaupun pasukan Delta sedikit. Kekuatan mereka ketika berlawan boleh menjadi satu kelebihan.

"Roy, kau dengan pasukan headhunter duduk dalam posisi seperti biasa. Dan yang lain akan tolong aku berdepan dengan Javier. Kalau pasukan kita makin lemah, kita guna plan B okay?" arah Qhai.

"kita ada plan B ke?" sampuk Qui.

"mestilah ada. Baik tak payah jadi mafia kalau tak ada plan B, Plan C, plan D" jawab Adrien yang datang entah dari mana.

"wait, wait, wait.. Sejak bila kau ada dekat sini makhluk?" tanya Qairyl yang sedang membetulkan tali kasutnya.

"lah, aku ada dekat sini sejak Alex bagi arahan lagi. Kenapa?" tanya Adrien dengan dahi berkerut.

"tak ada apa" ujar Qairyl.

"mana Daniel dan lain lain?" tanya Adrien.

"kitorang pergi senyap senyap jadi diorang tak tahu" ujar Qhai kemudian dia berlalu pergi.

"kenapa?" tanya Adrien sekali lagi.

"eh, beruk ni banyak tanya lah. Malas dah aku jawab, kau fikir lah sendiri. Eh kejap.. Beruk ada otak ke nak berfikir" sindir Qairyl sambil menjelir lidah kepada Adrien.

Adrien mencebik bibir.

"orang tanya je pun.. Halamak!!" dia menjulingkan bebola mata keatas.

"Alish mana? Lambat arh minah ni" Qairyl membebel.

Kemudian mereka melihat seorang gadis berlari laju kearah mereka.

"WEYH SORRY SORRY. JALAN JEM GILA TADI SEBAB ADA BADAK MELINTAS" jerit Alish.

"tak payah la jerit bodoh. Kejap... MANA ADA BADAK DEKAT PARIS NI. KAU INGAT NI AFRIKA KE LAHNAT"

Qui memincit kepalanya. Stressnya aku harini.

"so guys, semua dah ada kan? Lets begin" ujar Qhai yang datang dengan muka ketat.

Masing masing dengan muka serius.

****************************
"Roy, kau dah hack cctv dekat mansion Javier?"

"dah boss"

Qhai memerhati dari atas pokok berdekatan mansion Javier.

Mansion itu berada dalam pagar besi. Mansion 2 tingkat itu kelihatan menakutkan pada waktu malam. Ditambah dengan anak buah Javier yang mengawal tempat itu. Masing masing dilengkapi senjata.

"aku nak kau tengok struktur mansion ni and cari mana diorang letak Qriesya" arah Qhai.

"oui, Alex"

"boss, bila kita nak serang ni? Kitorang bosan la duduk tercongok dekat bawah ni" ujar Nick dari bawah.

Qhai melompat turun dari pokok. Berkat dari dia memanjat pokok masa dekat california dulu bersama atuknya.

"alah, kenapa tak join aku atas pokok tadi?" tanya Qhai sinis.

"eh boss takkan tak tahu yang Nick takut tinggi" ejek Jack. Muka Nick terus masam apabila disindir.

"ouh, tak tahu pulak aku yang kau takut tinggi" sakat Qairyl pula.

"diamlah" bengang Nick dibuatnya. Terus dia menyepak badan Jack yang sedang duduk bersantai.

"woi, sakit lah" jerit Jack apabila terasa badannya sakit disepak Nick.

"eish, diam lah. Korang nak diorang tahu kita ada dekat sini ke?" marah Alish.

"jangan marah cik Alish. Kitorang gurau je" sempat lagi Nick bergurau.

"eh eh kau jangan macam macam dengan awek aku" ujar Qairyl jealous.

"sejak bila aku jadi awek kau?" tanya Alish dengan muka innocent.

Qhai yang dari tadi senyap mula bersuara.

"anak buah aku dah sampai. Jom serang" ujarnya kemudian terus memandu Lykan Hypersport dengan laju diatas jalan raya.

"weh, jomlah" Qui menarik tangan Qairyl dan masuk kedalam Lamborghini Sian milik Qairyl.

Jack dan Nick menaiki Audi RS6 bersama Alish.

"aku harap korang selamat sampai semua ni berakhir" ujar seseorang yang memerhati dari jauh. Dia kemudian memandu Tuatara miliknya mengikuti jejak yang lain.

*****************************
Bang! Bang! Bang!

Semua anak buah Si Javier tewas apabila Qhai dan anak buahnya serang secara mengejut.

"wah, wah,wah.. Tak sangka berani juga Alex datang ke mansion aku ni" ujar Javier yang memerhati dari atas. Dia melihat anak anak buahnya mati seorang demi seorang dibunuh anak buah Alex.

"tuan nak saya buat apa?" tanya Silent.

"buatkan aku teh. Aku nak menikmatinya sebelum aku bermandi darah" ujar Javier sambil duduk diatas kerusi rotan.

"d'accord"

Silent berlalu pergi dari situ.

"ayah, apa yang bising bising dekat bawah sana?" Carla masuk ke dalam bilik Javier.

"nothing sayang. Kamu pergilah have fun dulu" ujar Javier sambil tersenyum.

"okay ayah" Carla dengan gedik berlalu dari situ. Dengan baju seksi aka seksa itu pasti ingin ke kelab malam. Euw. Bitch.

"nak Adriana uruskan mereka tak ayah?" tanya Adriana yang baru masuk.

"tak apa. Kita biarkan diorang merasai kemenangan sebelum kita musnahkannya" ujar Javier sinis. Ceh dasar orang tua.

Adriana turut tersenyum sinis.

Qhai menembak semua anak buah Javier sehingga mati. Sesekali dia menumbuk dan menyepak anak buah Javier yang terlalu dekat dengannya.

"Azyen, arah jam 11" dia menjerit kearah Qairyl apabila ternampak musuh menghampiri.
"thanks twin"

"my pleasure" balas Qhai.

Qhai berlari menuju ke arah musuh yang ingin menikam Adrien dari belakang.

Shrak!

"omg" Qui menutup mulut kerana terkejut.

Kepala musuh terpisah daripada badan.

"overlah kau ni" ujar Alish yang sibuk berlawan dengan musuh.

Pedang yang basah dengan darah musuh digengam kemas oleh Qhai.

"kau ada nampak Silent tak?" tanya Qairyl. Alish menggeleng.

"aku nak cari Qriesya. Korang tunggu sini dan lawan diorang ni. Pape roger. Jom Alish" Qhai menyelinap selaju mungkin bersama Alish.

Musuh yang menghalang mereka dibunuh.

Mereka menggunakan tangga untuk turun ke tingkat bawah tanah. Sampai saja dibawah, mereka menjumpai sebuah pintu gerbang yang dikunci.

"ergh, kunci la pulak" rungut Alish.

"angkat tangan ke atas dan pusing atau aku tembak korang"


Tbc...

The Dark Secret MafiaWhere stories live. Discover now